Saturday, March 2, 2013

Kek Coklat Lembab/Basah......


 
 
 
Selamat Malam Pembaca Budiman.......
Pada saat begini lah saya amat berpeluang untuk post apa yang saya masak atau bake..
Hari ini Saya sempat buat sebiji kek untuk minum petang kami, dengan cuaca yang hujanlebat serta petir sambar menyambar, dengan secawan Teh-O...Alhamdulilah...
 
Kek ini saya biasa buat di dahulu nya entri. Tapi kali ini saya mencuba dari buku masak Amy Heng...Terlebih dahulusaya tidak dapat menghias nya kerana si Bongsu sudah mencubitnya dibahagian tengah, jadi Saya nak marah pun tidak boleh" ANAK "katakan....Haiz..Bila saya soal dia jawab  "So Curious.."
 
Kek Coklat lembab/Basah


Kek:


A

250g butter

400g brown sugar

1 1/2 sk esen vanila

B

4 biji telur, pukul sedikit

325ml air

C


280g superfine flour


70g serbuk koko

1 1/2 sk baking powder

3/4 sk baking soda

1/2 sk garam


Cara2 membuat kek:


1. Panaskan oven. Griskan loyang bulat bersaiz 9" & alaskan dasarnya dengan kertas minyak.

2. Pukul bahan2 A hingga lembut & berkrim.

3. Kemudian, masukkan telur yang telah di pukul sedikit dari bahan2 B tadi, masukkan sedikit demi sedikit.


4. Masukkan pula bahan2 C berselang seli dengan air / susu segar (bahan B). Pukul sebati.


5. Tuang ke dalam loyang yang di sediakan. Bakar selama 35 - 40 minit. Sejukkan sepenuhnya.

No comments: