Monday, December 31, 2012

Coklat Muffin MamaElla



Assalammualaikum Pembaca budiman...

Hari ini memang hari terakhir untuk tahun 2012..

Hari ini juga, Mama menyediakan sedikit minum petang yang digemari oleh anak-anak dan suami.

Coklat..Coklat..pujaan hati semua penghuni dirumah ini. Coklat yang mama gunakan tidak lah manis tapi pahit. Dengan Cuaca yang hujan lebat dan deras, Mama memang malas nak keluar dari rumah, memandangkan sewaktu nak buat muffin ini anak-anak sedang tidur, dalam senyap Mama menyediakan Coklat Muffin ini...

Muffin ini kami makan dengan teh-O dan Mama juga menyediakan sedikit kentang goreng wrinkle, Hotdog, Roti cabiatta dimakan dengan telur dadar dan sedikit sayur ulam nya.

Anak-anak bersuara; " Wah..Mama sempat buat dan kira ini penutup tahun 2012 eh..?" Ku hanya senyum aje lah... :-)

Untuk Pembaca sekelian... Mama mengucapkan " Selamat Tahun Baru 2013, Kita tutup buku tahunlepas dan kita buka buku tahun baru, semuga tahun ini lebih baik dari yang dah lepas...Amin"

Resipi untuk entri kali ini ada yg terdahulu nya...Cubalah selongkar dan sampai Kita jumpa lagi dilain entri...Wassalam

Sekian....

MamaElla 2012...

Saturday, December 15, 2012

Sop Ayam, Sayur dan Ikan

Assalammualaikum..

Memasak lauk menggunakan ayam memang sering ku masak. tetapi kalau Ayam itu dimasakkan Sop, memang dirumah ini jarang sekali. Tiada yang minat kecuali Ku seorang. Ayam masak Sop, lauk yang ringkas dimasak lelagi ditambahkan kan kentang dan lobak merah, serta sedikit rempah. Humph...!


Makan dgn nasi hangat dan kalau ada sambal belachan sedap tau....lauk Sop ini ringkas dan sedap serta kalau tidak mahu makan dengan nasi boleh dimakan dengan pasta atau mee....



Selain lauk Sop Ayam, ada juga ikan Pari bakar di cecah dgn sambal kicap chilli padi...Ikan pari adalah kegemaran semua, dan rasa segar nya serta sedikit bahan yg  telah ku perapkan bersama ikan
ini....



Sayur kailan adalah sayur yang batangnya agak keras sedikit. sayur ini Ku masak dengan udang dan ditumbukkan sedikit bawang putih dan bawang merah kecil lalu ditumiskan dengan api yg sederhana, lalu bila sayur sudah layu dan masak, ku masukkan udang dan hirisan chilipadi...
Cuba bayangkan, makan nasi dgn lauk-pauk yg sedang hangat dan dalam suasana sejuk....
Makan damai untuk keluarga ku...hehehe...

Inilah lauk pauk yang sempat ku siapkan dan hidangkan....Semuga apa yg dihidangkan oleh ku, diingati dan disukai oleh mereka.... :-)

Thursday, November 29, 2012

Assalammualaikum....


Salam Sejahtera semua nya...Entri kali ini Mama nak berkongsi saat yang bahagia. Iaitu Anak Bujang Mama  sudah masuk alam remaja....Haziq dah berusia 13tahun, cepat benar rasanya masa berlalu...
Jadi Mam tidak order kek diluar setakat mohon Makcik nya buatkan sebiji 5 tingkat Kek Rainbow atau Pelangi kesukkan Dia dan Kami semua..

Berkumpul diantara Bonda dan adik-beradik sahaja di Taman Pasir Ris...serta masing-masing membawa juadah tersendiri..Seronok....


lebih Seronok nya ia saat yang anak ku suka...Walaupun ia berlangsung pada cuti sekolah, ia tetap menggembirakan Haziq...

Haziq....tiada yang lebih bahagia adalah Mama, dan setiap kali menatap wajahmu, Mama bersyukur kerana Allah hadiahkan Mama seorg bayi yg comel dan semangat serta sihat....mudah-mudahan laluan pada masa hadapan dipermudahkan NYA..Amien


Selamat Malam Semua.... :-)

Sunday, November 25, 2012

Garden By The Bay

Assalammualaikum....
Minggu lepas Mama ada sembang pasal Garden By The Bay yang telah Mama lawati...Tiket nya Murah $7.00 dollar tapi ia utk Ahli kawasan Mama tinggal aje...Mama diberi peluang masuk dua entri, iaitu Flower Dome dan Cloud Forest...menarik dan InsyaAllah Mama akan datang lagi...


 
Airterjun yang Tinggi
 
 
 
Bunga Anggerik yang ada didlm Taman ini......
 
 
 
Rhododendron Hybrid nama Bunga ini dalam bahasa Inggeris
 
 
Taman yg dilihat dari tingkat 2...
 
 
 
Mr dan Haziq cuba merasa percikkan air yang jatuh dari atas..
 
 
Tinggikan...Pemandangan dari atas..
 
 
Flower Dome...
 
Kawasan  ini banyak bunga...Macam-macam Bunga boleh kelihatan...Sebenarnya banyak lagi gambar yg ingin Mama kongsi, Mama petik semua nya 400 kpg..Banyakkan...!!! kalau ada masa melawat Singapura, pesan Mama jangan lupa masuk kawasan ini..damai dan sungguh Chantik.... :-)


Saturday, November 17, 2012

Sembang-Sembang Ahad....


Maggi...Makanan mee segera yang amat digemari oleh anakanda Mama...Mama memasaknya tanpa telor. Hanya Fishek dan Ngioh yang...Bersama Teh tarik susu, Mama sajikan untuk anak-anak Mama....
Bila melihat mereka makan, terkenang Mama masa mereka kecil dahulu....Susah payah membesarkan mereka, bila dah besar kerenah mereka boleh tahan....Begitu juga dengan selera mereka...
Teringat Mama tempuh hari Mama bawa mereka ke Garden The Bay....si Bongsu suka menjadi Model manakala sibesar tak suka...sampai kena paksa tau...Apa nak buat, Mama suka menggunakan anak-anak sendiri dari orang lain kecuali kalau keluar dengan Sahabat-sahabat....


Diatas ini Mama berkongsi gambar-gambar yang Mama sempat mengambilnya.....Mama suka reka bentuk nya....


Sungguh tinggi dan ada tiga reka bentuk nya....Lawa dan tidak puas dan jemu memandangnya....

Garden By The Bay mula diperkatakan pada tahun 2005. Ia bertujuan menjadikan tempat ini suatu lokasi riadah dan taman..
Apabila ia siap, ia mula menarik perhatian pelancong ke Singapura...Icon yang menjadi kan negara Singapura yang kecil tapi maju  dibawah teraju oleh LKY dan anggota-anggota yang lain..

Hmmm....Mama akan sambung lagi dilain masa..kerana anak-anak telah bersuara lapar...Jadi Selamat berhujung Minggu semua.... :-)

Sekian

Khazanah Budaya Melayu......

Assalammualaikum......

Salam Ma'al Hijrah dari MamaElla. Kita buka buku baru dan tutup buku lama....

Kegiatan pada hari ini 17/11/12, Mama dan anak-anak telah ke Perpustakaan Esplanade untuk menghadiri Khazanah Budaya Melayu (Malay Heritage Culture) anjuran NLB Esplanade. Jurucakap bagi acara ini ialah Penyanyi Hyrul......


Mama sempat bergambar dgn Hyrul...sementara menantikan peserta-peserta yg lain hadir, Hyrul sempat mengajar bagaimana menahan nafas dan melembutkan muka kita dan bunyi lagu dan irama melalui mulut dan lidah serta mimik muka...


Anak Mama Hafiz lagi tekun mendengar arahan Hyrul..baju kuning adalah Hafiz...Dalam acara ini, Ibubapa digalakkan ikut serta...Seronok tau....


Acara menyanyi dan menari diikuti, setelah berlatih...lengguk gaya anak-anak sungguh seronok, malah ibubapa sibuk Snap..snap..snap gambar...hehehe...


Lihatlah bertapa Ibu-ibu peserta ghairah mengambil Gambar anak-anak mereka termasuk Mama juga......hehhehe....

Inilah kegiatan kami pada Sabtu ini.....
Oh ya... sementara itu di galeri ini banyak gambar-gambar penyanyi-penyanyi lama di paparkan di sini....termasuk Arwah P.Ramlee, A.Ramlee dan etc....Masuk percuma...



Lupa Mama nak beritahu, Lagu-Lagu yang dinyanyikan oleh peserta-peserta bengkel tadi inilah gambar nya..Lagu lama tapi masih seronok didengar...bak perpatah kata " Tiada dahulu Tiada sekarang..."

Sekian....

Tuesday, November 13, 2012

Mee Siam MamaElla


Assalammualaikum...

Hari ini cuaca amat sejuk. Cuti pula itu. Orang Indian menyambut Deepavali.
Mama pula menyediakan hidangan Mee Siam untuk sarapan pagi. Mama menyediakan serba boleh. Alhamdulilah semua memakan dengan lega hati Mama.
Anak-anak tak banyak kerenah..dah lapar mereka makan juga...
Mama ada sertakan resipinya dibawah ini.... :-)

Resipi Mee Siam MamaElla

====================

Bahan-bahannya-:

 

1 paket Bee Hoon-rendam dgn air

0.50sen taugeh - bersihkan

10 biji telor direbus dan kupas kulit nya

10 biji limau kasturi

0.50 sen Daun kucai

1 paket tahu kering atau dpangggil Tau Pok potong kecil kecil

3 biji bawang besar *

5 biji bawang putih *

2 biji buah keras direndam*

2 batang serai *

sedikit halia tua*

2 sudu makan Taucho *

10 batang Chilli kering - dipotong buang biji dan gunting kecil-kecil lalu dikisar halus*

sedikit kunyit basah*

sedikit belachan*

1 mangkuk kecil santan secukup

5 sudu makan kacang goreng yg dah dikisar Halus

air asam jawa yg dah diperah pekat 3 mangkok

2 mangkok air stok Udang, ayam atau ikan

Minyak masak, garam dan gulasecukup nya..

Cara-Cara Nya:-

1) Kisar semua bahan *sampai halus. Panaskan Minyak dan masukkan bahan yang dikisar,tumis sampai naik wangi dan keluar minyak.

2) Masukkan air stok kedlm nya. ditambahkan dengan santan dan kacau sampai sebati. Api sederhana.

3) Bila kuah mendidih, masukkan garam, gula, air asam jawa dan santan. Kacau sekali lagi. Biarkan kuah mendidih dan cukup rasa sertakeluar minyak. Setelah cukup rasa baru matikan api nya.

Bahan-bahannya:-)

Sambal Tumis yang sedia ada secukup nya

Atau pewarna oren sedikit aje...

1) Panaskan air didlm periuk. Bila air mendidih masukkan Beehoon rendam kedlm nya dan angkat setelah lembut serta tos air nya..

2) Rebus taugeh tiga suku masak. Angkat sertaa toskan air nya.

3 ) (A)Dalam mangkok besar, masukkan 2 sudu besar sambal tumis dgn minyak nya , lalu masukkan Beehoon kedlm nya dan gaul sampai rata.

(B) Bila air rebusan mendidih, masukkan sedikit pewarna oren kedlm nya lalu masukkan Beehoon yg dah direndam kedlm nya sekejap dan angkat serta tos...

Cara-cara menghidangkan nya:-

1) Dalam mangkok yg sesuai, maskkan BeeHoon, lalu taugeh diikuti oleh kuah dan hiasilah dgn Telor,daun kucai serta tahu, limaudan sambaltumis...Dan nikmatilah ia bila tgh Panas....

Selamat malam dan Selamat mencuba...

Sekian



 

Friday, September 28, 2012

Ikan tenggiri masak Lemak...

Lauk ini amat mudah dimasak  dan sedap dimakan dengan Nasiputih yg masih berasap panas nya...
Saya terasa lama tak memakan nya lalu saya memasak cuma....Haiz kalaulah ada belimbing kan lagi sedap eh....! :-(

 

Lauk lemak ini selain  menggunakan ikan tenggiri, ikan merah atau ikan duri pun amat kena dan sesuai sekali....
Lauk ini Saya ada tambahkan kentang yang digoreng sedikit garing...dan baru Saya masukkan diakhir tahap lauk ini mendidih..
Esok lusa..saya tak terfikir nak masak apa...Nantilah saya cari dienjin GOOGLE dan akan mencuba masakkan Anda atau yang lain....:-)
Assalammualaikum Semua

Entri kali ini berkisar pertemuan dua benua...Singapura dan Malaysia. Sempena lebaran saya mengikut kenkawan saya kesana...

Adat Bugis melayu amat ketara dan banyak boleh diperolehi di Singapura dan Malaysia serta Indonesia...

Disini saya sertakan sedikit gambar gambar yg sempat saya ambil sewaktu disana....

 


Sesisi Photografi berramai-ramai..
 
 
 
Baulu Pechak, Agar-agar gulung kelapa dan air kopi Pontian ..etc
 
 
Burasak, Sambaltumis sotong dan Serunding
 
 
 
Koleksi barang-barang antik boleh juga terdapat didlm rumah Cikgu Hadi..
Saya amat seronok berada disana...
Kenangan yang sukar dilupakan.......................................!!
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 


Monday, August 20, 2012

Suasana AidilFitri...

Assalammualaikum..


Saat saya menaip entri ini, kita sedang beraya Hari Raya ke-3.  Saya terasa amat cepat masa berlalu dan ia tidak menunggu kita, malah kita kena cepat dan pantas melakukan apa sahaja kunjungan yang kita perlu lakukan.

Hari ini anak-anak telah buka sekolah, dan org dewasa sudah mula bertugas termasuk saya laah..Entri kali ini, saya ingin berkongsi mengenai kek lapis dan biskut. Kek lapis ada pelbagai rasa dan corak serta nama. Ada Kek lapis Sarawak kerana ia di buat dari bumi Kenyalang (kalau salah minta maaf). Ada kek lapis terkenal dipanggil Kek Lapis Monica( ia dibuat dari Indonesia) dah agak lama terkenal kek lapis ini dan mempunyai pelbagai rasa.
Kek lapis menggunakan telor yang agak banyak dan membuat nya agak teliti. Rasa terserah pada resipi nya. Kek Lapis boleh tahan lama kalau disimpan dengan cara yang betul.


Dalam Gambar ini Kek Lapis Kukus Asam Gambir dan Kek lapis kismis. Kek Lapis Kukus Asam Gambir adalah hasil tangan buatan Ibu saya. Saya suka rasa, lemak dan keenakkan nya. Bukan mudah tau nak membuatnya. Ia memerlukan kesabaran dan Saya gemar pada kek lapis Kukus Asamgambir ini.
Dirumah saya ini ada 4 buah macam kek...Bila saya lapang InsyaAllah saya akan berkongsi lagi dua kek dgn pembaca tau..


Biskut Pink..

Biskut ini juga dari Ibu saya. Saya teruja dgn rasa dan warna dan comel nya. Biskut ini juga anak bongsu saya dalam diam ke dapur dan membuka peti ais untuk mengambil sebiji dan memakan nya selepas buka...Haiz nasib baik sayadapat selamatkan 4 ketul..." rolling Eyes"

Biskut ini menggunakan Coklat putih dan merahjambu. rasa nya ada badam tapi bila saya tanya pada IBU..dia hanya kata " Hmmmm...Rahsia.." hehehe..Ibu saya pandai membuat biskut..Saya tak salahkan nya kalau setiap biskut yg IBU buat menjadi kegemaran Cucu-cucunya...:-)

Okay Pembaca Budiman..saya berhenti disini dahulu, kerana saya harus siap untuk pergi bekerja...Kita jumpa lagi dilain entri... Wassalam dan Selamat Hari Raya AidilFitri,,,

Sunday, August 19, 2012

Selamat HariRaya AidilFitri 2012

Assalammualaikum...

Selamat Hariraya Aidilfitri kepada semua Pengunjung dan Pembaca budiman.
Hari ini Syawal pertama. Saya pun baru pulang dari menziarahi sanak rumah sanak saudara. Penat tapi suka, hehehe...

Saya hanya sempat buat dua macam biskut, satu dihadiahkan oleh Sahabat dan juga adik. Jadi jumlahnya 4 botol. Yang banyak kerepek.. siapa yang suka mengunyah..Hah..rumah saya lah tempat nya..:-D
Pagi  syawal yang indah, saya menyediakan rendang daging, Sayur lodeh, ayam goreng sambaaltumis udang dan serunding. ketupat , lepat dan lontong saya beli aje, Tak sempat nak menganyam, Al-maklum saya bertugas...:-)
Tahun ini bagi saya amat seronok, kerana Mr dan anak-anak membantu saya...Alhamdulilah syukur..


Sambal Tumis Udang...

Pedas, manis dan masam tetapi tidak lah pekat, saya kasi kuah sedikit dan Enak dimakan dengan ketupant , lepat maupun lontong... Sekilo udang besar jenis begini $14 dollar, Muai bagi saya dan Keluarga makan...
Saya disini berkongsi resipi Sambal Tumis udang saya....Selamat mencuba.. :-)


Sambal Tumis Udang
================

Bahan-bahannya:

1 Kilo Udang - gunting muncung dan ekornya, cuci dan tos
30 batang chili kering - dipotong dan direbus sampai lembut*
10 biji Bawang merah kecil*
2 biji Bawang merah besar*
5 biji Bawang putih*
sedikit Halia*
Sedikit Belachan*
1sudu makan Campuran Jintanputih,kasar dan ketumbar(yg sudah disangai dan kisar halus)*
5 helai daun limau
1 mangkuk air asam jawa
Minyak untuk menumis secukup nya
garam dan gula secukup nya

Cara-caranya:

1) Kisar semua Bahan* sampai halus.

2) Panaskan minyak dgn api sederhana, Masukkan bahan yg dikisar, tumis sampai naik bau dan keluar minyak.

3) Masukkan Daun limau dan kacau lagi sampai rata.

4) Masukkan air asam jawa, Kacau dan biarkan mendidih sekejap, lalu masukkan garam dan gula lalu biarkan ia sekejap mendidih.

5) Dengan api sederhana, masukkan udang dan balik-balikkan sampai udang masak, rasakan sambal ini bila dah cukup rasa matikan api. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau ketupat...

Sunday, August 12, 2012

Sungguh Mencabar.com

Assalammualaikum...

Saya berharap pengunjung blog saya semua nya sehat belaka. Saya pasti semua sibuk-sibuk belaka. Al-maklum dah nak Syawal Minggu depan... Saya pun sama gabra dan gementar juga. Ialah saya seorg aje perempuan didlm rumah, jadi saya kena buat segala dgn teliti.
Tahun lepas saya tidak dapat buat biskut kerana saya dalam cuti sakit. Tapi tahun ini saya dpt menyediakan 2 mcm biskut dan itu pun ada kesilapan. Haiz...Al-maklum kekurangan pratis..heehee...



Kuih Tart....
Oh....Kuih ini buat saya senyum..kesilapan pada Acuan dah satu hal...bahagian adunan pun saya tersilap..tapi saya amat suka pada rasa intinya serta..InsyaAllah intinya masih ada lagi jadi boleh saya buat lagi...lalalala...Berdebar...!!!!

Biskut Cornflake...
Biskut kegemaran saya ini...Lucu tau kerana permulaan saya buat biskut ini saya ada tambah coklat rice...Sedap nya sehingga anak Bongsu saya makan tinggal satu layer aje. Jadi saya buat lagi tanpa coklat rice...Dia tak pandang atau sentuh lagi......

Ilmu berkarat lalu banyak yang saya dah lupa...tapi semangat nak buat tetap ada...Setiap yang saya buat saya tau ada kesilapannya tapi saya sabar dan takkan berputus asa......

Resipi Biskut Cornflake:

250gm Mentega
300gm Tepung Gandum
1/2 teh Serbuk Penaik
100gm Cornflakes (diramas sedikit)
1 suduteh essen Vanilla
1 biji telor
200 gm gula kastor

Cara-caranya

1) Pukul mentega dgn gula selama 3minit atau sedikit kembang.

2) Masukkan telor dan essen Vanila. Pukul lagi sampai sebati.

3) Ayak tepung dgn serbuk penaik bersama cornflake yg dah diramas, lalu dimasukkan kedalam adunan Mentega. Kacau dengan sudik kayu sampai rata.

4) Cetak mengikut kesukaan Anda dan bakar dalam suhu 170 celcuis selama 15minit hingga biskutnya masak..

Selamat mencuba dan Selamat menyambut Aidilfitri dari Dapur MamaElla... :-)

Sunday, July 29, 2012

Jejak kaki Ke BAZAAR...



Bazaar
Setiap tahun mesti ada bazaar..Menjelangnya Ramadan peniaga-peniaga kecil dan besar akan mengambil kesempatan untuk berniaga.
Perniagaannya amat rancak dan ada macam macam dijual, baik dari segi makanan, pakaian dan etc.
Saya suka meihat ragam manusia yg akan melelongkan barang mereka...Tempat macam ini selalu sesak..
Saya hanya dapat mengambil sedikit aje, kerana kesuntukkan masa...

Acara lelong karpet ini memang sentisa sentiasa ada, harga bermula dari semurah $70-100 keatas. Chantik-chantik belaka....
Acara santai ini selalu nya akan berakhir sampai penghujung Ramadan...

Mat yang menjual kebab ini berjaya menarik perhatian anak bongsu Saya...merengek si Bongsu nak kebabnya...Saya layan kan aje laaaa.....Mat ini ternampak saya nak snap gambar dan aksen nya..Dia mula malu..isk..Tak sporting langsung....:-D

Di Singapura memang ada banyak tempat dinamakan Bazaar...kalau saya nak jejak semua lokasi saya tidak terdaya... tapi saya akan cuba sabtu ini ke Muscat Road...Jadi next entri saya masih topik Bazaar...
Saya jumpa lagi dilain entri dan Selamat BerPuasa.... :-)

Saturday, July 21, 2012

Puasa 2012



Assalammualaikum Pembaca Budiman Semua...

Puasan datang lagi....Alhamdulilah...Ia datang disambut dengan meriah sekali oleh seluruh umat Islam..
MamaElla dengan segala hormat ingin mengucapkan 'Selamat BerPuasa ' semua...semuga Umat islam bila melakukan Puasa biar dengan sabar dan tabah...
Elakkan membazir dan makan secara ala kadar.....Setahun hanya sebulan Ramadan datang maka InsyaAllah akan Mama hayati dengan Sedalam-dalamnya....:-)
Tahun ini Mama bertugas jadi entri terhad aje lah...Jumpa lagi dilain waktu dan ketika...:-)

Saturday, July 14, 2012

Jalan-Jalan Cari makan di Haig Road...

Assalammualaikum...

Terlebih Dahulu Saya nak mengucapkan Selamat BerPuasa semua...Sekali lagi kita di datangi Ramadan Barakah...
Semalam kegiatan Saya ialah berjumpa dengan adik-adik dari halaman Facebook. Dan suasana agak sejuk kerana kita bertemu di turuni hujan...Alhamdulilah..basah bumi Allah.


Ngah Hana...
nama dia.. Tegas dan suka tengok gaya dia yang saya gelar Minah Arab...Semalam kami berempat pergi Haig Road... Bersarapan dan berbincang sambil Saya dan Tuah Bugis sempat mengambil beberapa keping gambar...


Lontong...
Makanan yang dah biasa Pembaca melihat... Tapi merasa nya dan membuat nya pasti berbeza..Ada yang suka kuahnya putih dan kuning...Lontong ini pemilihan Ngah... saya tertarik kerana Lontong adalah dalam list untuk saya masak untuk Syawal nanti...

Nasi Ambeng...
Asal Nasi Ambeng katanya dari jawa... dan nasi ambeng memang banyak lauk dan pauk nya. Saya suka nasi Ambeng kerana ia mengingatkan saya sewaktu saya tinggal dikampung dahulu, dimana ia dihidang dalam dulang dan dengan lauk-pauk dimasak oleh orang kampung dan dimakan dalam dulang sebanyak 5 atau 6 orang...Menu Nasi ambeng terserah anda mahu Daging Rendang atau Ayam masak lemak chilli padi, sambal goreng, acar, urap serunding bagedil dan lauk sambal tumis sotong..Nyaman kan.. $4.00 sepinggan...Saya kasi Thumbs-up sedap...!

Nasi Rawon..
Asal nya dari Indonesia...Singapura dan Malaysia memang tidak lauk ini...a diperbuat dari Buah keluak. Dengan menggunakan Daging tetelan banyak...dan ia menyedapkan lauk ini...Hidangan ini disaji bersama Tempeh, Paru, Sambal goreng, Serunding, Bagedil dan kuah nya di sertai daging diatas nasi nya.... Nasi Rawon pilihan Tuah Bugis....Licin dia makan dan saya jangkakan sudah tentu sedap..!


Kuih-Muih
Tidak sah kalau Bersarapan tidak makan kuih. Kuih Bingka Ubi..Sedap dan Thumbs-up dari saya. Segi rasa dan tekstur amat kena....Begitu juga kuih koci nya...dan abuk-abuknyaThumbs-Up..Boleh lah saya kesana lagi kalau teringin mahu memakannya...

Dengan terpost sudah acara semalam...Saya akan cuba google atau cari lain menu makanan dan akan saya post disini untuk dibaca dan dikongsi bersama...Terimakasih Ngah dan Tuah untuk masa kita bersama semlm....

Selamat Berpuasa dan sabar didalam segala rintang dan sampai jumpa lagi...InsyaAllah

Friday, July 6, 2012

Nasi.....


 

 

 

Nasi...

 

Kita memerlukan nasi dalam sehari pemakanan kita. Nasi asalnya padi bila kita proseskan nya dgn mencuci dan memasak diatas api utk menjadikan nya NASI Putih.

 

Apabila Nasi sudah siap, kita pasti menyediakan lauk-pauk untuk dihidang dan dimakan bersama. Ada yang suka memperlbagaikan Nasi ke Nasi Kuning, Mentega, Beryani, Goreng serta etc.

 

Saya suka makan nasi bersama lauk-pauk tapi kering. Keenakkannya terasa. apabila sesuap Nasi putih memasukki mulut ku dan mengunyahnya dengan nikmat. Alhamdulilh..

 

Awas kalau terlebih makan nasiputih, Badan kita boleh menjadi gemuk, serta pelbagai penyakit boleh singgah dan kita terpaksa jumpa DOKTER.....

 

Kandungan Nasiputih didalam 100 gram beras putih mentah terkandung sekitar 80 gram karbohidrat, namun dalam 100 gram nasi putih hanya terkandung sekitar 28 gram karbohidrat karena beratnya bertambah besar dengan air sewaktu proses memasak....

 

Jadi apabila memakan NasiPutih, agak-agak lah dan imbangilah dengan lauk, sayur dan buah...

 

Saya berhenti disini dahulu kerana Saya mahu bersiap....Selamat Hujung Minggu dan Ketemu lagi...

Tuesday, July 3, 2012

Jalan-Jalan Cari makan- Nasi Ayam




Nasi Ayam............

 

Nasi Ayam memang kesukaan Ku..tak kira lah bila-bia boleh dinikmatinya..

Nasi Ayam ini Ku memakan nya didaerah salah sebuah restaurant di Woodlands Checkpoint lama. SedapNasi dan Ayam nya...Begitu juga dgn sos chillinya..

 

Saat itu ku dan Keluarga ku dah lapar, apa lagi Kita  serbu Restaurant ini...Sedap...!

Ayam goreng atau Ayam rebus ku tak kisah... Tapi ku suka tgk cara Melayu dan Cina buat tak sama langsung tetapi kekedua-duanya sedap dan lain rasa...

 

Jalan-jalan cari makan ini kali kisah Nasi Ayam...Lainkali kita cuba yg lain pula...:-)

Friday, June 1, 2012

Ayam Steak Teriyaki Lada Hitam

Hallo Pengunjung Budiman..

Hari ini Mood Mama ialah steak..Steak bukan aje pada daging tapi AYAM...
Hari ini juga si Bongsu sakit dan tidak mahu makan nasi...Manakala si Abgnya tiada dirumah sampai hari isnin ini...Dia pergi berkhemah dgn aktiviti sekolah nya...
Hari ini Mama cuti sakit..jadidengan ayam yg Mama telah buang tuang nya... dan Mama telah perap dgn bahan-bahan didapur...Tadaaaaa...Ayam steak teriyaki lada hitam...
Steak ini dihidangkan dengan kentang di potong 6 keping, telor mata lembu dan sedikit sayur salad...
Semua ini sihat dan tiada nasi tapi steak ini di curahkan dengan sedikit kuah...
Sedap dan mudah....
Selepas ini Mama mahu makan aiskkrim mocha crumble sebagai pencuci mulut...Daaaa...nanti Mama post lain menu pula ia....:-)



Selamat Berhujung Minggu semuaaa....!!

Saturday, May 26, 2012

Berry Ripples Cheesecake




Aduh....Mama memang dgn suka dgn ciskek..tapi waktu itu semua dlm rumah tak suka nak makan..Jadi tak kuasa Mama nak buat dan membelinya aje...
Tetapi semenjak si Bujang dah ke alam menengah...dia suka ciskek...
Kebetulan Mama sudah merancang nak cuba....

Inilah dia  ciskek berry ripples...terkejut Mama dipermukaannya ada crack..tapi ia tidak menggagalkan Mama utk mencuba lagi...
Banyak lagi Mama nak kena belajar d an InsyaAllah akan diusahakan...

Terimakasih pada yg org disana diri yg sudi mengajar ku dgn sabar....:-)

Saturday, May 12, 2012

Laksa Lemak


Laksa Lemak





Laksa Lemak

===========

1 kilo mee laksa putih

50 sen taugeh
biji telor ( direbus sampai masak)

3 keping fishkek(dihiris)

10 biji ikanbola

10 keping taupok(tahu kering)(dipotong memanjang 4)

1 batang serai(dititik)

1/2 inchi lengkuas(dititik)
20 sen daun kesom (petk daun nya sedikit buat sayur dlm kuah dan lebih nya dihiris, batangnya cuci bersih masukkan kedlm kuah)



10/15 batang chilikering(digunting,direbus sampai masak.Kisar halus)

6 ulas bawang putih (dikisar)

sedikit halia(dikisar)

1/2 inchi kunyit basah(dikisar)

belachan sedikit(dikisar)

1sudu makan-campur serbuk ketumbar dan dua jenis jintan(dikisar)

500ml santan pekat

stok air ayam secukup nya

garam dan gula secukupnya

Minyak makan secukupnya.

 

Cara-Caranya

==========

Panaskan minyak, tumis serai,lengkuas dan bahan2 yg dikisar halus sampai naik wangi.

Masukkan stok air ayam dan biarkan sampai mendidih.

Bila kuah mendidih,masukkan batang dan sedikit daun kesom kedlm nya. Kacau dan tambahkan sedikit garam dahulu. Kacau..

Kuah mendidih lagi masukkan santan dan kacau dgn api sederhana. Tambahkan sedikit gula dan garam. Kacau dan bila kuah mendidih baru masukkan towpok(tahu kering kedlm nya. Biar kuah agak mendidik besar baru matikan api nya.

Kupas telor yg direbus. Celup dan celur ikanbola, hirisan fishkek sampai sedikit masak. ketepikan

Celup mee dan taugeh, lalu tos dan masukkan kedlm mangkuk dan tuang kuah kedlm nya lalu dihiasi dgn lain-lain barang. Nak pedas tambahkan diatas nya sambal tumis Anda....

Sekian dan Resipi dari

MamaElla

Mama Sajikan Menu ini untuk keluarga Mama Pada hari ini...dan sementara itu Mama nak ucapkan " Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar IBU........:-) "