Sunday, August 19, 2012

Selamat HariRaya AidilFitri 2012

Assalammualaikum...

Selamat Hariraya Aidilfitri kepada semua Pengunjung dan Pembaca budiman.
Hari ini Syawal pertama. Saya pun baru pulang dari menziarahi sanak rumah sanak saudara. Penat tapi suka, hehehe...

Saya hanya sempat buat dua macam biskut, satu dihadiahkan oleh Sahabat dan juga adik. Jadi jumlahnya 4 botol. Yang banyak kerepek.. siapa yang suka mengunyah..Hah..rumah saya lah tempat nya..:-D
Pagi  syawal yang indah, saya menyediakan rendang daging, Sayur lodeh, ayam goreng sambaaltumis udang dan serunding. ketupat , lepat dan lontong saya beli aje, Tak sempat nak menganyam, Al-maklum saya bertugas...:-)
Tahun ini bagi saya amat seronok, kerana Mr dan anak-anak membantu saya...Alhamdulilah syukur..


Sambal Tumis Udang...

Pedas, manis dan masam tetapi tidak lah pekat, saya kasi kuah sedikit dan Enak dimakan dengan ketupant , lepat maupun lontong... Sekilo udang besar jenis begini $14 dollar, Muai bagi saya dan Keluarga makan...
Saya disini berkongsi resipi Sambal Tumis udang saya....Selamat mencuba.. :-)


Sambal Tumis Udang
================

Bahan-bahannya:

1 Kilo Udang - gunting muncung dan ekornya, cuci dan tos
30 batang chili kering - dipotong dan direbus sampai lembut*
10 biji Bawang merah kecil*
2 biji Bawang merah besar*
5 biji Bawang putih*
sedikit Halia*
Sedikit Belachan*
1sudu makan Campuran Jintanputih,kasar dan ketumbar(yg sudah disangai dan kisar halus)*
5 helai daun limau
1 mangkuk air asam jawa
Minyak untuk menumis secukup nya
garam dan gula secukup nya

Cara-caranya:

1) Kisar semua Bahan* sampai halus.

2) Panaskan minyak dgn api sederhana, Masukkan bahan yg dikisar, tumis sampai naik bau dan keluar minyak.

3) Masukkan Daun limau dan kacau lagi sampai rata.

4) Masukkan air asam jawa, Kacau dan biarkan mendidih sekejap, lalu masukkan garam dan gula lalu biarkan ia sekejap mendidih.

5) Dengan api sederhana, masukkan udang dan balik-balikkan sampai udang masak, rasakan sambal ini bila dah cukup rasa matikan api. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau ketupat...

No comments: