Monday, September 5, 2011

Ayam Sapit...

Ayam Sapit




Ayam oh Ayam...teringat lagu..Ayam nyanyian Jalil hamid...:-)
Ayam merupakan salah satu kegemaran keluarga saya. Tapi anehnya..mereka suka bahagian peha kebawah, jadi kalau bahagian dada tak lakulah nampak nya.... Ayam sapit ini Saya suka rasanya..sedap, enak dan lazat...:-)
Apabila dah goreng, Saya akan panggang ia sekejap...ia menambahkan garing
dan Saya pun curahkan kuahnya diatas...:-)




Resepi:-

Kuah Sapit:-

20 batang chili kering - nak pedas tambah lagi
4 biji bawang besar - kisar halus
5 bji bawng putih - kisar halus
halia sedikit - kisar halus
2 sudu makan tomato sos
1 sudu teh ketumbar/jintan/putih - dikisar halus
1/3 serbuk kunyit


2 sudu makan kerisik
1 atau 2 keping asam keping
1 cawan santan pekat
1 batang daun kunyit
daun pudina untuk hiasan...


Cara-caranya:

1) Panaskan kuali dgn minyak. Api sederhana aje. Apabila minyak dah panas,Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan tumis sampai garing , wangi dan keluar minyak.
2) Setelah keluar minyak, masukkan daun kunyit,sos tomato, airputih 1/2 cawan dan asamkeping. Gaul sampai rata.
3) Apabila kuah dah mendidih, masukkan santan, garam dan kacau semua sampai rata dan mendidih.
4)Rasa apa yang kurang, dan bila dah cukup mendidih baru masukkan kerisik dan kacau lagi biarkan dalam 3 minit. Baru matikan api nya...
Apabila kuah dah siap baru jiruskan kepada ayam dan hiasi dengan daun pudina dan bawang goreng....


Ayam pula terserah macam mana kalian mahu buat..yang penting kuah nya mesti nak sedap...
okaylah cukup sampai disini.lain kali berjumpa lagi....:-)

No comments: