Tuesday, September 10, 2013

Minum Petang...

Salam Pembaca Budiman, Kita berjumpa lagi...

Hari ini Saya nak bersembang pasal Minum Petang... Minum petang adalah paling seronok terutama bila di hujung minggu. kaum keluarga ada lagi seronok...
Minum petang boleh disajikan bermacam-macam rasa. Adakala minum petang kalau dah kenyang, makan malam selalunya di tolak...

Hari ini Minum petang saya, Bubur labu dgn sagu. Permintaan anak bujang satu ini yang ingin merasa Labu kuning.Saya ada beritahu dia, labu ini selalunya Org melayu suka buat pengat, adakalanya Labu ini dimasak lemak dgn sayur,  dan Org bangsa Tionghua suka goring dan stim.. Dia minta Saya buat bubur, iaitu Pengat. Saya berkata .." BOLEH" Tapi dgn syarat Dia mesti makan bukan semangkuk tapi berulang..Dia setuju....

                                                             Pengat Labu MamaElla



Bila Saya didapur, Dia ingin membantu tetapi saya kata tak apa-apa, Mama Boleh buat.. :-)
Sambil buat Pengat saya sempat buat kaya, dia yang membantu dari mula sampai tammat..

Dia bertanya pada saya, " Boleh tak Mama kalau Kaya ini tak mau yg mcm dalam botol..? atau kasi kental sedikit..?" Saya jawab, Boleh sebab kita buat dia... Dia tersenyum...


Selepas kaya nya siap, dia pun membakarnya dengan roti... Seperti dalam gbr, Rotibakar berinti kaya, Sabar sungguh anak Bujang saya seorang ini....
Setelah siap semua kerja, Kita pun mula lah makan petang sambil tgk Television dan gelak ketawa anak-anak amat melegakan hati kerana merekalah Irama dan lagu ku...


Sekian Sahaja Para Pembaca Budiman..sehingga bertemu agi dilain entri...

No comments: