Friday, September 9, 2011

Chop..Saya suka Chop..

Mutton Chop


Mutton Chop makanan orang India. Di India sendiri tidak ada makanan ini. Kawan Saya sendiri yang berkata. Ia dibuat daripada daging kambing, tiada lemak atau urat. Isi semata. Uniknya makanan ini, ia tidak memberatkan dan sesuai kalau yang ingin diet.
Saya pernah cuba makan menu ini di kuala Lumpur tapi tidak sesedap di Singapura nya buatan.
dahulu saya suka makan di Marine Parade food centre. Sedap, pedas dan sedkit masam. Jangan terkejut kalau jari berwarna merah, kerana ia menggunakan pewarna merah.
Saya pernah buat menu ini, tapi waktu itu saya gunakan Lembu. Memang tak kena tapi jadilah ia Beef Chop...Itu pun setelah beberapakali gagal...:-)
Sekarang semua amat mudah, kerana rencah begini ada dijual di supermarket.. Menyenangkan untuk kaum wanita yang bekerja....





Martabak Ayam


Martabak juga sudah mengalami perubahan zaman. Apakan tidak, sekarang dah ada Martabak ayam, daging, ikan sardin, daging rusa dan seafood..


Martabak ini tergantung kepada yang mengulinya. kalau betul diuli sedap dan lembut rasanya. harganya pun sekarang size kecil sudah $6 dollar hingga ke $ 8 dollars..Disingapura paling fofular ialah Restaurant Zamzam dan sederet North Bridge road berdepan Masjid tertua iaitu Masjid Sultan.Martabak ini disajikan dengan kuah dalca daging bersama daging nya dan kentang dan lobak merah berserta sepiring timun dengan sos Tomato...


Tapi pemakan martabak ini harus dikurangkan kerana ia mengandungi minyak sapi... Jadi siapa yang ingin menjaga diet harap makanlah sebulan sekali...hehehe...






No comments: