Friday, March 17, 2017

Kuih Bakar Roti Mocha MamaElla

Assalammualaikum Wrb..
Lama rumah ini terbiar. hari ini Saya mencuba lagi Alhamdulilah boleh.
Apabila mata saya nampak sebantal roti tggl dan tak terusik,otak saya apa lagi. Jum buat kuih.
Kali ini saya mencuba kuih bakar.
Roti perancis saya memang sedap buat kuih bakar.



Bahan-bahannya:

1 batang roti perancis
3 biji telor size besar (itu yg saya ada aje)
7 sudu gula castor *
1/2 cawan air *
secubit garam
350gm santan pekat

1 sudu mkn tepung kastard
1 sudu makan tepung gandum

sedikit Coffee emulco
sedikit pewarna brown
sedikit Chocolate essen
3 sudu besar minyak sapi (dicairkan )
2 sudu besar Mentega ( dicairkan)

Cara-caranya

1) Gula dan air dimasak menjadi sirup. Lalu sejukkan

2) Minyak sapi dan Mentega dicairkan dan diketepikan

3) Telor dikocok sampai kembang. lalu masukkan santan. Dikacau lagi dan masukkan Semua Esen pewarna. kacau sampai rata.

4) Dalam Blender masukkan roti dan adunan santan kedlm nya kisar sebentar dan masukkan dua jenis tepung. Kisar lagi. dan Tuang kedlm basin dan masukkan Minyak sapi dan Mentega yg dah diairkan terlebih dahulu. Kacau lagi dan ketepikan.

5) Hidupkan Oven ke 180'C dan panaskan acuan Bulat kedlm oven sebentar. keluarkan dan sapukan mentega kedlm nya dan tuangkan adunan tadi kedalam nya. Taburkan bijan putih diatas nya dan bakar sampai 45 minit... 

6)  Sudah masak keluarkan dan sejukkan dahulu...

Selamat Mencuba

MamaElla


No comments: