Wednesday, May 15, 2013

Nasi Ayam Claypot....


Selamat Pagi....

Nasi Ayam Claypot, Saya buat tempohari untuk dimaakan sewaktu tengahari. Sudah lama tak buat dan memasak nya... Alhamdulilah ia menepati selera semua Ahli keluarga di rumah ini..
Saya menggunakan beras Basmati, dan saya mencuba melawankan beras India ini dengan lauk bangsa Tionghua.
Orang Tionghua suka memasak menggunakan periuk tanah, sedap tau. Lalu saya memasak lauk nya dengan cara mereka, dan Apabila lauk dan nasi yg dah saya rebus setengah masak siap... Saya tanakkan dlm Periuk Tanah dengan mengalaskan tutup periuk dan menggunakan api kecil...Tujuan saya supaya ia tidak HanyiT...
Ayam saya menggunakan seekor...Dalam lauk ini tiada Knob atau MSG..Saya memang masak tidak menggunakan nya kecuali dalam dunia berniaga MSG kena gunakan...
Nasi ini amat sesuai dimakan dengan sambalbelachan dan bersayur ulam Timun, tomato dan daun salad.....
Hmmmmm...saya suka sayur, tidak kiralah kalau ada yang memanggil saya kambing, kerana saya suka makan sayur mentah.. Sayur pun banyak khasiat kan..? :-D

Kita berjumpa lagi dilain keluaran dan entri......Salam Hormat serta Selamat berpuasa dalam bulan Rejab bagi yang melakukan Puasa.... :-)

Saturday, May 11, 2013

 
Selamat Hari Ibu Semua...
 
Hari ini Cuaca amat panas, Lalu Ku buatkan anak-anak dan Che'Fan Puding, dan Nasi Claypot Ayam..
Pasal Puding ini, Semua kata sedap.. Apakan tidak nya, ada Ais-krim, Biskut Oreo, saya tambah Milo serbuk dan  sungguh sedap...
Sekarang dah tinggal sedikit aje.. Pintu aisbox pun kasi Bang..Bing..Bung...!!! Aduh..jgnlah ia rosak eh....
Inikalilah..Resipi Puding Saya gunakan dari Dapur Mummy Ryan di Mukabuku..Saya copy dan paste aje tau...Kalau Anda semua rajin sila cubalah...Daaaa....!!!
 
 

~ Puding Ice Cream Oreo~
Bahan2:
25g agar2 bertali ( dipotong kecil2)
1250ml air
1 Tin susu cair
1 cup Gula
... 1 Sudu teh esen Vanila
1 Biji telur
1 Bungkus Biskut Oreo ( dikisar halus)
1 cup Ice Cream ( 5/6 scoop ice cream)
** apa2 perasa ice cream pun boleh**

Cara membuat:
Masak Agar2 bertali dengan 1250ml air tadi hingga larut...
kemudian masukkan gula...kacau sebati.
Blendkan Telur, susu cair , Ice Cream, & Esen Vanila
Kemudian satukan dengan adunan agar2 yang dimasak tadi....
Kacau rata , & akhir sekali masukkan Biskut Oreo yang telah dikisar...kacau lagi biar sebati ye...dah sebati, tutup api...
Sediakan Loyang...Tuangkan adunan & sejukkan dalam Freezer...dah siap!

Kuih Bakar Jagung....

 
Kuih Bakar Jagung
 
Hari ini Ku sungguh rajin...kerana apabila ku beritahu pada anak-anak yg Mama nya nak buat kuih bakar jagung mereka berkata,  Pasti sedapkan Mama..? :-)
 
Ku mengakui ini pertamakali buat, selalu ku buat Kuih Bakar Pandan..Jadi semua yang dirumah kata SEDAP dan Che'Fan berkata Jadi serta Lulus..Kembang Hidung ku...Hahahahahaha...!! Siapa lagi nak puji kalau bukan Suami dan Anak-anak...Betulkan.. Alhamdulilah :-)
 
Resipinya:
 
1 Mangkuk Tepung (suka hati kalian ia)
1 Mangkuk Gula
1Mangkuk Telor
1 Tin Jagung krim
1 kotak santan dicampur dgn dua cawan air putih ( kalau suka sebiji kelapa parut dan dapatkan anggaran 1000 ml santan pekat dan cair)
sedikit pewarna kuning
sedikit essen Vanilla
1/2 tin minyak sapi, mentega atau minyak sayur (suka hati kalian)
Secukup bijan (Saya tak taruk kerana Anak-anak tidak suka)
Acuan Kuih Bakar
 
Cara-caranya:-
 
Ayat Tepung dahulu, kemudian Dalam sebuah mangkuk masukkan telor dan gula. Kacau sehingga gula hancur dan telor kembang.
Masukkan santan dan semua essen lalu pukul lagi diikuti dgn Tepung dan pukul sampai rata dan tepung tidak bergentil..Masukkan jagung dan kacau lagi.
Mentega, atau Minyak sapi  dicairkan dahulu dan biarkan ia sejuk sekejap lalu masukkan kedalam adunan tepung..
Panaskan Oven keparas suhu 180'C. Panaskan Acuan kuih bakar dan tuangkan adunan itu kedalam nya lalu dibakar selama 45 minit atau sehingga kuih nya masak....
 
 

Thursday, May 2, 2013

Roti Boyan....



Roti Boyan..

Hari ini Mama terlebih rajin kerana membuat Roti Boyan dgn sambaltumis Ikan bilis...untuk sarapan pagi dan juga sesuai untuk minuman petang..

Roti Boyan memang makanan orang Bawean, bukan untuk Bangsa melayu atau jawa atau Nyonya...
Roti Boyan makan sekeping cukup untuk perut Mama, berintikan kentang dan dicecah dengan sambaltumis...Fuyooo...!!
Nak beli diluar sekarang sekeping berharga $2.20 dollar kalau ditukarkan kepada Ringgit, sekeping Roti Boyan ini $5.00 Rm tau...

Mama berterimakasih kepada Sahabat Mama, Puan Shamsiah, kerana dia yang memberi Mama resipi RotiBoyan ini...dan kalau nak cuba cuba cari dientri lama yea...

Sekian dan Sampai berjumpa lagi.. :-)