Tuesday, November 13, 2012

Mee Siam MamaElla


Assalammualaikum...

Hari ini cuaca amat sejuk. Cuti pula itu. Orang Indian menyambut Deepavali.
Mama pula menyediakan hidangan Mee Siam untuk sarapan pagi. Mama menyediakan serba boleh. Alhamdulilah semua memakan dengan lega hati Mama.
Anak-anak tak banyak kerenah..dah lapar mereka makan juga...
Mama ada sertakan resipinya dibawah ini.... :-)

Resipi Mee Siam MamaElla

====================

Bahan-bahannya-:

 

1 paket Bee Hoon-rendam dgn air

0.50sen taugeh - bersihkan

10 biji telor direbus dan kupas kulit nya

10 biji limau kasturi

0.50 sen Daun kucai

1 paket tahu kering atau dpangggil Tau Pok potong kecil kecil

3 biji bawang besar *

5 biji bawang putih *

2 biji buah keras direndam*

2 batang serai *

sedikit halia tua*

2 sudu makan Taucho *

10 batang Chilli kering - dipotong buang biji dan gunting kecil-kecil lalu dikisar halus*

sedikit kunyit basah*

sedikit belachan*

1 mangkuk kecil santan secukup

5 sudu makan kacang goreng yg dah dikisar Halus

air asam jawa yg dah diperah pekat 3 mangkok

2 mangkok air stok Udang, ayam atau ikan

Minyak masak, garam dan gulasecukup nya..

Cara-Cara Nya:-

1) Kisar semua bahan *sampai halus. Panaskan Minyak dan masukkan bahan yang dikisar,tumis sampai naik wangi dan keluar minyak.

2) Masukkan air stok kedlm nya. ditambahkan dengan santan dan kacau sampai sebati. Api sederhana.

3) Bila kuah mendidih, masukkan garam, gula, air asam jawa dan santan. Kacau sekali lagi. Biarkan kuah mendidih dan cukup rasa sertakeluar minyak. Setelah cukup rasa baru matikan api nya.

Bahan-bahannya:-)

Sambal Tumis yang sedia ada secukup nya

Atau pewarna oren sedikit aje...

1) Panaskan air didlm periuk. Bila air mendidih masukkan Beehoon rendam kedlm nya dan angkat setelah lembut serta tos air nya..

2) Rebus taugeh tiga suku masak. Angkat sertaa toskan air nya.

3 ) (A)Dalam mangkok besar, masukkan 2 sudu besar sambal tumis dgn minyak nya , lalu masukkan Beehoon kedlm nya dan gaul sampai rata.

(B) Bila air rebusan mendidih, masukkan sedikit pewarna oren kedlm nya lalu masukkan Beehoon yg dah direndam kedlm nya sekejap dan angkat serta tos...

Cara-cara menghidangkan nya:-

1) Dalam mangkok yg sesuai, maskkan BeeHoon, lalu taugeh diikuti oleh kuah dan hiasilah dgn Telor,daun kucai serta tahu, limaudan sambaltumis...Dan nikmatilah ia bila tgh Panas....

Selamat malam dan Selamat mencuba...

Sekian



 

No comments: