Thursday, August 18, 2011

Pai Roti Daging....

Pai Roti Daging...


Saya sedikan untuk makan iftar pada 17.8.2011.

Pai ini sebenar nya sedap sekali.

Idea ini keluar kerana buntuk nak masak apa...

Apabila idea dah dapat, Saya meluru keluar ke pasar keesokkan hari nya.......

Dirumah ada 3 bungkus roti putih.

Saya gunakan sebungkus aje utk Pai ini..Lihat bila ia berada dlam loyang sungguh menarik kan, chantik keemasaannya
.





Haiz..kalau buat dah suntuk masa, faham-fahamlah semua jadi tak betul..hehe..





Maksud saya, walaupun saya sudah letakkan dibawah kipas, Bahang panas didalamnya belum reda.Jadi bila memotongnya ia agak pecah dibawahnya lapisan.....





Saya betul-betul LEARN satu pelajaran, lain kali buat dua jam lagi awal dan kalau dah sejuk betul baru potong...:-)





ResipiNya:-

Pai Daging Bakar
=================

Bahan-bahannya:


A
===
1 bungkusan roti putih
5 biji Telor
sedikit garam
sedikit ladasulah
sedikit serbuk kayumanis
3 cawan susu segar
1 cawan airputih
sedikit pewarna kuning

B
===
1/2 kilo daging cincang
3 biji bawang bsar *
4 biji bawangputih *
sedikit halia tua *
2 sudu makan serbuk kari atau korma
1 sudu makan lada sulah
10 biji chilli kering (optional)
1/2 sudu teh kunyit
1/2 sudu teh ketumbar, jintan manis dan kasar *
Sedikit minyak utk menumis
sedikit garam
4 sudu makan sayur campur
1 pucuk daun ketumbar- dihiris

C
===

Hirisan daun ketumbar
Hirisan lada merah( dibuang bijinya)
Sedikit parutan keju cheddar dan mozarella
Bawang goreng utk hiasan

Cara-caranya:-
==============


1) Siat roti dan rendamkan dalam bancuhan susu, air, telor, pewarna, garam dan serbuk kayu manis.
2) Setelah kembang, masukkan dalam blender dan kisar menggunakan "PULSE" dua kali. Jangan sampai halus.
3) Ambil sedikit adunan roti dan tuangkan kke dalam loyang yg dah disapukan dgn mentega.
4) Tutup adunan tadi dengan inti daging dan ratakan perlahan-lahan.
5) Lebihan adunan roti tai tutup diatas inti tadi dan ratakan secara rata.
6) Hias atasnya dengan 2 mcm keju, chilli merah dan daun ketumbar.
7) bakar didalam oven 175 sampai garing diaats dan kuning serta masak.


Bahan-bahan:- B
================

1) Tumis bahan-bahan yg diksar halus* sampai wangi dan sebati.
2) masukkan lada sulah dan rempah Korma dan gaul lagi.
3) dikuti daging kisar dan kacau serta balik-balikkan dengan rempahnya sampai sebati.
4) Masukkan sayur campur dan sedikit aje air. kacau dan tambah garam serta daun ketumbar.Gunakan api kecil.
5) Biarkan lauk ini sedikit kering. Rasa apa yang kurang dan setelah cukup angkat dan sejukkan...



P/s:Puas hati sedap dan lazat nya......



2 comments:

Fiza Nordin said...

hempp.... nampak menyelerakanlah!

MamaElla said...

Salam Fiza...

Menu ini amat sedap...Saya akan buat lagi minggu depan sebagai buah tangan untuk Bonda saya...

Terimakasih diatas komen dan lawatan ke Blog saya..

Salam Ramadan...:-)