Thursday, March 21, 2013

Laksa Johor....


                                                                   Laksa Johor



Laksa bagi saya ialah kuah lemak dengan banyak isi ikan...Bagi bangsa tionghua, Laksa mereka tanpa isi ikan atau kerisik...
Laksa Johor, Laksa Asam atau Laksam...semua kegemaran saya....
Hari ini saya buat Laksa Johor...setelah puas saya belek dan google dalam internet nak tengok rupa Laksa Johor dan pernah merasanya.. Saya pilih dalam Majalah Midi......Saya buat Laksa ini dengan menggunakan Ikan kembung dan ikan Tenggiri. Kombinasi dua ikan dicampurkan air ikan yg saya rebus... Cap Jempul...! sedap...!! Cubalah..tapi saya nak minta maaf, kerana saya tahu Laksa Johor tak ada telor atau hirisan fishkek... tapi isi ikan banyaklah dengan ulam-ulamnya...Tapi anak-anak saya terkejut dengan kosong gitu, Saya nak tarik selera mereka saya tambah telor dan hirisan ikan...Barulah mereka makan dengan selera... :-)

1 paket Spagetti

1 kg ikan tenggiri (Saya tambah ikan kembung juga)

Bahan A

5 biji Bawang besar

7 biji Bawangputih

4 biji buah keras(direndam dgn air)

1/2 inchi halia

1/3 lengkuas

4 batang serai

1/2 biji kunyit basah

3 sudu makan rempah kari ikan

1 biji santan pekat ( campur sedikit dgn air)

1 mangkuk air putih

2 keping asamkeping

1 sudubesar kerisik kelapa

Garam dan gula secukup rasa

Minyak secukup nya

Bahan Ulam

Timun

Bawang besar

Daun kesum

Lobak masin (saya tak gunakan)

Taugeh

Limau kasturi

Sambal belachan

Cara-caranya:

Spagetti direbus mengikut arahan blkg plastik..

Ikan dibersihkan dan direbus lalu dai carik isi nya aje.

Kisar Bahan A sampai halus dan naikkan periuk diatas api lalu dimasukkan minyak secukup. Bila minyak sudah panas, masukkan bahanA dan kacau serta balik-balikkan sampai naik wangi dgn api yg sederhana.

Masukkan rempah kari ikan dan ikan yg sudah dikisar, lalu tambah air dan santan. kacau sampai mendidih.

Akhir sekali masukkan kerisik, garam dan gula. kacau lagi sampai mendidih dan rasa apa yg kurang lalu tambah. Matikan api dan boleh diicurahkan di dalam mee Spagetti dan hiaslah dengan ulam-ulam nya...

Saya mencuba Resipi ini dari Majalah Midi bulan Dec tahun 2006....

Maaf ia Orang Johor kerana saya tambah telor dan Fishkek.. :-D

No comments: