Monday, August 20, 2012

Suasana AidilFitri...

Assalammualaikum..


Saat saya menaip entri ini, kita sedang beraya Hari Raya ke-3.  Saya terasa amat cepat masa berlalu dan ia tidak menunggu kita, malah kita kena cepat dan pantas melakukan apa sahaja kunjungan yang kita perlu lakukan.

Hari ini anak-anak telah buka sekolah, dan org dewasa sudah mula bertugas termasuk saya laah..Entri kali ini, saya ingin berkongsi mengenai kek lapis dan biskut. Kek lapis ada pelbagai rasa dan corak serta nama. Ada Kek lapis Sarawak kerana ia di buat dari bumi Kenyalang (kalau salah minta maaf). Ada kek lapis terkenal dipanggil Kek Lapis Monica( ia dibuat dari Indonesia) dah agak lama terkenal kek lapis ini dan mempunyai pelbagai rasa.
Kek lapis menggunakan telor yang agak banyak dan membuat nya agak teliti. Rasa terserah pada resipi nya. Kek Lapis boleh tahan lama kalau disimpan dengan cara yang betul.


Dalam Gambar ini Kek Lapis Kukus Asam Gambir dan Kek lapis kismis. Kek Lapis Kukus Asam Gambir adalah hasil tangan buatan Ibu saya. Saya suka rasa, lemak dan keenakkan nya. Bukan mudah tau nak membuatnya. Ia memerlukan kesabaran dan Saya gemar pada kek lapis Kukus Asamgambir ini.
Dirumah saya ini ada 4 buah macam kek...Bila saya lapang InsyaAllah saya akan berkongsi lagi dua kek dgn pembaca tau..


Biskut Pink..

Biskut ini juga dari Ibu saya. Saya teruja dgn rasa dan warna dan comel nya. Biskut ini juga anak bongsu saya dalam diam ke dapur dan membuka peti ais untuk mengambil sebiji dan memakan nya selepas buka...Haiz nasib baik sayadapat selamatkan 4 ketul..." rolling Eyes"

Biskut ini menggunakan Coklat putih dan merahjambu. rasa nya ada badam tapi bila saya tanya pada IBU..dia hanya kata " Hmmmm...Rahsia.." hehehe..Ibu saya pandai membuat biskut..Saya tak salahkan nya kalau setiap biskut yg IBU buat menjadi kegemaran Cucu-cucunya...:-)

Okay Pembaca Budiman..saya berhenti disini dahulu, kerana saya harus siap untuk pergi bekerja...Kita jumpa lagi dilain entri... Wassalam dan Selamat Hari Raya AidilFitri,,,

No comments: