Thursday, September 5, 2013

Lontong Goreng MamaElla...!!

Salam Pembaca Budiman...

Hari ini Hari Khamis..Chek macam malas tau.. Lelagi Chek tengok kat luar tingkap..Hujan aje.. dan sejuk... Chek pula kasi tarik selimut aje.. Ngantuk sangat..!
Lalu Chek tgk Fb...
Geng-geng kat grup Cheek semua Hot-Hot  masak Lontong Goreng...
Chek jarang makan menu ini...anak-anak pula tak kisah..
Chek pun apalagi..buang selimut ketepi, pasang gear 3...Zooommmmmmmm!
Chek dah mai Dapurku...
Bawah ini Chek ada sertakan resipi Chek... :-)

                                                                       Lontong Goreng MamaElla





Bahan-bahannya:

Chilli kering 15 batang (potong dan rebus)*

Bawang besar 1 biji (kupas dan potong kecik utk kisar)*

Bawang merah kecik 5 biji ( Kupas dan potong kecik)*

Bawang putih 2 biji (Kupas dan potong kecik)*

Belachan sedikit*

daging Cincang 2 sudu makan besar (Cuci dan tos)

Crabmeat 5 batang (buang plastik dan potong kecik)

2 biji fish kek (hiris sedang-sedang)

5 biji telor (dikocok )

1 sudu teh kicapmanis ABC

4 batang Sawi muda (potong suka hati anda)

Nasi Impit 20 biji (nona nya kecik)(potong 4)

Minyak secukupnya

garam secukup nya

Bawang goreng secukup nya(Optional)

Cara-caranya:

Panaskan Kuali, Tumis bahan2 kisar*sampai naik wangi dan matang.

Masukkan daging Cincang, garam dan gaul sehingga daging sebati dan masak.

Masukkan bahan Crabmeat, fishkek dan batang sawi kedalam sambal, kacau lagi sampai semua rata dan masak.

Masukkan Sawi dan nasi Impit, kacau balik-balikkan dua kali, lalu masukkan kicap manis dan kacau lagi dgn cepat.

Telor yg dah dikocok, dituangkan diatas Lontong goreng ini, dan api sedang biarkan 1 saat lalu balik-balikkan dgn cepat dan rata. Dah cukup rasa matikan api lalu taburkan bawang goreng(Optional)..

P/s: kalau ada daun ketumbar taburkan diatas nya...

No comments: