Monday, March 25, 2013

Sarapan adalah MESTI....


Sarapan ada mesti untuk  Anak-anak, Orang dewasa atau Orang Tua, tidak lupa bayi juga...
Sarapan haruslah kreatip bukan semata-mata roti dengan mentega atau biskut dengan Milo atau kopi susu...
Sara juga tidak perlu berat kerana sarapan mengalas perut kita supaya dapat bertahan selama 3 atau 4 jam...
Hari ini Saya buat sarapan ala french..sayangnya tidak ada roti brioche. Cuma saya tidak suka banyak menggunakan Keju... Tetapi untuk anak-anak memang saya meletaknya banyak dan apabila dipotong telor dan roti ini,  Kuning telor akan keluar dengan deras nya...Beralaskan bakon ayam, keju 4 macam dan dibakar dan memakannya hangat-hangat, Hmmmm......Teringat saya di TCB kafe, suka sangat saya dengan hidangan sarapan nya. ...Sihat kan..? Apa tidak sihat nya, bertemankan Sayur hijau, buah tomato..Yummy...Sedikit BBQ sos saya tambah di Chilli sos dan perahkan sedikit lemon...Sedapnyaaaaaa...!! Alhamdulilah..
 
Sekarang saya kena perah idea nak buat sarapan apa esok eh.....?

Saturday, March 23, 2013

Kookies atau Biskut...

Entah bagi saya mcm sama aje... :-D
Anak-anak saya gemar mengunyah nya, sering mereka melihat bekas kuih ada terisi atau tidak..keropok atau kekacang mereka tak berminat sangat..
sewaktu saya bertugas, saya sering isikan biskut atau cemil-cemilan di botol-botol dengan harapan mereka kalau tidak mahu makan, bolehlah isi perut dengan cemil-cemilan yang saya beli..
Semalam Saya sangat lapang lalu saya ada membeli sebungkus Biskut Oreo krim putih..sebungkus pun ia menjadi banyak soalan dari si bungsu.." Mama hendak buat apa dengan Biskut ini..?" Saya jawab.." Adalah.."
Saya pun mulakan misi saya dengan mengeluarkan Mentega, telor, Gula, Esen, dan pemukul nya sekali...
Saya melakukan kerja ini dengan mendengar lagu Nyanyian Siti Nurhaliza..Bertemankan lagu dan tanpa gangguan anak-anak yang seronok membaca buku dan melihat Tv...Saya pun dengan dunia... :-)
                                                                    Kookies Oreo

Adunan Kookies ini amat lembut, dan ia hanya menggunakan sudu aje untuk menyusunnya didulang...
Saya mendapat 100 keping dan Saya menyimpannya serta Saya memberi amaran kepada si Sulung dan si Bongsu.. Jangan ambil dahulu kerana ia pasti bila dimakan tidak akan berhenti nya...Hehehe..mereka turut arahan saya.. :-)

 


Inilah rupa Biskut nya...ternyata disimpan semalam lagi enak dan lazat... Resipi ini saya ubah sendiri dari resipi-resipi Drop Kookies, boleh terdapat di Enjin Googles...
Dan ini pertamakali saya membuatnya..dan banyak yang saya perlu tambah dan perhatikan...

Sekian dan Selamat Hari Minggu Semua....

Thursday, March 21, 2013

Sandewich Telor dan Ayam..

Sandewich adalah makan yang amat ringkas. Ia boleh bertahan selama 3 jam. Saya buat Sandewich ini kerana  anak sulong saya mencabar. Saya pula tidak suka tengok dia beli sandwich ini dikedai roti yg Halal,  Sebelah aje berharga $1.40...Mahal bagi saya..
Lalu Semalam saya pergi kesupermarket dan memborong bahan-bahannya...

Saya membuat nya untuk sarapan kami pagi ini. Anak-anak saya sediakan Milo panas dan Saya Kopi susu...

                                                            
                                                             Sandewich Telor dan Ayam

Bagi saya sarapan amat penting serta kreatip... Sarapan juga tak perlu yang berat-berat, memadailah yang ringan dan ringkas...

Sampai kita berjumpa lagi dilain entri.... :-)

Laksa Johor....


                                                                   Laksa Johor



Laksa bagi saya ialah kuah lemak dengan banyak isi ikan...Bagi bangsa tionghua, Laksa mereka tanpa isi ikan atau kerisik...
Laksa Johor, Laksa Asam atau Laksam...semua kegemaran saya....
Hari ini saya buat Laksa Johor...setelah puas saya belek dan google dalam internet nak tengok rupa Laksa Johor dan pernah merasanya.. Saya pilih dalam Majalah Midi......Saya buat Laksa ini dengan menggunakan Ikan kembung dan ikan Tenggiri. Kombinasi dua ikan dicampurkan air ikan yg saya rebus... Cap Jempul...! sedap...!! Cubalah..tapi saya nak minta maaf, kerana saya tahu Laksa Johor tak ada telor atau hirisan fishkek... tapi isi ikan banyaklah dengan ulam-ulamnya...Tapi anak-anak saya terkejut dengan kosong gitu, Saya nak tarik selera mereka saya tambah telor dan hirisan ikan...Barulah mereka makan dengan selera... :-)

1 paket Spagetti

1 kg ikan tenggiri (Saya tambah ikan kembung juga)

Bahan A

5 biji Bawang besar

7 biji Bawangputih

4 biji buah keras(direndam dgn air)

1/2 inchi halia

1/3 lengkuas

4 batang serai

1/2 biji kunyit basah

3 sudu makan rempah kari ikan

1 biji santan pekat ( campur sedikit dgn air)

1 mangkuk air putih

2 keping asamkeping

1 sudubesar kerisik kelapa

Garam dan gula secukup rasa

Minyak secukup nya

Bahan Ulam

Timun

Bawang besar

Daun kesum

Lobak masin (saya tak gunakan)

Taugeh

Limau kasturi

Sambal belachan

Cara-caranya:

Spagetti direbus mengikut arahan blkg plastik..

Ikan dibersihkan dan direbus lalu dai carik isi nya aje.

Kisar Bahan A sampai halus dan naikkan periuk diatas api lalu dimasukkan minyak secukup. Bila minyak sudah panas, masukkan bahanA dan kacau serta balik-balikkan sampai naik wangi dgn api yg sederhana.

Masukkan rempah kari ikan dan ikan yg sudah dikisar, lalu tambah air dan santan. kacau sampai mendidih.

Akhir sekali masukkan kerisik, garam dan gula. kacau lagi sampai mendidih dan rasa apa yg kurang lalu tambah. Matikan api dan boleh diicurahkan di dalam mee Spagetti dan hiaslah dengan ulam-ulam nya...

Saya mencuba Resipi ini dari Majalah Midi bulan Dec tahun 2006....

Maaf ia Orang Johor kerana saya tambah telor dan Fishkek.. :-D

Tuesday, March 19, 2013

Pais Ikan dgn Kuih Bakar Pandan....


Pais ikan atau ikan pais... Nak sebut mcm mana eh.. takpelah janji semua lalu blog saya faham...
Dah lama saya tak buat menu ini....
Mood hari ini terlebih rajin....Saya buka peti ais nampak ikan salmon, tenggiri, kembung selar hijau , udang pun ada...Tapi tenggiri juga saya pilih...
Saya pergi kepasar membeli sayur kesum, daun kunyit, daun pucuk ubi(sedikit aje)dalam anggaran 0.40sen...dan Daun Pisang yang amat penting....
Saya menyediakan ikan pais ini dalam masa 45 minit aje...dan ia disajikan dengan sop sayur dan dimakan dengan nasiputih panas-panas...Slurp...Enak...!
Apabila menyajikan nya.. saya lupa nak terbalikkan nya.. jadi yang ada sayur semua kebelakang...Tak apalah dilain hari saya akan buat lagi... "wink"

                                                               Kuih Bakar Pandan


Saya buat kuih ini untuk minuman petang saya dan anak-anak, Ia kegemaran anak sulong saya....
Saya menggunakan cetak Muffin dan satu adunnan saya mendapat 18 biji...

Resipi Kuih bakar Pandan saya perolehi dari Blog Bro Rozzan.blogspot.com.

Bahan-Bahan


260 gm tepung gandum

240 gm gula (kalau anda penawar, kurangkan sket)

300 ml santan pekat (dalam kotak/pkt)

550 ml air

3 biji telur saiz besar (kalau yg kecil, gunakan 4) - kocok sedikit

1 sudu besar pes pandan

2 sudu besar minyak sapi QBB

1 sudu teh garam (atau secukup rasa)

pewarna hijau (optional)

secubit serbuk vanilli (optional)

Cara:


1. Tepung, gula dan air disatukan dan kacau rata-rata.

2. Masukkan santan pekat, pes pandan, telur, vanilli, pewarna, garam dan kacau terus.

3.Masukkan minyak sapi dan ratakan.

4. Panaskan loyang di dalam oven dan sapu sedikit minyak/m.sapi.

5. Keluarkan loyang dan tuang adunan tadi ke dalamnya.

6. Bakar selama 30-40 minit atau hingga kekuningan dgn suhu 180-200 darjah Celsius.

Selamat Mencuba.....

 
 
 

Sunday, March 17, 2013

Penkek atau Hotcake...

 
Pagi ini Saya buat Penkek atau Hotcake bahasa omputih...
Kegemaran saya, lelagi kalau ada madu dan mentega...Laju saya makan macam budak-budak juga...
Hari ini tinggal saya dgn si Bongsu, si Bongsu sudah bertanya " Mama hari ini sarapan apa..? " " Saya menjawap, Hotcake mau..?" Dia terus mengganggukkan kepalanya..
Adunan kering memang saya sudah sediakan terlebih dahulu...jadi saya tinggal masukkan telor, Susu segar dan mentega cair atau minyak...
Seronoknya disebalik membuat Penkek ialah, si bongsu ringan tulang membuatkan air untuk saya dan dia, Sayang Dia...
Apabila sudah siap, kami berdua makan dengan senyap...serta menikmati pagi yang sunyi dan sepi....
oh..Lupa saya nak beritahu, mentega itu kepunyaan MCD,  dua hari lepas saya bersarapan di MCD, jadi bila ada belen mentega yang saya tapau utk mkn dirumah, saya gunakan untuk hari ini.... :-)
 
Sekian Entri saya...Jumpa lagi...:-)

Friday, March 15, 2013

Nasi Goreng Daging

 
 
 
Nasi Goreng Daging....
 
Hidangan kami pada makan malam. Daging nya amat cepat masah dan lembut. Dihiris nipis-nipis dan digoreng semasa bahan-bahan kisar tengah separuh masak.... Hmmm enak dan lazat. Saya hiasi dengan telor dadar dan sedikit keropok dan saya makan dengan selera bersama ahli keluarga saya....
Nasi goreng, kita boleh mempelbagaikan dan dengan kreatip kita sendiri.........
Entri kali ini saya tidak sediakan resipi nya, kerana sayatahu diluar sana banyak yang ahli dalam memasak dan oleh itu... Selamat berhujung Minggu dan sampai kita bertemu lagi....
 
Sekian

Sunday, March 10, 2013

Char Kway Tiow with Blackpepper Beef....

Char Kway Tiow is everyones favourites.

Today I prepared this Noodles for My Family dinner. Very simple Meal for us. Adding Blackpepper and birdeyes chilies(Chilipadi) it add spicy with thin and tender beef I have marinated in 2 hours early...



The Ingredients is :

300 gram Sliced Beef ( marinate with 1 tablespoon Oystersauce)

100 gram Bean Sprout (wash and toss)

500 Gram Kway Tiow

50 gram slice thinly carrot

2 tablespoon ground garlic and old ginger *

2 tablespoon dark soya sauce

1 tablespoon lightsoya sauce

1 tablespoon blackpepper (crush finely)

2 pieces fishcake ( slice thinly)

7/8 pieces Birdeyes chillies ( chillipadi)

Adash of sesame oil

some slice chinese parsley and fried Onion shallot for garnish...

oil for frying

Method:

Heat the wok, add in the oil. With medium fire add ingredients*, fry till fragrant..

Put in the marinate beef, stir till the beef are cook,then put in slice fishcakes in and stir..

Add in all the sauce and 1/2 cup of water plus salt, a bit of sesame oil and carrot,stir all well.

After that put in the Noodles and the bean sprout, with medium fire stir till everythings are well mixed...Put off the fire.

Serves and garnish with chinese parsley and fried onions..


 

Saturday, March 2, 2013

Kek Coklat Lembab/Basah......


 
 
 
Selamat Malam Pembaca Budiman.......
Pada saat begini lah saya amat berpeluang untuk post apa yang saya masak atau bake..
Hari ini Saya sempat buat sebiji kek untuk minum petang kami, dengan cuaca yang hujanlebat serta petir sambar menyambar, dengan secawan Teh-O...Alhamdulilah...
 
Kek ini saya biasa buat di dahulu nya entri. Tapi kali ini saya mencuba dari buku masak Amy Heng...Terlebih dahulusaya tidak dapat menghias nya kerana si Bongsu sudah mencubitnya dibahagian tengah, jadi Saya nak marah pun tidak boleh" ANAK "katakan....Haiz..Bila saya soal dia jawab  "So Curious.."
 
Kek Coklat lembab/Basah


Kek:


A

250g butter

400g brown sugar

1 1/2 sk esen vanila

B

4 biji telur, pukul sedikit

325ml air

C


280g superfine flour


70g serbuk koko

1 1/2 sk baking powder

3/4 sk baking soda

1/2 sk garam


Cara2 membuat kek:


1. Panaskan oven. Griskan loyang bulat bersaiz 9" & alaskan dasarnya dengan kertas minyak.

2. Pukul bahan2 A hingga lembut & berkrim.

3. Kemudian, masukkan telur yang telah di pukul sedikit dari bahan2 B tadi, masukkan sedikit demi sedikit.


4. Masukkan pula bahan2 C berselang seli dengan air / susu segar (bahan B). Pukul sebati.


5. Tuang ke dalam loyang yang di sediakan. Bakar selama 35 - 40 minit. Sejukkan sepenuhnya.