Wednesday, November 11, 2015




Kisah Semlm...

Semlm petang Saya buat kuih utk Minum petang . Kuih nya ada yg memanggil Kuih Cucur atau Jemput-Jemput.
Didapur Saya terdapat byk Nestum segera 3-1. Tepung pun ada.

Saya pun buatkan kuih Cucur Nestum.


Kuih ini mudah dibuat..

Bahan - Bahannya

250 gm Tepung Gandum
100gm gula
Sedikit garam
1biji Telor
1/2 sudu Teh yeast
Sedikit Baking Powder
Sedikit Bicarbonate soda
6-7paket Nestum segera 3-1
100ml air suamkuku.
1/2 sudu Teh Cinnamon powder

Cara Cara nya

100 ml air suam kuku dicampurkan dgn yeast, garam dan gula, kacau dan biarkan ia naik membuih. Dlm 30 min. ( bak ini, Saya tertidur jap)

Lalu campur kan tepung, telor ,BP,BS, Cinnamon dan kacau sampai rata. Adunan dibiar kan sekejap. Adunan mesti tak cair.
Dlm 10-15 minit. 
Naik kan kuali, minyak banyak,(goreng tenggelam) sediakan mangkok air, gunakan Tangan dan cubit sedikit demi sedikit adunan Itu kedlm minyak. Api kecil. Kacau balik balik dan garing angkat Serta toskan minyak nya.

Utk sauces nya..
Boleh di mkn dgn coklat sauce, madu atau salted caramel sauce..

P/s: semua Bahan masuk termasuk Nestum sekali lalu kacau Sehingga sebati....

Selamat Mencuba...

Didalam nya... 
Luar garing dlm nya lembut....

No comments: