Saturday, May 11, 2013

Kuih Bakar Jagung....

 
Kuih Bakar Jagung
 
Hari ini Ku sungguh rajin...kerana apabila ku beritahu pada anak-anak yg Mama nya nak buat kuih bakar jagung mereka berkata,  Pasti sedapkan Mama..? :-)
 
Ku mengakui ini pertamakali buat, selalu ku buat Kuih Bakar Pandan..Jadi semua yang dirumah kata SEDAP dan Che'Fan berkata Jadi serta Lulus..Kembang Hidung ku...Hahahahahaha...!! Siapa lagi nak puji kalau bukan Suami dan Anak-anak...Betulkan.. Alhamdulilah :-)
 
Resipinya:
 
1 Mangkuk Tepung (suka hati kalian ia)
1 Mangkuk Gula
1Mangkuk Telor
1 Tin Jagung krim
1 kotak santan dicampur dgn dua cawan air putih ( kalau suka sebiji kelapa parut dan dapatkan anggaran 1000 ml santan pekat dan cair)
sedikit pewarna kuning
sedikit essen Vanilla
1/2 tin minyak sapi, mentega atau minyak sayur (suka hati kalian)
Secukup bijan (Saya tak taruk kerana Anak-anak tidak suka)
Acuan Kuih Bakar
 
Cara-caranya:-
 
Ayat Tepung dahulu, kemudian Dalam sebuah mangkuk masukkan telor dan gula. Kacau sehingga gula hancur dan telor kembang.
Masukkan santan dan semua essen lalu pukul lagi diikuti dgn Tepung dan pukul sampai rata dan tepung tidak bergentil..Masukkan jagung dan kacau lagi.
Mentega, atau Minyak sapi  dicairkan dahulu dan biarkan ia sejuk sekejap lalu masukkan kedalam adunan tepung..
Panaskan Oven keparas suhu 180'C. Panaskan Acuan kuih bakar dan tuangkan adunan itu kedalam nya lalu dibakar selama 45 minit atau sehingga kuih nya masak....
 
 

No comments: