Tuesday, March 19, 2013

Pais Ikan dgn Kuih Bakar Pandan....


Pais ikan atau ikan pais... Nak sebut mcm mana eh.. takpelah janji semua lalu blog saya faham...
Dah lama saya tak buat menu ini....
Mood hari ini terlebih rajin....Saya buka peti ais nampak ikan salmon, tenggiri, kembung selar hijau , udang pun ada...Tapi tenggiri juga saya pilih...
Saya pergi kepasar membeli sayur kesum, daun kunyit, daun pucuk ubi(sedikit aje)dalam anggaran 0.40sen...dan Daun Pisang yang amat penting....
Saya menyediakan ikan pais ini dalam masa 45 minit aje...dan ia disajikan dengan sop sayur dan dimakan dengan nasiputih panas-panas...Slurp...Enak...!
Apabila menyajikan nya.. saya lupa nak terbalikkan nya.. jadi yang ada sayur semua kebelakang...Tak apalah dilain hari saya akan buat lagi... "wink"

                                                               Kuih Bakar Pandan


Saya buat kuih ini untuk minuman petang saya dan anak-anak, Ia kegemaran anak sulong saya....
Saya menggunakan cetak Muffin dan satu adunnan saya mendapat 18 biji...

Resipi Kuih bakar Pandan saya perolehi dari Blog Bro Rozzan.blogspot.com.

Bahan-Bahan


260 gm tepung gandum

240 gm gula (kalau anda penawar, kurangkan sket)

300 ml santan pekat (dalam kotak/pkt)

550 ml air

3 biji telur saiz besar (kalau yg kecil, gunakan 4) - kocok sedikit

1 sudu besar pes pandan

2 sudu besar minyak sapi QBB

1 sudu teh garam (atau secukup rasa)

pewarna hijau (optional)

secubit serbuk vanilli (optional)

Cara:


1. Tepung, gula dan air disatukan dan kacau rata-rata.

2. Masukkan santan pekat, pes pandan, telur, vanilli, pewarna, garam dan kacau terus.

3.Masukkan minyak sapi dan ratakan.

4. Panaskan loyang di dalam oven dan sapu sedikit minyak/m.sapi.

5. Keluarkan loyang dan tuang adunan tadi ke dalamnya.

6. Bakar selama 30-40 minit atau hingga kekuningan dgn suhu 180-200 darjah Celsius.

Selamat Mencuba.....

 
 
 

No comments: