Wednesday, August 31, 2011

Kookies Raya..






Assalammualaikum Pembaca Budiman...

Di Singapura suasana Hari Raya masih terasa. Apabila saya melihat dluar jendela, saya nampak anak-anak muda dalam usia 12 keatas memakai baju kurung , songkok serta samping tidak dilupai capal atau sandal yang mereka amat sukai..Segak dan tampan bagi pria, manis dan chantik untuk Priawati nya...
Apabila dikenang kembali..Saya rindu masa remaja saya...aah andainya saya boleh memutarkan masa dan waktu....:-)

Tahun ini saya tidak sihat, lalu saya tidak membuat persiapan apa-apa, baik masak mahupun kuih. Saya masih dalam cuti rihat. Tapi semangat kental saya sudah mula kuat. Bermacam kuih dan lauk-pauk ingin saya sediakan tapi untuk Saya lakukan ala kadar aje...
Bercakap pasal kuih...Hmmmm...pagi ini saya memakannya sedikit dengan secawan kopi kosong tanpa gula.Kegemaran saya..Lalu...Saya memotretnya untuk kenangan Lebaran 2011..

Antara biskut yang ada didalam gambar ini..semua nya kegemaran saya, terutama biskut Dahlia, apabila menyentuhnya ia tidak rapuh malah ia melt dalam mulut saya..Oops...Tak boleh berbicara...:-D


Biskut sughee gajus...Enak, emak dan sedap...kelemakkannya tidak boleh dipertikaikan....dan satu kelainannya ialah ia tidak dibulatkan malah dipotong empat segi....Yummy...!

Biskut Coklat Drizzles kookies ini sememangnya amat hits setiap tahun. Menjadi kegemaran pada yang Tua, muda dan anak-anak..Biskut ini paling cepat habis...Biskut ini juga saya tidak boleh mendapatinya diluar...dan ia menjadi kewajipan bagi anak-anak saya yang mesti ada dirumah...:-)

Semua kookies ini saya tidak buat, ia didermakan oleh adik saya dari dapur Simply de'lite...:-)
Saya hanya beli kerepek tempeh dan kerepek gorang...:-)

Hujung minggu saya akan berkunjung dirumah makcik dan Pakcik..kalau saya bawa kamera saya, saya akan kongsi-kongsi gambar kuih mereka pula...:-)

Terimakasih kepada semua yang singgah blogspot saya... Saya akan post lain kisah pula....Selamat HariRaya..:-)


Ayam masak Korma...

Ayam Masak Korma






Assalammualaikum....


Saya macam dah biasa masak nak masuk waktu buka pula, padahal Puasa dah habis....

Lauk ini saya masak untuk anak-anak saya yang ingin makan ayam tapi tak mahu pedas...

Nasi Impit masih ada...dan lawankan dengan serunding daging dan sambal goreng ..isk..isk..sedap...

Saya kena undur diri dahulu...resepi nya nanti saya masukkan kerana si sulong dah pangil ajak makan...daaaaaaaaaaaaa...!

Saturday, August 27, 2011

Daging Goreng..


Daging Goreng

Daging Goreng...
================

200gm Daging lembu (stir-fry)
2 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
sedikit halia tua (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1/2 sdteh Ladahitam (ditumbuk)
1/2 sdteh kicapmanis
1/2 sdteh minyak bijan
1/2 gelas airputih
garam secukup rasa

1/4 lobak merah (dihiris nipis)
1/4 lada Benggala merah (dihiris)
sedikit daun ketumbar jenis kering

Cara-caranya:
=============

1) Panaskan minyak dalam kuali, Minyak panas masukkan bahan yang dihiris bersama serai. gaul sampai rata.

2) Masukkan daging dan gaul sampai rata dengan menggunakan api kecil.

3) Masukkan ladahitam dan kacau lagi dalam 5 minit. Setelah itu masukkan kicap dan sayur-sayurannya. gaul lagi.

4) Setelah sayur agak layu masukkan garam, sedikit daun ketumbar, air setengah gelas dan minyak bijan. Kacau lagi sampai kuah nya mendidih.

5) Rasa apa yang kurang dan setelah kuah agak pekat, angkat dan sajikan dengan nasi panas..



Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya AidilFitri...



Assalammualaikum...

Selamat Hari Raya AidilFitri dari MamaElla disini...




Jika ada tersilap menulis..
Jika ada tersilap bercerita...
Jika ada resepi tak tersiar...
Jika ada yang kecil hati dengan Saya..
Saya mohon ampun dan maaf...

Selamat berziarah dan kunjung mengunjung..Jangan lupa bila makan biskut yang manis-manis atau lauk-pauk yang berempah Jangan lupa minumlah air putih banyak-banyak ia dapat mengelakkan sakit yang tidak kita inginkan...

Sekian dan Jazakallah...

