Saturday, September 5, 2015

Assalammualaikum dan Selamat Malam...
Hari ini Saya banyak menghabiskan masa diluar. Bersama Che', Adik Dan Suami nya. Kita pergi menziarahi kubur Arwah Bapa Saya.
Dua Tahun sudah Arwah meninggalkan Kami. Dah terasa jauh tetapi Arwah Bapa tetap dekat dihati saya...


Al-Fateha utk Arwah Bapa Saya...

Selepas itu Saya pergi ke Kafe Pusara. Saya kesana untuk bersarapan. Saya bersarapan pada pukul 8pagi( saya sampai kepusara Arwah Bapa pada pukul 06.50pagi)


Saya dan yang lain ada order Nasi Sambal Goreng, Nasi Ambeng, kuih muih Dan minuman panas mereka. Teh tarik madu sangat sedap,begitu juga dgn kopi susu Dan teh susu nya. Kuih lopes sangat terasa keenakkannya..(Maaf gbr takde)..  Saya ada bertanya mee rebusnya tetapi belum siap masa itu..
Selepas makan kita dlm perjalanan ke pasar, Bonda ada talipon dan suaranya amat sedih kerana kita tidak mengajaknya bersarapan, lalu Che' pusing balik Dan mengambil Bonda dan pulang ke Kate ini balik dan menemankan Bonda Dan saya yang "RETURN" makan mee Rebus mereka..
Alhamdulilah Syukur kerana Mee Rebus nya Power...
Selepas makan kita bergerak dan mengliling kawasan barat Singapura....
Alhamdulilah Syukur kerana Saya bahagia sangat.....

Selamat Malam Semua...

P/s: Kafe Pusara terletak di Pusara Aman..

No comments: