Sunday, September 25, 2011

Soto Bakso...

Soto Bakso


Hari ini ringkas nya menu...Soto Bakso..:-)


Menu yang amat ringkas serta sejam sudah siap..Kelmarin saya pergi ke pasar. Bila Abang ayam itu nampak saya, lalu dia bertanya," dik Nak tak tulang-tulang ayam"? Saya anggukkan kepala dan senyum...Free lagi tau...:-)


Hari ini Saya rebus tulang ayam dan 2 keping rusuk daging lembu. idalam rebusan itu saya campakkan 2batang serai dan 5 keping hirisan halia tua yang saya ketuk sedikit. Rebus dengan air banyak dan api kecil sahaja. Rebus sampai tulang ayam nak reput dan gitu juga dengan tulang daging. Setelah itu, saya tapis dan sop nya saya ketepikan begitu juga dengan tulang-menulangnya.


Rencah soto saya siapkan terlebih dahulu... Bila dah tumis garing baru saya masukkan kedalam sop tadi..Apabila sop dah mendidih, saya angkat dan tapiskan lagi..Bau saya puas hati kerana sop nya sudah jernih...:-)


Saya cuci bakaso atau daging bola dan masukkan kedalam sop tadi.....Saya sajikan dengan nasi Impit, beehoon, Mee kuning dan juga taugeh..(utk hero-hero kecil ku yg tak makan nasi impit) Saya tak lupakan hirisan bawangsop/daun bawang begitu juga dengan bawang goreng serta chiilipadi kicap... Sayangnya keropok habis...Sudah tentu soto ini akan lagi enak..


Inilah menu saya yang agak ringkas....hari ini hari ahad bluess untuk saya....:-)



P/s: Saya tapis dan buang hampas kerana anak-anak saya tak suka sop ada hampas...dengan berbuat begini..laju mereka menghirp sop nya..:-)

Saturday, September 24, 2011

Jemput-Jemput Tahu...



Tahu..memang putih, tapi dipasar ada yang menjual dua macam tahu. Iaitu satu tahu ada garam dan satu lagi tiada... Saya suka membeli tahu tiada garam. Apabila membeli tahu rancangan asalnya hendak membuat " Tahu Sumbat", tapi mood pula tidak begitu baik..jadi saya tukarkan ke membuat "Jemput-jemput Tahu".

Ada orang suka buat dengan memotong tahu kecil-kecil, tapi saya dah cuba cara itu, anak-anak tak suka...lalu saya meramasnya..an ini lah hasilnya..selain Tahu ada, daging dari burger, Sayur seperti, cendawan segar, Lada benggala, buah tomato, bawang besar, Telor 2 biji, ladasulah, sedikit garam dan daun herbs sedikit...

Saya sajikan dengan sos chilli yang saya masak sendiri... untuk jamuan petang ini saya sajikan juga dengan air teh-O....

Inilah yang dapat saya sajikan untuk Keluarga saya.....:-)

Jemput Makan Yok...



Jemput makan lah..apa lagi...makan-makan apabila makanan dah disajikan...Hari ini Ikan selar besar amat Saya gemari, kerana saya suka menyumbatnya dgn rempah apa yang ada didapur Saya. Ia dimasak dgn 1 sudu makan minyak zaiton dan dimakan dgn ulam -ulam atau apa yang Anda rasa elok....Nasi putih harus panas..baru ada kick...:-D

Ikan selar hijau dan besar sekilo disini $7dollars... dan suka pada pegal badannya..

Selain ikan hari ini ada lauk terung sambaltumis.....dan tidak saya lupakan kerepek Tempeh..Enak nya makan dgn nasi putih....:-)

Selepas makan.. apa lagi edit gambar... dan tengok Tv sambil lipat baju...Hujung Minggu katakan..daaaa..Kita jumpa lagi....:-)

Sunday, September 18, 2011

Tetamu istimewa...

Apabila ku menerima TETAMU istimewa..pening memikirkan MENu untuk mereka. Tapi ku gagahi daya upaya ku untuk mereka.. hasil masakkan ku yang tak seberapa sudah siap...

Disini ku sediakan Rendang Ayam MamaElla, Lodeh, Sambaltumis Telor serta serunding tak juga ku lupakan Lontong dan Nasi impit..Arghhh..!!

ku masih merasa SYAWAL dan ku sambut ia dengan gembira....:-)

Saya rasa terharu dan amat gembira apabila dapat bertemu dengan Sahabat-sahabat ini dari alam Facebook....Minus botol kuih yang tak tersusun itu tapi sporting dan candi nya mereka, buat saya tak kering gusi...:-D



Panglima-panglima dari keturunan Bugis...segak dan tampan.... menpunyai minat dalam keris serta sejarah asal-asul nya....:-)


Disebelah kiri Tuah Bugis dan Wafi... disebelah kanan....Terimakasih diatas kunjungan kalian ke teratak Saya...:-)


Semuga pertalian kita dan persahabatan kita terjalin sehingga kekal ke akhir hayat...Ameen

Friday, September 9, 2011

Chop..Saya suka Chop..

Mutton Chop


Mutton Chop makanan orang India. Di India sendiri tidak ada makanan ini. Kawan Saya sendiri yang berkata. Ia dibuat daripada daging kambing, tiada lemak atau urat. Isi semata. Uniknya makanan ini, ia tidak memberatkan dan sesuai kalau yang ingin diet.
Saya pernah cuba makan menu ini di kuala Lumpur tapi tidak sesedap di Singapura nya buatan.
dahulu saya suka makan di Marine Parade food centre. Sedap, pedas dan sedkit masam. Jangan terkejut kalau jari berwarna merah, kerana ia menggunakan pewarna merah.
Saya pernah buat menu ini, tapi waktu itu saya gunakan Lembu. Memang tak kena tapi jadilah ia Beef Chop...Itu pun setelah beberapakali gagal...:-)
Sekarang semua amat mudah, kerana rencah begini ada dijual di supermarket.. Menyenangkan untuk kaum wanita yang bekerja....





Martabak Ayam


Martabak juga sudah mengalami perubahan zaman. Apakan tidak, sekarang dah ada Martabak ayam, daging, ikan sardin, daging rusa dan seafood..


Martabak ini tergantung kepada yang mengulinya. kalau betul diuli sedap dan lembut rasanya. harganya pun sekarang size kecil sudah $6 dollar hingga ke $ 8 dollars..Disingapura paling fofular ialah Restaurant Zamzam dan sederet North Bridge road berdepan Masjid tertua iaitu Masjid Sultan.Martabak ini disajikan dengan kuah dalca daging bersama daging nya dan kentang dan lobak merah berserta sepiring timun dengan sos Tomato...


Tapi pemakan martabak ini harus dikurangkan kerana ia mengandungi minyak sapi... Jadi siapa yang ingin menjaga diet harap makanlah sebulan sekali...hehehe...






Thursday, September 8, 2011

Kek Pisang Coklat



Sudah lama saya tak buat kek....Kali terakhir kek brownies...Hari ini saya buat kek ini untuk minuman petang. Terlanjur ada chocolate chips...dan juga pisang..

Resipi kali ini Saya pakai Joys of baking...Under Banana Chocolate Cakes...


Kek nya amat lembut dan sedap...Saya suka kek lembab macam ini dan tak jelak..


Keharuman bau pisang tidak dapat diragui....Apa lagi diminum dengan Teh-O panas..Yummy saya suka sekali...







Kek Pisang Coklat setelah dipotong.....Selamat minum petang semua..:-)

Syawal Part 2...



Pada Syawal ini, Saya ada terima Tetamu dari Adik-beradik dan makcik-pakcik sebelah Bonda..

Saya pun menyediakn sedikit masakkan dan juadah untuk mereka......Lauk-pauk yang saya masak ialah...Ayam sapit, Bistik daging, Sambaltumis udang , Serunding, Sayur chopchai..dan lontong serta burasak... an untuk nasi pula Saya masak NasiMinyak.....

Ini lah gambar yang saya mampu atau sempat ambil.....

Penat memang penat tapi senang hati kerana Saya yang menyediakan nya...

Persiapan nak masak ini rempah ratus nya mesti nak disediakan lagi awal...

Ia memudahkan perkerjaan kita....

Apapun kunjungan demi kunjungan ia merapatkan sillahtulrahim..:-)

itu lah kisah Syawal ke 4 yang berlaku dirumah Saya...:-)

Tuesday, September 6, 2011

Sepanjang Syawal...1

Selamat Hari Raya Aidilfitri... sempena dibulan yang mulia ini,Saya tidak mahu melepaskan peluang saya memotret gambar-gambar yang saya rakam sepanjang saya menziarahi rumah sanak-saudara...


Sememangnya lumrah kalau kita berkunjung rumah sanak-saudara kita akan dijamu aiir bergas berwarna-warni.. Saya suka suka amat..lelagi air warna hijau ini..Sejuk dan Sedap..:-) Bagai anak kecil saya pasti nak tambah dan tambah lagi..hehehe...


Begitu juga hidangan kek dimana ia amat wajib dan mesti....kalau tidak ia macam Cacat pula...haiz kalau dah disebut kek...Kek Belang coklat(marbele kek) Kek bantut(brownies) kek kukus buah... Pokok kata lah..anak-anak sekarang suka mencari kek-kek yang sebegini.

Kek juga perlu penjagaan rapi dan sesuai jadi ia boleh bertahan lama....:-)

Saya pula kalau suka makan kek itu tak reti sekeping dua keping dah mencukupi nya, ibarat yang pertamanya kek hanya ujian dilidah dan bila nak kepastian yang number dua nya kek baru ku tau rasa dan tekturs nya...hehehe..itulah Saya..:-)

Cakap pasal berkunjung ini, Saya akan pantau anak-anak saya, dan selalu saya akan perhatikan yang mana satu mereka suka makan...dan bila melihat muka mereka..lebar senyuman nya itu menandakan kek itu amat kena dengan tekak mereka...Pandai sungguh anak-anak Mama eh..:-)


Kek Kukus memang semua suka... tapi Kek ini amat lembut dan manis nya boleh tahan...

Saya suka kelembutan nya.. tapi selepas saya makan kek ini saya sudah bersedia minum air putih 1 litre...kalau tidak susah dan bahaya...hehehe..

Selepas kita dijamukan kek dan biskut..Kami juga di sajikan kuaytiow goreng ladahitam.

Mudah dan ringkas kalau mau buat me ini....
Apa pun saya merasa puas hati..


kerana ada Tuan/Puan rumah sanggup melayan kami dengan mesra... Perjalanan kami belum berhenti, kerana ada banyak rumah nak kena cover, almaklum kia mencuba ziarah sana dan sini..Tapi tergantung pada Tuanrumah samada ia ada rumah atau tidak...:-)




Dalam masa tiga hari dapat lah saya dan keluarga saya menziarahi beberapa rumah.Seronok nya bila keluar bersama keluarga tidak terkata.........





Anak-anak saya bila disuruh bergaya bukan main lagi....Selamat malam semua dan jumpa lagi dilain entry...:-)

Monday, September 5, 2011

Ayam Sapit...

Ayam Sapit




Ayam oh Ayam...teringat lagu..Ayam nyanyian Jalil hamid...:-)
Ayam merupakan salah satu kegemaran keluarga saya. Tapi anehnya..mereka suka bahagian peha kebawah, jadi kalau bahagian dada tak lakulah nampak nya.... Ayam sapit ini Saya suka rasanya..sedap, enak dan lazat...:-)
Apabila dah goreng, Saya akan panggang ia sekejap...ia menambahkan garing
dan Saya pun curahkan kuahnya diatas...:-)




Resepi:-

Kuah Sapit:-

20 batang chili kering - nak pedas tambah lagi
4 biji bawang besar - kisar halus
5 bji bawng putih - kisar halus
halia sedikit - kisar halus
2 sudu makan tomato sos
1 sudu teh ketumbar/jintan/putih - dikisar halus
1/3 serbuk kunyit


2 sudu makan kerisik
1 atau 2 keping asam keping
1 cawan santan pekat
1 batang daun kunyit
daun pudina untuk hiasan...


Cara-caranya:

1) Panaskan kuali dgn minyak. Api sederhana aje. Apabila minyak dah panas,Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan tumis sampai garing , wangi dan keluar minyak.
2) Setelah keluar minyak, masukkan daun kunyit,sos tomato, airputih 1/2 cawan dan asamkeping. Gaul sampai rata.
3) Apabila kuah dah mendidih, masukkan santan, garam dan kacau semua sampai rata dan mendidih.
4)Rasa apa yang kurang, dan bila dah cukup mendidih baru masukkan kerisik dan kacau lagi biarkan dalam 3 minit. Baru matikan api nya...
Apabila kuah dah siap baru jiruskan kepada ayam dan hiasi dengan daun pudina dan bawang goreng....


Ayam pula terserah macam mana kalian mahu buat..yang penting kuah nya mesti nak sedap...
okaylah cukup sampai disini.lain kali berjumpa lagi....:-)

Saturday, September 3, 2011

BisTik Daging...






Bistik Daging


Bistik daging ini saya masak semalam dan ia menjadi salah satu penghidang dimeja untuk tetamu Saya...


Saya menggunakan daging kari dan dalam sekilo setengah saya gunakan..Rasa sunguh sedap..


Boleh dimakan dengan roti, capati atau nasi dan lontong...


Amat mudah untuk memasaknya..Saya cuba juga menyediakan sedikit kelainan dan alhamdullilah, anak-anak bole terima.....Saya suka dan amat suka melihat Haziq dan Hafiz makan.. begitu juga dengan Tetamu saya.......


Ini adalah entry untuk Malam ini..mata saya dah ngaantuk sangat..Penat..dan Saya jumpa lagi dilain keluaran..daaaaaa...

Thursday, September 1, 2011

Tea Cake



Tea Cake


Nama macam omutih tapi memang Orang putih nya kek...

Tengok punya tengok, resipi nya amat mudah...Memang mudah dan sedap..

Saya tengah tak sihat sekarang, tapi sempat pula siap satu biji campur 4biji muffin kek ini..

Saya buat untuk minum petang anak-anak saya dirumah..sedap serta selesa sungguh makan kek ini dengan air Teh-O....hehehe.....

Saya boleh buat lagi...untuk kali kedua...:-)


Okay Sekarang saya nak rihat dulu..kepala bengal dan badan mula panas...:-)