Saturday, November 17, 2012

Khazanah Budaya Melayu......

Assalammualaikum......

Salam Ma'al Hijrah dari MamaElla. Kita buka buku baru dan tutup buku lama....

Kegiatan pada hari ini 17/11/12, Mama dan anak-anak telah ke Perpustakaan Esplanade untuk menghadiri Khazanah Budaya Melayu (Malay Heritage Culture) anjuran NLB Esplanade. Jurucakap bagi acara ini ialah Penyanyi Hyrul......


Mama sempat bergambar dgn Hyrul...sementara menantikan peserta-peserta yg lain hadir, Hyrul sempat mengajar bagaimana menahan nafas dan melembutkan muka kita dan bunyi lagu dan irama melalui mulut dan lidah serta mimik muka...


Anak Mama Hafiz lagi tekun mendengar arahan Hyrul..baju kuning adalah Hafiz...Dalam acara ini, Ibubapa digalakkan ikut serta...Seronok tau....


Acara menyanyi dan menari diikuti, setelah berlatih...lengguk gaya anak-anak sungguh seronok, malah ibubapa sibuk Snap..snap..snap gambar...hehehe...


Lihatlah bertapa Ibu-ibu peserta ghairah mengambil Gambar anak-anak mereka termasuk Mama juga......hehhehe....

Inilah kegiatan kami pada Sabtu ini.....
Oh ya... sementara itu di galeri ini banyak gambar-gambar penyanyi-penyanyi lama di paparkan di sini....termasuk Arwah P.Ramlee, A.Ramlee dan etc....Masuk percuma...



Lupa Mama nak beritahu, Lagu-Lagu yang dinyanyikan oleh peserta-peserta bengkel tadi inilah gambar nya..Lagu lama tapi masih seronok didengar...bak perpatah kata " Tiada dahulu Tiada sekarang..."

Sekian....

No comments: