Saturday, July 30, 2011

Sambal Goreng Bonda..



Assalammualaikum Pengunjung budiman.....


Entry kali ini adalah mengenai Sambal Goreng. Sambal goreng memang banyak cara mereka masak. Singapura, Malaysia dan Indonesia juga mempunyai cara mereka tersendiri..

Sambal Goreng mesti ada sedikit kuah yang dibuat dari santan dan rempah. Rasanya mesti pedas, manis dan lemak. Sambal Goreng juga enak dimakan dengan ketupat, lemang, nasi impit dan nasi putih atau nasi kuning...Sambal goreng adalah hidangan mesti dan wajib untuk kaum Melayu, Jawa dan Boyan pada Hari Raya atau istimewa...:-)

Sambal Goreng kali ini adalah dari Bonda. Terimakasih Bonda dan Untuk semua Umat ISLAM dimana anda berada..Selamat Menyambut dan menunaikan Ibadat Puasa dengan tabah dan khusyuk...:-)

Sunday, July 24, 2011

Pengat Sagu Dodol Durian



Pengat Sago Dodol Durian

Mama masak Bubur ini kerana Mama dapati masih ada 1 paket sago didlm almari. Lalu Mama memasaknya dan setelah siap bubur nya,
Mama makan dengan roti bakar....Enak dan lemak serta lazat sekali..
Bahan dibawah ini hanya cukup 2-3 orang aje. kalau mahu lebih harus ditambahkan lagi bahan-bahannya..

Bahan-bahannya:-

1 cawan sago
1/2 paket kelapa serbuk - dicampurkan air panas sedikit lalu dikacau supaya sebati
2 sudumakan gula melaka -serbuk
1 sudumakan gula putih
4 helai daun pandan
6 biji mini dodoldurian
sedikit garam

Cara-caranya:-

1) Panas air kedalam periuk dgn api sederhana, masukkan daun pandan kedalam nya dan biarkan ia nya mendidih.

2) Bila air mendidih masukkan garam dan sago. Kacau sampai sago nya kembang dgn api kecil.

3) Apabila sago sudah kembang, masukkan 2 macam gula dan kacau lagi sampai gulanya hancur dan rasa apa yg kurang.

4) Apabila sudah cukup rasa, baru masukkan dodol nya dan pastikan dodol nya sudah larut ddddan baru diikuti santan.

5) Bila santan dan dodol serta Sago sudah sebati, bari dimatikan apinya..dan dihidangkan dengan segera..

Saturday, July 16, 2011

Maggi Goreng Basah



Assalammualaikum...

Hari ini cuaca amat panas. Lauk dalca ayam masih ada, tapi tekak Mama mahu makan Maggi. Hubby dan Hafiz berkata " Mama tahu buat Maggi goreng..?" "Tahu..! jawab Mama. Tapi Mama kasi syarat pada Mr Hubby, "Awak kena bantu Mama." Hubby angguk kepala. Mama apa lagi gembira seakan ler..:-D
Dibawah ini memang perencah Mama gunakan untuk masak meegoreng pedas, jadi Mama tukar Mee ke Maggi...:-)


Maggi goreng Basah

Bahannya:-

1 bungkus maggi kari-( rempah kari tak digunakan)
1/2 biji sayur kobis- dihiris
30 keping udang basah-dikopek kulit dan dicuci serta ditoskan
Fishkek - dihiris tipis
5 batang hotdog- dihiris memanjang
3 biji telor dadar- dihiris nipis
2 biji buah tomato- dibelah 4
Sedikit daun parsley atau rosemary

3 biji bawang besar-dikisar halus
4 biji bawang putih-dikisar halus
5 batang chilli kring-direbus sampai lembut lalu dikisar halus
halia sedikit-dikisarhalus
sedikit belachan- dikisar halus

2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos chilli sos
2 sudu makan tomato paste dlm tin (jenama Hunt)
1 sudu makan sos kicap manis
1 cube ayam
1 Gelas air Udang- Kulit udang Mama rebus utk mendapatkan stok nya

Garam dan gula secukup nya
minyak utn menggoreng

Cara-caranya:-

1) Panaskan minyak dalam kuali. masukkan bahan-bahan yang dikisar, tumis sampai garing.

2) Setelah naik minyak dan garing, masukkan sos serta Udang,fishkek dan hotdog. Gaul sampai sebati.

3) masukkan air 1 gelas, diikuti dgn garam dan gula. biar sampai mendidih.

5) Bila kuah mendidih, masukkan sayur Kobis dan mee maggi.kacau sampai mee lembut dan agak kering sedikit, baru masukkan buah tomato.dan kacau lagi dan angkat.

6) Sajikan dgn menaburkan daun ketumbar dan telor yg dihiris...

Friday, July 15, 2011

Bila Senja Dah Tiba...

Bila Senja dah berlabuh....Adakah kita berfikir tentang hari ini..? Apa yang sudah kita lakukan atau kesilapan yang kita lakukan tanpa kita sedari..

Apabila usia kita muda, pernahkah kita beringat-ingat..? Sewaktu muda dan sihat, kita lupa akan tiba hari TUA..

Bermula lahirnya kita, kita bagaikan bayi yang polos, disayangi, diberikan kasih sayang secukupnya. malah tidak seekor nyamuk dibenarkan menghinggap ke kulit kita. Sayang sungguh ibubapa kita terhadap kita.

Ibubapa... akan berusaha mencari duit, dan meluangkan masa dengan kita...

Kita bila dah dewasa, dan tahu mencari wang, tahu membelanjakan alat-alat kecantikkan kulit dan rupa kita, bergaya dengan jenama terkini sehingga kita lewa dan lalai akan ada nya yang lebih penting kita wajib lakukan...iaitu IBUBAPA...!





Dari kulit yang licin dan tegang...bila bermula nya masa dan usia menghampiri Senja..maka berubahlah semua yang dahulu nya halus -mulus.....
Bermula kiraaan masa dan perhitungan hari...Bilakah masanya Senja ku akan berhenti Berlabuh.....!!

Hallo...Everyones...!




Assalammualaikum dan Apa khabar?



Alhamdullilah Mama dah sihat kembali.. Tidak mahu membuangkan masa...Mama ada buat kuihh untuk minuman petang. Kuih ini kuih lama yang susah hendak ditemui di kedai atau gerai kuih.
Abuk-abuk nama nya..Unik nama nya tapi anak Mama yang sulong kata tidak ada nama lain ke yang hendak diberi...Grrrr...!




Bahan-bahannya:-

2 paket sago - Dicuci sebentar dibawa paip air dan ditos sebentar.
Gula melaka secukup nya - Jenis batu, lalu diporong kecil-kecil.
$1.00 dollar Kelapa parut buang ari nya

sedikit garam
Daun pisang secukup nya -dilap dan dilayu dibawah api dan potong utk membentuk kelonsong.
lidi - utk menyemat secukup nya

Cara-caranya:-

!) Panaskan kukusan sebentar. Canmpurkan semua bahan kecuali lidi dan daun pisang. Gaul sampai sebati

2) Ambil daun pisang bentukkan ia seperti kelonsong dan isi sedikit sago lalu diikuti dgn gula dan tutup dgn sago dan picit supaya kemas, lalu sematkan dengan lidi dan buat begini sampai habis.
3) Kukus sampai masak.. Bila dah masak bolehlah dihidangkan dengan minuman petang anda..

Sampai ketemu lagi....Sekian...