MamaElla...:-)

Monday, August 22, 2011

Nasi dan Burger....

Salam Semua,

Kalau disuruh memilih makanan diluar,agak-agak jenis makan mana yang anda pilih..?
Saya diberitahu bahawa hari ini tidak usah masak, kerana Anak sulong saya terasa nak makan lapis warna-warni yang dijual di community kitchen,
jadi Suami saya memberitahu yang saya tak payah masak..:-) Alhamdullilah
Saya terus memesan apa yang saya nak begitu juga anak sulong saya. dalam hati berlagu kerana hari ini dapur ku tak berasap
.

Bila kita mahu membeli makanan luar kita harus memerhatikan kebersihannya, cara lauk itu dihidang dan pekerjanya memakai sarung tangan atau tidak, Tapi seeloknya biar lah yang bersih.
Apabila melihat begitu banyak lauk-pauk atau mee, mula nafsu menggila dan tak tahu yang mana satu nak pilih. Ada yang selalunya dah buat pilihan tapi bila sampai diBazaar selalunya kita tidak mengikut pilihan kita..hehehe



Burger Ramlee



Nasi Sambal Goreng






Saya memilih untuk Nasi Sambal goreng dimana dalamnya ada Serunding,Sambalgoreng,Bagedil,Sambaltumis udang dan Ayam dimasak lauk lemak pedas..Harganya $4.00dollars.
Sementara burger Ramlee disini dijual dengan harga $3.00dollar...Pilihan anak sulong saya Haziq...
Esok saya akan ke iftar digeylang serai..Jadi saya akan cuba snap beberapa makanan yang akan kita pilih disana...:-)

Jumpa lagi dan Selamat berpuasa..

Sunday, August 21, 2011

Roti Dan Daging...

Roti Jala



Hari ini Saya membuat Roti jala, mengirainya selama satu jam dengan satu kuali aje amat mencabar..hehehe...


Roti jala ini dimakan dgn Kari daging Rusuk dan Isinya. Saya masak kari kerana hari ini sempena acara " We Love Curry "....


Nanti bila nak makan kena senyap-senyap dan buka tingkap...hehehe..Lucukan..!


Kari Daging Rusuk dan Isi





Selamat Berbuka Puasa semua dan Selamat menjamu selera dan aman dan damai disamping keluarga sendiri...:-)


















Saturday, August 20, 2011

BeeHoon Berbola Daging Sop...

Berbola daging selain enak dibuat masak lauk-pauk, buat Beehoon bakso pun sedap...
Kelmarin Saya rasa kurang enak badan, lalu saya memasak dan menyiapkan Bee Hoon Bakso/berbola daging....



BeeHoon Berbola daging sop




Saya kalau dah tak enak badan, Saya akan memasak secara org cina. Saya sukacara mereka. Dimana tak banyak rempah dan sop nya amat jelas. Saya hanya menggunakan sayur sawi aje kerana kalau terlalu banyak sayur rasanya macam tak kemas.....Makan dgn sambal chillipadi kicap amat sesuai sekali...
Yang ringkas adalah mudah dan sedap bagi saya dan keluarga ku...:-)

Ikan dan Kentang....

Apabila sebut pasal IKAN DAN KENTANG...Kalian mesti tahu bahawa menu makanan ini berasal dari Negeri Orangputih. Budaya mereka memang dah lama sampai di Asia tenggara. Jangan kata Ikan... ayam panggang, daging stik dan Salada atau Salad erti kata mudah untuk memahaminya...


Mereka memang dahulu kurang makan NASI... walaupun dalam pinggan itu nampak sedikit, tapi kenyangnya...MashaAllah..:-)


Ikan dan Kentang memang sukar dipisahkan. Ikan samada di salut tepung atau serbuk roti memang digemari anak-anak atau orang dewasa...Selain itu ia juga ditemani oleh Salada..ada salada ditambah buah dan kekacang..






Ikan Dan Kentang



Hari ini iftar, Saya membuat Ikan dan kentang bersama Salad... Kerana tidak mahu menghampakan perasaan Haziq, Saya membuatnya...



Ia jenis tepung dan kalau kalian mahu tahu silapnya saya ialah menggorengnya dalam deepfryer..apa lagi, walaupun minyak nya panas, Hancur ikan nya...isk..isk....:-(



Terpaksa keluarkan kuali antik Ku...hehehe...



Masaalah kedua pula Komputer ku dah pengsan...Jadi tak dapatlah Ku nak edit melalui Komputer biasa.... Haiz... tak satu-satu yg menguji kesabaran ku....:-(



" Sabar..selagi ku boleh sabar...walaupun ianya tiada jalan keluar ku tetap SABAR..."

Thursday, August 18, 2011

Pai Roti Daging....

Pai Roti Daging...


Saya sedikan untuk makan iftar pada 17.8.2011.

Pai ini sebenar nya sedap sekali.

Idea ini keluar kerana buntuk nak masak apa...

Apabila idea dah dapat, Saya meluru keluar ke pasar keesokkan hari nya.......

Dirumah ada 3 bungkus roti putih.

Saya gunakan sebungkus aje utk Pai ini..Lihat bila ia berada dlam loyang sungguh menarik kan, chantik keemasaannya
.





Haiz..kalau buat dah suntuk masa, faham-fahamlah semua jadi tak betul..hehe..





Maksud saya, walaupun saya sudah letakkan dibawah kipas, Bahang panas didalamnya belum reda.Jadi bila memotongnya ia agak pecah dibawahnya lapisan.....





Saya betul-betul LEARN satu pelajaran, lain kali buat dua jam lagi awal dan kalau dah sejuk betul baru potong...:-)





ResipiNya:-

Pai Daging Bakar
=================

Bahan-bahannya:


A
===
1 bungkusan roti putih
5 biji Telor
sedikit garam
sedikit ladasulah
sedikit serbuk kayumanis
3 cawan susu segar
1 cawan airputih
sedikit pewarna kuning

B
===
1/2 kilo daging cincang
3 biji bawang bsar *
4 biji bawangputih *
sedikit halia tua *
2 sudu makan serbuk kari atau korma
1 sudu makan lada sulah
10 biji chilli kering (optional)
1/2 sudu teh kunyit
1/2 sudu teh ketumbar, jintan manis dan kasar *
Sedikit minyak utk menumis
sedikit garam
4 sudu makan sayur campur
1 pucuk daun ketumbar- dihiris

C
===

Hirisan daun ketumbar
Hirisan lada merah( dibuang bijinya)
Sedikit parutan keju cheddar dan mozarella
Bawang goreng utk hiasan

Cara-caranya:-
==============


1) Siat roti dan rendamkan dalam bancuhan susu, air, telor, pewarna, garam dan serbuk kayu manis.
2) Setelah kembang, masukkan dalam blender dan kisar menggunakan "PULSE" dua kali. Jangan sampai halus.
3) Ambil sedikit adunan roti dan tuangkan kke dalam loyang yg dah disapukan dgn mentega.
4) Tutup adunan tadi dengan inti daging dan ratakan perlahan-lahan.
5) Lebihan adunan roti tai tutup diatas inti tadi dan ratakan secara rata.
6) Hias atasnya dengan 2 mcm keju, chilli merah dan daun ketumbar.
7) bakar didalam oven 175 sampai garing diaats dan kuning serta masak.


Bahan-bahan:- B
================

1) Tumis bahan-bahan yg diksar halus* sampai wangi dan sebati.
2) masukkan lada sulah dan rempah Korma dan gaul lagi.
3) dikuti daging kisar dan kacau serta balik-balikkan dengan rempahnya sampai sebati.
4) Masukkan sayur campur dan sedikit aje air. kacau dan tambah garam serta daun ketumbar.Gunakan api kecil.
5) Biarkan lauk ini sedikit kering. Rasa apa yang kurang dan setelah cukup angkat dan sejukkan...



P/s:Puas hati sedap dan lazat nya......



Sunday, August 14, 2011

Pasta Linguine Pedas......

Pasta Linguine Pedas


Assalammualaikum....

Pening kepala bak masak. Saya bukan jenis suka merancang nak masak apa. Saya suka tengok dan lihat dahulu. Apa yang ada didlam petiais, itu yg saya gunakan..Tak cerewet laa .
Bila buka almari nampak pasta ini. Saya tengok jam pun dah pukol 6ptg. apa lagi saya mulakan operasi memasak...
Tip...top..Tip.... nah dah siap dah.ringkas dan cepat..:-) Pasta Linguinie Pedas ku berikan namanya. Memang sedikit pedas dan masam....:-)
Resipi nya cuba cari di bahagian maggi goreng......

Selamat Mencuba dan selamat berpuasa yang ke 15hari...:-)


Saturday, August 13, 2011

Roti Pudding..

Roti Pudding Bakar

RotiPudding boleh dibakar atau dikukus. Cara membuatnya pun amat mudah. Bahan penting nya adalah Telor, Gula Susu, krim, Vanilla esen dan Roti perancis atau Rotiputih. Ingin menambahkan sedap taburkan coklat, korma, atau kismis...


Tapi Ingat yea wahai pembaca..selepas makan pudding ini haruslah meminum air masak lebih-lebih..kerana ia manis dan lemak....:-)


Jumpa Lagi dan Selamat menunaikan Puasa yang ke 13....:-)









Friday, August 12, 2011

Kacang dan Sago..



Bubur KacangHijau dgn Sago





Tiada apa yang hendak diperkata..selain menikmatinya dgn roti perancis, Mama buat ini sewaktu iftar berbuka......:-)