Monday, November 27, 2017


Coklat Chips Kookies..

Bila cuti sklh bermula,  dapur saya pun  tak cuti,  oN terus. 😂

Saya uji aje resepi lama nie.  Serta saya buat campak-campak aje nie.  Bila dah jadi,  c Bongsu makan tidak berhenti..

Siapa tidak suka coklat,  saya nya kegemaran tau.  Coklat Dapat juga mengurangkan stress Dan mood saya. ❤ Sayang saya dengan coklat..  Kookies nie memang sedap dan enak,  lagi enak kerana saya tambahkan kacang walnut,  Coklat Butang cacao Barry dan serbuk nya.  Coklat nie jenis baik dan ada mutu serta qualiti. Tidak apa Lah,  demi anak anak saya tidak kisah.... 
Masaalah nya... C bongsu Tanya,  "Mama...Susu Ada tak...? " Oops...!! 😯😯😯
Susu dah habis,  Saya lupa nak beli.. 😯😯

Kita sembang lain X. 👋 👋 👋

Sekian

MamaElla

Sunday, November 26, 2017


Selamat Malam  Semua..
Semua sudah 💤...  Saya masih Belum mengantuk.  Lantas saya teringatkan blog Ini.
Saya masukkan gambar kuih yang agak antik sekali.
Jemput-Jemput Bawang Dan ikanbilis.
Kuih Ini kegemaran Suami serta saya juga.  Tak banyak rencah mahu pun model.   Enak dimakan dengan Chilli Sos, Jgn lupa Teh-O panas panas..
Kuih Ini juga kita boleh pelbagaikan... Jangan Takut untuk mencuba nya....
Saya akan cuba untuk versi sayur pula dgn Tahu...  Nanti Kalau saya dah buat,  Saya kongsi disini...

Okay lah,  saya mau berihat dulu kerana esok saya Bertugas... 😊

Sekian
MamaElla 2017

Saturday, March 18, 2017


Hari Ini saya terlebih Rajin.  Apatahnya makan malam Saya, Saya buat sayur dipanggil Gado Gado.  Tetapi Gado Gado nya kurang lengkap.
Tujuan nya ialah  buat tambahan dengan lauk utama Saya.
Berkuah  kacang Dan Masak Tak banyaknyaaa cukup cukup untuk tiga orang  makan.

Bahan-Bahannya
                 A
1)Keping Tahu*
3)Keping Tempeh*
8)Batang Kacang panjang
4)Biji Telor direbus.
1)Biji Salad Lettuce Butterhead
Secukup Sayur Taugeh
     
                 B
1)Mangkuk Kacang dah digoreng dgn kulit nya.
8)Batang chillikering (direbus sampai)
5)Batang chillipadi
3)Biji Bawang Besar(kupas kulit nya)
6)Biji Bawangputih(Kupas kulitnya)
Sedikit Halia Dan kunyit basah
Sedikit lengkuas
3)Batang Serai
2)Helai Daunlimau dan Daun cekur
5)Gelas air
Sedikit  Belachan
1/2 Sudu makan Campuran serbuk ketumbar,jintan Kasar Dan manis.
Sedikit  perahan  air Asamjawa
Garam, Gula Secukupnya.
Minyak secukup nya

Cara-Caranya

1)Kisar Bahan B kecuali Kacang, AirAsam, kisar sampai halus.
2)Naikkan Kuali, Masukkan minyak Lalu Tumis bahan yg dikisar sampai wangi.
3)Masukkan air Asamjawa dan airputih dlm 5gelas. Biarkan kuah mendidih,  Masukkan daun limau dan dauncekur,diikuti garam.
4)Kuah mendidih,  Masukkan kacang Dan gula merah atau gula melaka.  Kacau perlahan lahan dengan api kecil dan biarkan kuahnya mendidih sampai pekat. Rasa mesti  Pedas, manis Dan Masam. Api Marian.
5)Tahu Dan Tempeh digoreng sedikit garing. Angkat dan Toskan minyaknya.  Kacang panjang Dan Taugeh  sirens lalu  ditoskan.
6)Dalam pinggan susun sayur sayur dan telor didlm pinggan lalu tuangkan kuahnya diatas nya Dan taburkan, kerepok goreng..

Selamat mencuba.
 Sekian
Mamaella


Friday, March 17, 2017

Kuih Bakar Roti Mocha MamaElla

Assalammualaikum Wrb..
Lama rumah ini terbiar. hari ini Saya mencuba lagi Alhamdulilah boleh.
Apabila mata saya nampak sebantal roti tggl dan tak terusik,otak saya apa lagi. Jum buat kuih.
Kali ini saya mencuba kuih bakar.
Roti perancis saya memang sedap buat kuih bakar.



Bahan-bahannya:

1 batang roti perancis
3 biji telor size besar (itu yg saya ada aje)
7 sudu gula castor *
1/2 cawan air *
secubit garam
350gm santan pekat

1 sudu mkn tepung kastard
1 sudu makan tepung gandum

sedikit Coffee emulco
sedikit pewarna brown
sedikit Chocolate essen
3 sudu besar minyak sapi (dicairkan )
2 sudu besar Mentega ( dicairkan)

Cara-caranya

1) Gula dan air dimasak menjadi sirup. Lalu sejukkan

2) Minyak sapi dan Mentega dicairkan dan diketepikan

3) Telor dikocok sampai kembang. lalu masukkan santan. Dikacau lagi dan masukkan Semua Esen pewarna. kacau sampai rata.

4) Dalam Blender masukkan roti dan adunan santan kedlm nya kisar sebentar dan masukkan dua jenis tepung. Kisar lagi. dan Tuang kedlm basin dan masukkan Minyak sapi dan Mentega yg dah diairkan terlebih dahulu. Kacau lagi dan ketepikan.

5) Hidupkan Oven ke 180'C dan panaskan acuan Bulat kedlm oven sebentar. keluarkan dan sapukan mentega kedlm nya dan tuangkan adunan tadi kedalam nya. Taburkan bijan putih diatas nya dan bakar sampai 45 minit... 

6)  Sudah masak keluarkan dan sejukkan dahulu...

Selamat Mencuba

MamaElla