Friday, July 15, 2011

Bila Senja Dah Tiba...

Bila Senja dah berlabuh....Adakah kita berfikir tentang hari ini..? Apa yang sudah kita lakukan atau kesilapan yang kita lakukan tanpa kita sedari..

Apabila usia kita muda, pernahkah kita beringat-ingat..? Sewaktu muda dan sihat, kita lupa akan tiba hari TUA..

Bermula lahirnya kita, kita bagaikan bayi yang polos, disayangi, diberikan kasih sayang secukupnya. malah tidak seekor nyamuk dibenarkan menghinggap ke kulit kita. Sayang sungguh ibubapa kita terhadap kita.

Ibubapa... akan berusaha mencari duit, dan meluangkan masa dengan kita...

Kita bila dah dewasa, dan tahu mencari wang, tahu membelanjakan alat-alat kecantikkan kulit dan rupa kita, bergaya dengan jenama terkini sehingga kita lewa dan lalai akan ada nya yang lebih penting kita wajib lakukan...iaitu IBUBAPA...!





Dari kulit yang licin dan tegang...bila bermula nya masa dan usia menghampiri Senja..maka berubahlah semua yang dahulu nya halus -mulus.....
Bermula kiraaan masa dan perhitungan hari...Bilakah masanya Senja ku akan berhenti Berlabuh.....!!

No comments: