Saturday, April 27, 2013

Kek Batik




Kek Batik

Sumber Mummy Ryan's Kitchen
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 peket biskut marie
1 cawan susu tepung
2 cawan milo
2 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar gula
1 tin susu pekat manis
3 biji telur
250gm mentega

Campurkan tepung gandum bersama susu tepung, milo. koko, gula susu pekat manis dan telur dalam satu bekas dan putar sebati.
Panaskan kuali dan masukkan mentega. Cairkan.
Masukkan bahan yang diputar tadi ke dalam cairan mentega dan kacau sehingga pekat (api perlahan)
Panaskan air dalam pengukus.
Sediakan loyang dan masukkan sedikit adunan tadi. Sapu dipermukaan biar rata. Susun biskut marie di atasnya. Masukkan adunan menutupi biskut marie tersebut.
Lakukan proses yang sama berulangan sehingga adunan habis(adunan dan biskut jadi berlapis-lapis)
Tutup loyang dengan lapisan kertas aluminium.
Kukus selama 1 1/2 atau 2 jam.
Bila sudah masak simpan dalam peti sejuk seharian.

Wednesday, April 3, 2013

Hari ini Ayam punya Kisah....


Ayam adalah pilihan ku paling senang....lelagi bila buntu fikiran, Ayamlah yang akan ku capai...Anak-anak jgn cakap Favorite them tawwww....!!

Menu Ayam ini kali, ialah Ayam Chop dengan Sos perang dan ladahitam.....
ku lawankan dengan salad sayur, kentang keriput goreng dan hiris buah tomat dan salad hijau...
Selain Chilli Sos ada juga Sos extra chilli pedas, yang extra chilli pedas itu ku buat sendiri..pedas giler youuu...Tapi enak... :-D


Nasi Ayam..Menu kedua saya...

Nasi Ayam memang mudah dan ringkas serta dalam sejam saya dah siapkan utk makan Keluarga saya.
Nasi Ayam kali ini saya gunakan Ayam tiada tulang atau Boneless Chicken, Saya tidak menggunakan seekor ayam tau...!!
Saya suka sangat sangat makan ayam atau ikan tak ada tulang... hehehe...!
Saya sediakan Ayam lebih awal iaitu 3 jam  dari masa yang sepatutnya saya siapkan, baru diikuti Nasi dan sambal...

Nasi ayam saya mengikut resipi Che Mat ( mesti awak kenal Mat Gebu.blogspot...Saya berharap Pembaca pergilah kerumah Che Mat ia utk resipi nya) tapi saya tidak menggunakan beras basmati cuma beras AAA aje, Sop nya saya sendiri punya... Sedap resipi Nasi AYAM nya... :-)

Terimakasih dan Selamat Malam...

Monday, April 1, 2013

Kailan Goreng dgn isi ikan...


Sayur adalah wajib dalam kehidupan Saya. Saya tidak tahu bagaimana orang tak suka makan sayur..
Saya tak boleh hidup tanpa sayur....
Sayur kailan amat saya gemari, samada masak dengan menggunakan daging atau ikan atau ikut selera kita pasti sedap....
Hari ini Saya masak sayur kailan dgn isi ikan tenggiri...dan tiada bubuh garam langsung kerana campuran kicap cair dan pekat ia sudah cukup masin....
Sayur ini amat mudah,semudah ABC...
Selamat menjamu selera Semua....

Telor..Oh Telor.....

Hari ini cuaca amat panas sekali... dah kerap Saya memasak lauk bening dan Sop...Pening kepala apabila memikirkan nak masak apa..Grrr...
Apabila membuka petiaisbuk...Ladapadi dan Ladamerah ammat banyak...Telor pun amat banyak...Apalagi..idea pun datang....


Telor Belado...

Lauk ini amat saya gemari, Lelagi bila saya kenangkan Saya bertugas dengan Ibu Ratna...Dia mengejar saya bagaimana hendak memasaknya, saya pula suka dengan rasanya yang pedas, manis dan masam....Ia bulih dimakan dengan Nasi Impit, Lontong dan ketupat tetapi saya memakannya dengan nasiputih....
Inilah lauk yang saya sediakan untuk makan tengahari dan makan malam kami....

Bahan-bahannya:

8 biji telor - direbus sampai empuk dan dikupas kulit nya..

5 batang Chilipadi*
5 batang ladamerah*
4 ulas bawangputih*
1 ulas bawang bombay - dihiris nipis
1 batang serai - diketuk
sedikit halia tua - dibuang kulit dan *
1/2 suduteh kunyit serbuk*
1 biji buah tomato didadukan
4 helai daun limaupurut -dihiris nipis
3 helai asam keping - direndam dgn air sekejap
Minyak  masak secukup nya
Garam dan gula secukup rasa...

Cara-caranya:

Kisar bahan* sedikit kasar tanpa air.
Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Api sederhana aje.
Masukkan Serai, Bawang bombay dan daunlimauyg dihiris nipis, tumis sampai naik wangi baru masukkan bahan yg dikisar*. Kacau sampai rata dan wangi.
Masukkan sedikit air kedalam nya bersama buah tomato yg didadukan dan balik-balik sehingga tomato hampir layu.
lalu diikuti Asam keping dan telor, balik-balikkan dan tambah garam serta gula. kacau seterusnya sehingga kuahnya sedikit pekat dan cukup rasa baru dimatikan api nya.....

P/s: Telor seteah direbus, Saya goreng sedikit... rasanya agak enak dan lazat... kalau ada bawang goreng silaka ditabur diatas lauk ini setelah mau disaji.....

Sekian....