Saturday, February 23, 2013

Spageetti Ayam berkuah pedas....

Spageetti Ayam berkuah pedas

Salam pembaca budiman...

Hari ini cuaca amat elok dan Alhamdulilah...

Hari ini juga Kami tidak memakan nasi malah kami tukar ke Spageetti...lauk nya hanya memasak dengan mengcampak-campak apa bahan yang dalam petiais ada....Ayam memang bahan utama...dan kuah nya di pekatkan sedikit dengan api kecil, rasa nya Pedas, manis dan masam....Masam kerana saya ada menambahkan sos sweet and sour sauce, pedas kerana saya menggunakan Sedikit chilipadi, ladamerah dan lada merah benggala...

Anak-anak berkata amat sedap Mama...dan lainkali Saya akan mencuba menggunakan ikan atau seafood...

Maaf saya mohon kerana saya berada dalam keadaan tidak sihat dan Deman serta flu dan batuk masih menyerang saya...:-(

Selepas ini saya nak berihat dan tidur...Selamat Malam dan berjumpa lagi... :-)





Monday, February 11, 2013

Pound CreamCheese cake

 
Pound CreamCheese Cake
 
 
Itulah nama kek nya,Mama buat untuk minuman petang...menggunakan resipi Joyofbaking, ternyata hasil nya amat sedap, lembut dan garing diluar permukaannya. Hanya dgn sedikit parutan kulit lemon, ia menambahkan kelazatan kek ini...
Sebelum ini, Mama pernah kombinasikan atau mencampurkan pisang kedalam nya, lagi sedap cuma agak berat sedikit kek ini...Apabila kek ini dipotong dan disimpan keesokkan harinya, ia ternyata lagi sedap.....
Pembaca yg ingin mencuba, sila menggunakan enjin google dan type kan aje nama kek ini pasti banyak pilihan terkeluar...
Selamat mencuba... 



 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sunday, February 10, 2013

Rendang Udang

Rendang Udang....

Sebuah masakkan menu yang berasal dari Singapura, Malaysia dan Indonesia...

Sebut aje RENDANG..ia boleh dipergayakan dengan Ayam, daging dan Seafood.

Masakkan ini sedikit atau sebanyak berempah. Dan ia juga mempunyai rasa yang agak pedas, manis dan sedikit masam. Diperbuat dari Chillipadi, Chillimerah dan tidak menggunakan chillikering. bahan utama nya seperti udang, santan, bawang dan daun limau.

utk memekatnya Saya ada menambahkan kerisik.. lauk ini enak dan lazat dimakan dengan nasi impit, ketupat dan nasi berperisa....

Lauk ini selalunya agak terkenal dihidangkan di Pagi Lebaran, dimasak menggunakan dapur arang lagi menyedapkan lauk ini...

Kalau mahu tahu erti kata RENDANG...carilah di enjin Yahoo atau Google, pasti Anda akan berjumpa...:-)

Friday, February 8, 2013

Roti Kirai Dgn Kima daging bersama KacangParang Sayur-sayuran....


Roti Kirai Dgn Kima daging bersama KacangParang Sayur-sayuran....

Hari ini mood ku amat baik...Ahaks...!

dengan ramalan cuaca yang mengatakan hujan sepanjang minggu ini, dan cuti panjang sempena Raya bangsa Tionghua....

Hari ini Dapur Ku tiada Nasi mahu pun Mee....Ku menbuat Roti Kirai/Jala Kegemaran Putera pertama ku....
Selalunya kalau ku buat RotiKirai ini ia akan dimakan dengan kari ayam, daging atau rendang  dan kima...pasti bersma salads...tetapi kali ini ku buat sedikit kelainan.

Ku panggil lauk ini ialah, Kima daging bersama kacang dan sayur-sayuran.....:-) Sedikit kelainan tapi anak-anak ku berkata " Sedap sungguh Mama..!" Alhamdulilah....

Bahan-bahannya:

500gm daging Cincang - dicuci dan ditos air nya

2 tin kacang Kacang Parang

4 biji bawang besar* dikupas kulit dan potong 4

5 biji bawang putih*

1/2 inci halia*

1/3 kunyit basah*

1 sudumakan ladasulah*

5 sudumakan serbuk kari ayam

1 sudumakan serbuk Mixed spices dan serbuk ketumbar,jintan manis dan putih*

2 biji kentang- dikupas kulit dan potong kecil-kecil

2 batang lobakmerah- dibuang kulit dan potong kecil-kecil

1 ikat sayur bayam- dipotong kecil-kecil

3 batang ladamerah -dibuang biji dan potong kecil-kecil

2 biji buah tomato- dipotong kecil-kecil

5 helai daunlimau - dihirs atau dimayang

1 tube tairu

Minyak masak secukupnya

garam secukup rasa

2 mangkuk airputih

Sedikit daun ketumbar - dicuci bersih dan dihiris kasar-kasar utk ditabur atas lauk ini..

Cara-caranya:

 

1) Panaskan minyak dalam kuali. Api sederhana.

2) Tumis bahan-bahan yg dikisar* sampai naik wangi. Masukkan Daging dan gaul sampai rata. Lalu masukkan Kacang dalam tin serta Tomato dan ladamerah gaul dan pastikan tomato sampai layu, Masukkan dua mangkok airputih kedalam bahan yg ditumis ini, kacau sampai rata..

3) Masukkan kentang dan lobak serta daun limau kedalamnya. Kacau dan biarkan kuah nya mendidih. Apabila kuah mendidih, masukkan Tairu dan kacau lagi, Masukkan garam dan kkacau sampai sebati lalu masukkan sayur bayam kecilkan api dan biarkan lauk ini agak pekat serta sayur bayam sudah layu atau masak betul baru boleh dimatikan api nya...Hiasilah dengan Daun ketumbar. Ia boleh dimakan dengan rotiprata dan sewaktu dgn nya....

P/S: * maksudnya bahan-bahan dikisar tanpa air

rasa lauk ini ialah Masam dan pedas....