Saturday, April 27, 2013

Kek Batik




Kek Batik

Sumber Mummy Ryan's Kitchen
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 peket biskut marie
1 cawan susu tepung
2 cawan milo
2 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar gula
1 tin susu pekat manis
3 biji telur
250gm mentega

Campurkan tepung gandum bersama susu tepung, milo. koko, gula susu pekat manis dan telur dalam satu bekas dan putar sebati.
Panaskan kuali dan masukkan mentega. Cairkan.
Masukkan bahan yang diputar tadi ke dalam cairan mentega dan kacau sehingga pekat (api perlahan)
Panaskan air dalam pengukus.
Sediakan loyang dan masukkan sedikit adunan tadi. Sapu dipermukaan biar rata. Susun biskut marie di atasnya. Masukkan adunan menutupi biskut marie tersebut.
Lakukan proses yang sama berulangan sehingga adunan habis(adunan dan biskut jadi berlapis-lapis)
Tutup loyang dengan lapisan kertas aluminium.
Kukus selama 1 1/2 atau 2 jam.
Bila sudah masak simpan dalam peti sejuk seharian.

No comments: