Wednesday, June 8, 2011

Kegiatan Ku dgn SiBujang Pertama...

SiBujang ini teringin nak bantu Mama didapur. Jadi Mama memanglah amat suka dan menggalakkan nya.



Al-Maklumlah Mama tidak ada anak perempuan , jadi Mama seboleh-bolehnya nak kongsi ilmu dapur dengan Si Haziq(bujang 1)



Dengan memakai Apron didapur,Dia mulakan mengupas kentang, dialah yang memotong dan menggorengnya.




Selepas itu dia menumbuknya sampai halus. Dia juga yang mencampurkan semua bahan-bahan Bagedil dan di gaul serta menbulatkan nya...


Dia mula menggoreng dengan wajah cuak dan takut..(part ini Mama tersenyum dibelakangnya)


Tetapi Mama memberinya semangat jangan takut..Dia mula menunjukkan senyum manis nya... :-)Chantikkan bagedil yang telah dia siapkan...! Syukur...






Bagedil yang telah Haziq siapkan...Kecil tapi comel aje...










Bagedil itu hendak dimakan dengan Nasi Impit dan Ayam Masak Lemak Pedas...


Inilah menu makan tengahari Mama sekeluarga..:-)

2 comments:

saiful said...

terbaekkk

MamaElla said...

Terimakasih Bro..
nak kena banyak sabar dlm mengajar anak-anak...:-)