Wednesday, May 15, 2013

Nasi Ayam Claypot....


Selamat Pagi....

Nasi Ayam Claypot, Saya buat tempohari untuk dimaakan sewaktu tengahari. Sudah lama tak buat dan memasak nya... Alhamdulilah ia menepati selera semua Ahli keluarga di rumah ini..
Saya menggunakan beras Basmati, dan saya mencuba melawankan beras India ini dengan lauk bangsa Tionghua.
Orang Tionghua suka memasak menggunakan periuk tanah, sedap tau. Lalu saya memasak lauk nya dengan cara mereka, dan Apabila lauk dan nasi yg dah saya rebus setengah masak siap... Saya tanakkan dlm Periuk Tanah dengan mengalaskan tutup periuk dan menggunakan api kecil...Tujuan saya supaya ia tidak HanyiT...
Ayam saya menggunakan seekor...Dalam lauk ini tiada Knob atau MSG..Saya memang masak tidak menggunakan nya kecuali dalam dunia berniaga MSG kena gunakan...
Nasi ini amat sesuai dimakan dengan sambalbelachan dan bersayur ulam Timun, tomato dan daun salad.....
Hmmmmm...saya suka sayur, tidak kiralah kalau ada yang memanggil saya kambing, kerana saya suka makan sayur mentah.. Sayur pun banyak khasiat kan..? :-D

Kita berjumpa lagi dilain keluaran dan entri......Salam Hormat serta Selamat berpuasa dalam bulan Rejab bagi yang melakukan Puasa.... :-)

No comments: