Monday, June 17, 2013

Pisang juga dihati Nya...

                                                                        PeanutButter & Banana Muffins

Bila Hafiz diberi pilihan untuk Baking, dia masih pilih Muffins. Tetapi inikalilah Muffin semua dari barang didapur. Ku hanya sediakan Pisang sahaja... Hafiz berkata dia nak buat Muffin yang menggunakan Peanutbutter dan Pisang. Jadi Ku langsung membuka buku Al-kisah Muffin didalam simpanan ku...

Kelembutan dan Gebunya, serta manis yang sederhana amat menepati selera kami... Hafiz dengan kesungguhan nya tanpa bantuan ku, Ku pula duduk satu sudut sementara semua bahan dari tepung dia timbang sendiri...Terharu ku dengan focus di beri oleh Hafiz...

PeanutButter & Banana Muffins

Bahan-Bahannya:

230gm Tepung gandum

100gm nestum

50gm Brown sugar

1 sudumkn Baking Powder

1/2 suduteh garam

100gm crunchy peanutbutter (saya tambah 50 gm )

225ml susu segar

1 sudumkn Maple syrup

1 biji telor

2 biji pisang (dilecek)

1 suduteh serbuk kayu manis..

* 2sudumakan brown sugar dicampur dgn sedikit serbuk kayu manis, campurkan sampai rata lalu di taburkan diatas Muffin sebelum masuk Oven....

Cara-caranya:-

Masukkan bahan yang kering kedalam bekas besar, kacau sampai sebati.Dalam jug yang lain, susu segar, telor dikocok sampai sebati dan masukkan Peanutbutter, maple syrup dan pisang , lalu kacau lagi sampai sebati.

masukkan bahan basah kedalam bahan kering dan kacau bahan-bahan ini sampai sebati dan rata.

Susun acuan-cuan Muffin didalm dulang dan scoop 3/4 kedlm mangkuk nya,
 Sementara itu taburkan brown sugar dgn Serbuk kayu manis diatas nya..

dan bakar pada suhu 180'C sampai Muffin nya garing dan dalam nya masak....



P/s:  Satu Adunan dapat 18 biji Muffin.. Resipi saya dapatkan dari Buku Muffin Galore...

No comments: