Saturday, March 18, 2017


Hari Ini saya terlebih Rajin.  Apatahnya makan malam Saya, Saya buat sayur dipanggil Gado Gado.  Tetapi Gado Gado nya kurang lengkap.
Tujuan nya ialah  buat tambahan dengan lauk utama Saya.
Berkuah  kacang Dan Masak Tak banyaknyaaa cukup cukup untuk tiga orang  makan.

Bahan-Bahannya
                 A
1)Keping Tahu*
3)Keping Tempeh*
8)Batang Kacang panjang
4)Biji Telor direbus.
1)Biji Salad Lettuce Butterhead
Secukup Sayur Taugeh
     
                 B
1)Mangkuk Kacang dah digoreng dgn kulit nya.
8)Batang chillikering (direbus sampai)
5)Batang chillipadi
3)Biji Bawang Besar(kupas kulit nya)
6)Biji Bawangputih(Kupas kulitnya)
Sedikit Halia Dan kunyit basah
Sedikit lengkuas
3)Batang Serai
2)Helai Daunlimau dan Daun cekur
5)Gelas air
Sedikit  Belachan
1/2 Sudu makan Campuran serbuk ketumbar,jintan Kasar Dan manis.
Sedikit  perahan  air Asamjawa
Garam, Gula Secukupnya.
Minyak secukup nya

Cara-Caranya

1)Kisar Bahan B kecuali Kacang, AirAsam, kisar sampai halus.
2)Naikkan Kuali, Masukkan minyak Lalu Tumis bahan yg dikisar sampai wangi.
3)Masukkan air Asamjawa dan airputih dlm 5gelas. Biarkan kuah mendidih,  Masukkan daun limau dan dauncekur,diikuti garam.
4)Kuah mendidih,  Masukkan kacang Dan gula merah atau gula melaka.  Kacau perlahan lahan dengan api kecil dan biarkan kuahnya mendidih sampai pekat. Rasa mesti  Pedas, manis Dan Masam. Api Marian.
5)Tahu Dan Tempeh digoreng sedikit garing. Angkat dan Toskan minyaknya.  Kacang panjang Dan Taugeh  sirens lalu  ditoskan.
6)Dalam pinggan susun sayur sayur dan telor didlm pinggan lalu tuangkan kuahnya diatas nya Dan taburkan, kerepok goreng..

Selamat mencuba.
 Sekian
Mamaella


No comments: