Thursday, November 29, 2012

Assalammualaikum....


Salam Sejahtera semua nya...Entri kali ini Mama nak berkongsi saat yang bahagia. Iaitu Anak Bujang Mama  sudah masuk alam remaja....Haziq dah berusia 13tahun, cepat benar rasanya masa berlalu...
Jadi Mam tidak order kek diluar setakat mohon Makcik nya buatkan sebiji 5 tingkat Kek Rainbow atau Pelangi kesukkan Dia dan Kami semua..

Berkumpul diantara Bonda dan adik-beradik sahaja di Taman Pasir Ris...serta masing-masing membawa juadah tersendiri..Seronok....


lebih Seronok nya ia saat yang anak ku suka...Walaupun ia berlangsung pada cuti sekolah, ia tetap menggembirakan Haziq...

Haziq....tiada yang lebih bahagia adalah Mama, dan setiap kali menatap wajahmu, Mama bersyukur kerana Allah hadiahkan Mama seorg bayi yg comel dan semangat serta sihat....mudah-mudahan laluan pada masa hadapan dipermudahkan NYA..Amien


Selamat Malam Semua.... :-)

Sunday, November 25, 2012

Garden By The Bay

Assalammualaikum....
Minggu lepas Mama ada sembang pasal Garden By The Bay yang telah Mama lawati...Tiket nya Murah $7.00 dollar tapi ia utk Ahli kawasan Mama tinggal aje...Mama diberi peluang masuk dua entri, iaitu Flower Dome dan Cloud Forest...menarik dan InsyaAllah Mama akan datang lagi...


 
Airterjun yang Tinggi
 
 
 
Bunga Anggerik yang ada didlm Taman ini......
 
 
 
Rhododendron Hybrid nama Bunga ini dalam bahasa Inggeris
 
 
Taman yg dilihat dari tingkat 2...
 
 
 
Mr dan Haziq cuba merasa percikkan air yang jatuh dari atas..
 
 
Tinggikan...Pemandangan dari atas..
 
 
Flower Dome...
 
Kawasan  ini banyak bunga...Macam-macam Bunga boleh kelihatan...Sebenarnya banyak lagi gambar yg ingin Mama kongsi, Mama petik semua nya 400 kpg..Banyakkan...!!! kalau ada masa melawat Singapura, pesan Mama jangan lupa masuk kawasan ini..damai dan sungguh Chantik.... :-)


Saturday, November 17, 2012

Sembang-Sembang Ahad....


Maggi...Makanan mee segera yang amat digemari oleh anakanda Mama...Mama memasaknya tanpa telor. Hanya Fishek dan Ngioh yang...Bersama Teh tarik susu, Mama sajikan untuk anak-anak Mama....
Bila melihat mereka makan, terkenang Mama masa mereka kecil dahulu....Susah payah membesarkan mereka, bila dah besar kerenah mereka boleh tahan....Begitu juga dengan selera mereka...
Teringat Mama tempuh hari Mama bawa mereka ke Garden The Bay....si Bongsu suka menjadi Model manakala sibesar tak suka...sampai kena paksa tau...Apa nak buat, Mama suka menggunakan anak-anak sendiri dari orang lain kecuali kalau keluar dengan Sahabat-sahabat....


Diatas ini Mama berkongsi gambar-gambar yang Mama sempat mengambilnya.....Mama suka reka bentuk nya....


Sungguh tinggi dan ada tiga reka bentuk nya....Lawa dan tidak puas dan jemu memandangnya....

Garden By The Bay mula diperkatakan pada tahun 2005. Ia bertujuan menjadikan tempat ini suatu lokasi riadah dan taman..
Apabila ia siap, ia mula menarik perhatian pelancong ke Singapura...Icon yang menjadi kan negara Singapura yang kecil tapi maju  dibawah teraju oleh LKY dan anggota-anggota yang lain..

Hmmm....Mama akan sambung lagi dilain masa..kerana anak-anak telah bersuara lapar...Jadi Selamat berhujung Minggu semua.... :-)

Sekian

Khazanah Budaya Melayu......

Assalammualaikum......

Salam Ma'al Hijrah dari MamaElla. Kita buka buku baru dan tutup buku lama....

Kegiatan pada hari ini 17/11/12, Mama dan anak-anak telah ke Perpustakaan Esplanade untuk menghadiri Khazanah Budaya Melayu (Malay Heritage Culture) anjuran NLB Esplanade. Jurucakap bagi acara ini ialah Penyanyi Hyrul......


Mama sempat bergambar dgn Hyrul...sementara menantikan peserta-peserta yg lain hadir, Hyrul sempat mengajar bagaimana menahan nafas dan melembutkan muka kita dan bunyi lagu dan irama melalui mulut dan lidah serta mimik muka...


Anak Mama Hafiz lagi tekun mendengar arahan Hyrul..baju kuning adalah Hafiz...Dalam acara ini, Ibubapa digalakkan ikut serta...Seronok tau....


Acara menyanyi dan menari diikuti, setelah berlatih...lengguk gaya anak-anak sungguh seronok, malah ibubapa sibuk Snap..snap..snap gambar...hehehe...


Lihatlah bertapa Ibu-ibu peserta ghairah mengambil Gambar anak-anak mereka termasuk Mama juga......hehhehe....

Inilah kegiatan kami pada Sabtu ini.....
Oh ya... sementara itu di galeri ini banyak gambar-gambar penyanyi-penyanyi lama di paparkan di sini....termasuk Arwah P.Ramlee, A.Ramlee dan etc....Masuk percuma...



Lupa Mama nak beritahu, Lagu-Lagu yang dinyanyikan oleh peserta-peserta bengkel tadi inilah gambar nya..Lagu lama tapi masih seronok didengar...bak perpatah kata " Tiada dahulu Tiada sekarang..."

Sekian....

Tuesday, November 13, 2012

Mee Siam MamaElla


Assalammualaikum...

Hari ini cuaca amat sejuk. Cuti pula itu. Orang Indian menyambut Deepavali.
Mama pula menyediakan hidangan Mee Siam untuk sarapan pagi. Mama menyediakan serba boleh. Alhamdulilah semua memakan dengan lega hati Mama.
Anak-anak tak banyak kerenah..dah lapar mereka makan juga...
Mama ada sertakan resipinya dibawah ini.... :-)

Resipi Mee Siam MamaElla

====================

Bahan-bahannya-:

 

1 paket Bee Hoon-rendam dgn air

0.50sen taugeh - bersihkan

10 biji telor direbus dan kupas kulit nya

10 biji limau kasturi

0.50 sen Daun kucai

1 paket tahu kering atau dpangggil Tau Pok potong kecil kecil

3 biji bawang besar *

5 biji bawang putih *

2 biji buah keras direndam*

2 batang serai *

sedikit halia tua*

2 sudu makan Taucho *

10 batang Chilli kering - dipotong buang biji dan gunting kecil-kecil lalu dikisar halus*

sedikit kunyit basah*

sedikit belachan*

1 mangkuk kecil santan secukup

5 sudu makan kacang goreng yg dah dikisar Halus

air asam jawa yg dah diperah pekat 3 mangkok

2 mangkok air stok Udang, ayam atau ikan

Minyak masak, garam dan gulasecukup nya..

Cara-Cara Nya:-

1) Kisar semua bahan *sampai halus. Panaskan Minyak dan masukkan bahan yang dikisar,tumis sampai naik wangi dan keluar minyak.

2) Masukkan air stok kedlm nya. ditambahkan dengan santan dan kacau sampai sebati. Api sederhana.

3) Bila kuah mendidih, masukkan garam, gula, air asam jawa dan santan. Kacau sekali lagi. Biarkan kuah mendidih dan cukup rasa sertakeluar minyak. Setelah cukup rasa baru matikan api nya.

Bahan-bahannya:-)

Sambal Tumis yang sedia ada secukup nya

Atau pewarna oren sedikit aje...

1) Panaskan air didlm periuk. Bila air mendidih masukkan Beehoon rendam kedlm nya dan angkat setelah lembut serta tos air nya..

2) Rebus taugeh tiga suku masak. Angkat sertaa toskan air nya.

3 ) (A)Dalam mangkok besar, masukkan 2 sudu besar sambal tumis dgn minyak nya , lalu masukkan Beehoon kedlm nya dan gaul sampai rata.

(B) Bila air rebusan mendidih, masukkan sedikit pewarna oren kedlm nya lalu masukkan Beehoon yg dah direndam kedlm nya sekejap dan angkat serta tos...

Cara-cara menghidangkan nya:-

1) Dalam mangkok yg sesuai, maskkan BeeHoon, lalu taugeh diikuti oleh kuah dan hiasilah dgn Telor,daun kucai serta tahu, limaudan sambaltumis...Dan nikmatilah ia bila tgh Panas....

Selamat malam dan Selamat mencuba...

Sekian