Monday, August 22, 2011

Nasi dan Burger....

Salam Semua,

Kalau disuruh memilih makanan diluar,agak-agak jenis makan mana yang anda pilih..?
Saya diberitahu bahawa hari ini tidak usah masak, kerana Anak sulong saya terasa nak makan lapis warna-warni yang dijual di community kitchen,
jadi Suami saya memberitahu yang saya tak payah masak..:-) Alhamdullilah
Saya terus memesan apa yang saya nak begitu juga anak sulong saya. dalam hati berlagu kerana hari ini dapur ku tak berasap
.

Bila kita mahu membeli makanan luar kita harus memerhatikan kebersihannya, cara lauk itu dihidang dan pekerjanya memakai sarung tangan atau tidak, Tapi seeloknya biar lah yang bersih.
Apabila melihat begitu banyak lauk-pauk atau mee, mula nafsu menggila dan tak tahu yang mana satu nak pilih. Ada yang selalunya dah buat pilihan tapi bila sampai diBazaar selalunya kita tidak mengikut pilihan kita..hehehe



Burger Ramlee



Nasi Sambal Goreng






Saya memilih untuk Nasi Sambal goreng dimana dalamnya ada Serunding,Sambalgoreng,Bagedil,Sambaltumis udang dan Ayam dimasak lauk lemak pedas..Harganya $4.00dollars.
Sementara burger Ramlee disini dijual dengan harga $3.00dollar...Pilihan anak sulong saya Haziq...
Esok saya akan ke iftar digeylang serai..Jadi saya akan cuba snap beberapa makanan yang akan kita pilih disana...:-)

Jumpa lagi dan Selamat berpuasa..

No comments: