Thursday, June 2, 2011

Biskut atau Skon..?



Betul..Mama Fening kepala tapi apabila Mama melihat disuatu rancang TV iaitu Foodnetwork,
Mama melihat cara Tukang masak itu buat dan bila rancangan itu diulangi,
Alhamdullilah dapatlah Mama hafal resepi nya.
Biskut bagi mereka sebelah barat memanggil nya.
Dimakan dengan Mentega dan Jem Stroberi bersama Teh-O
amat nyaman..

Biskut atau Skon terserah apa yang mahu dipanggil janji Mama dah membuat nya...

Bahan-bahannya:-

3 cawan Tepung naik sendiri
11/2 cawan Buttermilk
1/2 cawan air putih
sedikit garam
sedikit tepung untuk ditabur diatas papan canai.

Cara-caranya:-

1)Masukkan tepung didalam Mangkuk besar, beri ruang ditengahnya. Lalu dituangkan
buttermilk dengan air kedalam adunan tepung. Kacau sehinga menjadi sebati dan bulatan.

2)Jangan diuli atau digaul terlalu kuat atau lama. setelah ianya melekat angkat dan diletakkan dipapancanai yang telah ditaburkan tepung. Gelek kekiri dan kekanan sampai anda mendapat 2 inchi tinggi Biskut ini.

3)Di cetak dengan acuan yang bulat dan tajam, letakkan diloyang yang telah disapukan mentega merata loyang itu.

4)Panaskan Oven ke suhu 175 celsius, Sebelum dimasukkan kedalam Oven sapukan BIskut ini dengan susu atau kuning Telor atau tidak perlu pun boleh. Bakar selama 10-20 minit.

5)Bila sudah masakk angkat dan letakkan di dulang yang telah disediakan...


P/s: Biskut ini Garing diluar tapi lembut didalam nya...:-)

No comments: