Monday, April 1, 2013

Telor..Oh Telor.....

Hari ini cuaca amat panas sekali... dah kerap Saya memasak lauk bening dan Sop...Pening kepala apabila memikirkan nak masak apa..Grrr...
Apabila membuka petiaisbuk...Ladapadi dan Ladamerah ammat banyak...Telor pun amat banyak...Apalagi..idea pun datang....


Telor Belado...

Lauk ini amat saya gemari, Lelagi bila saya kenangkan Saya bertugas dengan Ibu Ratna...Dia mengejar saya bagaimana hendak memasaknya, saya pula suka dengan rasanya yang pedas, manis dan masam....Ia bulih dimakan dengan Nasi Impit, Lontong dan ketupat tetapi saya memakannya dengan nasiputih....
Inilah lauk yang saya sediakan untuk makan tengahari dan makan malam kami....

Bahan-bahannya:

8 biji telor - direbus sampai empuk dan dikupas kulit nya..

5 batang Chilipadi*
5 batang ladamerah*
4 ulas bawangputih*
1 ulas bawang bombay - dihiris nipis
1 batang serai - diketuk
sedikit halia tua - dibuang kulit dan *
1/2 suduteh kunyit serbuk*
1 biji buah tomato didadukan
4 helai daun limaupurut -dihiris nipis
3 helai asam keping - direndam dgn air sekejap
Minyak  masak secukup nya
Garam dan gula secukup rasa...

Cara-caranya:

Kisar bahan* sedikit kasar tanpa air.
Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Api sederhana aje.
Masukkan Serai, Bawang bombay dan daunlimauyg dihiris nipis, tumis sampai naik wangi baru masukkan bahan yg dikisar*. Kacau sampai rata dan wangi.
Masukkan sedikit air kedalam nya bersama buah tomato yg didadukan dan balik-balik sehingga tomato hampir layu.
lalu diikuti Asam keping dan telor, balik-balikkan dan tambah garam serta gula. kacau seterusnya sehingga kuahnya sedikit pekat dan cukup rasa baru dimatikan api nya.....

P/s: Telor seteah direbus, Saya goreng sedikit... rasanya agak enak dan lazat... kalau ada bawang goreng silaka ditabur diatas lauk ini setelah mau disaji.....

Sekian....

No comments: