Saturday, December 15, 2012

Sop Ayam, Sayur dan Ikan

Assalammualaikum..

Memasak lauk menggunakan ayam memang sering ku masak. tetapi kalau Ayam itu dimasakkan Sop, memang dirumah ini jarang sekali. Tiada yang minat kecuali Ku seorang. Ayam masak Sop, lauk yang ringkas dimasak lelagi ditambahkan kan kentang dan lobak merah, serta sedikit rempah. Humph...!


Makan dgn nasi hangat dan kalau ada sambal belachan sedap tau....lauk Sop ini ringkas dan sedap serta kalau tidak mahu makan dengan nasi boleh dimakan dengan pasta atau mee....



Selain lauk Sop Ayam, ada juga ikan Pari bakar di cecah dgn sambal kicap chilli padi...Ikan pari adalah kegemaran semua, dan rasa segar nya serta sedikit bahan yg  telah ku perapkan bersama ikan
ini....



Sayur kailan adalah sayur yang batangnya agak keras sedikit. sayur ini Ku masak dengan udang dan ditumbukkan sedikit bawang putih dan bawang merah kecil lalu ditumiskan dengan api yg sederhana, lalu bila sayur sudah layu dan masak, ku masukkan udang dan hirisan chilipadi...
Cuba bayangkan, makan nasi dgn lauk-pauk yg sedang hangat dan dalam suasana sejuk....
Makan damai untuk keluarga ku...hehehe...

Inilah lauk pauk yang sempat ku siapkan dan hidangkan....Semuga apa yg dihidangkan oleh ku, diingati dan disukai oleh mereka.... :-)

No comments: