Monday, December 31, 2012

Coklat Muffin MamaElla



Assalammualaikum Pembaca budiman...

Hari ini memang hari terakhir untuk tahun 2012..

Hari ini juga, Mama menyediakan sedikit minum petang yang digemari oleh anak-anak dan suami.

Coklat..Coklat..pujaan hati semua penghuni dirumah ini. Coklat yang mama gunakan tidak lah manis tapi pahit. Dengan Cuaca yang hujan lebat dan deras, Mama memang malas nak keluar dari rumah, memandangkan sewaktu nak buat muffin ini anak-anak sedang tidur, dalam senyap Mama menyediakan Coklat Muffin ini...

Muffin ini kami makan dengan teh-O dan Mama juga menyediakan sedikit kentang goreng wrinkle, Hotdog, Roti cabiatta dimakan dengan telur dadar dan sedikit sayur ulam nya.

Anak-anak bersuara; " Wah..Mama sempat buat dan kira ini penutup tahun 2012 eh..?" Ku hanya senyum aje lah... :-)

Untuk Pembaca sekelian... Mama mengucapkan " Selamat Tahun Baru 2013, Kita tutup buku tahunlepas dan kita buka buku tahun baru, semuga tahun ini lebih baik dari yang dah lepas...Amin"

Resipi untuk entri kali ini ada yg terdahulu nya...Cubalah selongkar dan sampai Kita jumpa lagi dilain entri...Wassalam

Sekian....

MamaElla 2012...

Saturday, December 15, 2012

Sop Ayam, Sayur dan Ikan

Assalammualaikum..

Memasak lauk menggunakan ayam memang sering ku masak. tetapi kalau Ayam itu dimasakkan Sop, memang dirumah ini jarang sekali. Tiada yang minat kecuali Ku seorang. Ayam masak Sop, lauk yang ringkas dimasak lelagi ditambahkan kan kentang dan lobak merah, serta sedikit rempah. Humph...!


Makan dgn nasi hangat dan kalau ada sambal belachan sedap tau....lauk Sop ini ringkas dan sedap serta kalau tidak mahu makan dengan nasi boleh dimakan dengan pasta atau mee....



Selain lauk Sop Ayam, ada juga ikan Pari bakar di cecah dgn sambal kicap chilli padi...Ikan pari adalah kegemaran semua, dan rasa segar nya serta sedikit bahan yg  telah ku perapkan bersama ikan
ini....



Sayur kailan adalah sayur yang batangnya agak keras sedikit. sayur ini Ku masak dengan udang dan ditumbukkan sedikit bawang putih dan bawang merah kecil lalu ditumiskan dengan api yg sederhana, lalu bila sayur sudah layu dan masak, ku masukkan udang dan hirisan chilipadi...
Cuba bayangkan, makan nasi dgn lauk-pauk yg sedang hangat dan dalam suasana sejuk....
Makan damai untuk keluarga ku...hehehe...

Inilah lauk pauk yang sempat ku siapkan dan hidangkan....Semuga apa yg dihidangkan oleh ku, diingati dan disukai oleh mereka.... :-)