Thursday, June 2, 2011

Ikan Pari Goreng Halia



1/2 kilo Ikan Pari dibersihkan dan potong suka hati.

2 biji Bawang Besar - dihiris sahaja

2 biji Bawang putih - diketuk sampai lumat

1/2 inchi Halia Tua - buang kulit dihiris kasar atau halus

1 sudu teh biji lada hitam -diketuk sampai hancur

1 biji Buah tomato - dipotong kecil-kecil

1 biji lada merah - dihiris mengikut suka hati anda

1 sudu teh minyak bijan

1 sudu teh kicap cair

1 helai daun kunyit - dihiris halus

1 cawan air putih

sedikit daun ketumbar dan bawang goreng - untuk dihias


Cara-caranya:-


1) Masukkan minyak kedalam kuali. Dengan api sederhana, bila Minyak dah panas masukkan Bahan-bahan dihiris kedalam kuali dan kacau sehingga naik wangi dan sedikit garing.


2) Bila dah wangi serta garing masukkan Ladahitam kedalam nya , kacau lagi. Baru diikuti oleh ikanPari, daun kunyit.


3) Kacau sampai sebati, baru dimasukkan air 1 cawan dan garam serta buah tomato. Tutup kuali dgn tudungnya selama 2 minit.


4)Apabila kuah dan ikan sudah separuh masak, masukkan hirisan lada merah, minyak bijan dan kicap cair. Kacau lagi dan biarkan ikan masak dan rasa apa yang kurang.


5) Bila sudah cukup rasa, kaup dan masukkan lauk ini kedalam mangkuk dan hiasi dengan daun ketumbar dan bawang goreng.


P/S: Lauk ini sebenarnya kalau ditambahkan sayur asin cukup enak, Lauk yang menjadi kegemaran orang-orang tionghua sehingga sekarang. Amat sesuai untuk orang yang dah bersalin serta kalau dilebihkan Halia tua lagi sedap...! Halia baik untuk kesihatan kita juga..

No comments: