Friday, July 15, 2011

Hallo...Everyones...!




Assalammualaikum dan Apa khabar?



Alhamdullilah Mama dah sihat kembali.. Tidak mahu membuangkan masa...Mama ada buat kuihh untuk minuman petang. Kuih ini kuih lama yang susah hendak ditemui di kedai atau gerai kuih.
Abuk-abuk nama nya..Unik nama nya tapi anak Mama yang sulong kata tidak ada nama lain ke yang hendak diberi...Grrrr...!




Bahan-bahannya:-

2 paket sago - Dicuci sebentar dibawa paip air dan ditos sebentar.
Gula melaka secukup nya - Jenis batu, lalu diporong kecil-kecil.
$1.00 dollar Kelapa parut buang ari nya

sedikit garam
Daun pisang secukup nya -dilap dan dilayu dibawah api dan potong utk membentuk kelonsong.
lidi - utk menyemat secukup nya

Cara-caranya:-

!) Panaskan kukusan sebentar. Canmpurkan semua bahan kecuali lidi dan daun pisang. Gaul sampai sebati

2) Ambil daun pisang bentukkan ia seperti kelonsong dan isi sedikit sago lalu diikuti dgn gula dan tutup dgn sago dan picit supaya kemas, lalu sematkan dengan lidi dan buat begini sampai habis.
3) Kukus sampai masak.. Bila dah masak bolehlah dihidangkan dengan minuman petang anda..

Sampai ketemu lagi....Sekian...

2 comments:

AJ said...

sedap nih..yummy!

MamaElla said...

Salam AJ...

a'aa dan terimakasih kerana singgah..:-)