Thursday, June 23, 2011

Maaf...Tiada entry..



Assalamualaikum Pengunjung MamaElla.blogspot.

Mama terlebih dahulu minta maaf kerana mulai 17.6.2011, memang tiada entry lagi. Mama Tidak dapat beraktif buat seketika kerana ada hal yang amat perlu ditangani.. Jadi diharap selepas selesai nya masaalah ini, InsyaAllah akan Mama post entri baru..

Dengan itu.. sampai kita jumpa lagi..


Sekian


MamaElla

Wednesday, June 8, 2011

Sotong Masak Hitam





Hari ini pilihan menu dipilih oleh Tuan Hafiz...Si Kecik ini anak Mama no:2.

Dia ini amat suka dengan sotong atau Udang dan Kupang. Tapi bersyarat lauk jgn pedas...:-D

Jadi hari ini Mama masakkan dia lauk Sotong Masak Hitam... Bila Mama mula nak bersihkan sotong, dia sibuk berlari keluar masuk dapur, dengan alasan dia nak pastikan Mama masak lauk sotong.

Jadi sepanjang menumis dan memasak lauk ini dia sibuk bertanya dah MASAK.. dan dah boleh MAKAN...?

Aduh... sabarlah wahai anak...Grrrr.....Geram nya...!

Tiada apa-apa yang istimewa lauk ini cuma Mama tidak tambah lada atau chili... cuma lada sulah aje...Jadi fahamlah lauk tak pedas....Bak kata orang tua-tua tak pedas mana sedap..

" Rolling Eyes "

Karipap dengan Nenas tartlet

Last entry kali ini, Mama baru sahaja habis minum petang....Penat sungguh bagi Mama didapur seharian....:-D

Anak-anak pula bukan main seronok bermain dan ketawa..Cemburu tau...

Okay kita balik asal topik..

Karipap ini Mama menggunakan kulit Roti prata instat jenama chinatown. Mama suka jenama ini kerana kuliat adunannya amat sedap dari jenama kawan atau yang ada dipasarraya.


Intinya pula memang Mama sudap siapkan terlebih awal lagi. Kentang digoreng rempah dan sedikit pedas serta ada hotdog dan daging ayam sedikit. Mama potong dua dan lipat macam samosa tapi Mama klim tepi-tepinya macam epok-epok. Ia boleh digoreng atau dibakar. Selepas separuh bakar Mama keluarkan dan sapukan sedikit majerin diatas nya...

Cukup warna dan garing yang kita nak..Boleh dikeluarkan dan disaji.

Tartlet Nenas bukan Mama buat tau, Tapi Mama order dari dapurSimply De'light...!

Sedap dan suka banyak intinya...! Boleh order lagi macam ini..:-D


Dengan ini sekian lah segala Entry Mama...kita jumpa lagi dilain masa...:-)


Kegiatan Ku dgn SiBujang Pertama...

SiBujang ini teringin nak bantu Mama didapur. Jadi Mama memanglah amat suka dan menggalakkan nya.



Al-Maklumlah Mama tidak ada anak perempuan , jadi Mama seboleh-bolehnya nak kongsi ilmu dapur dengan Si Haziq(bujang 1)



Dengan memakai Apron didapur,Dia mulakan mengupas kentang, dialah yang memotong dan menggorengnya.




Selepas itu dia menumbuknya sampai halus. Dia juga yang mencampurkan semua bahan-bahan Bagedil dan di gaul serta menbulatkan nya...


Dia mula menggoreng dengan wajah cuak dan takut..(part ini Mama tersenyum dibelakangnya)


Tetapi Mama memberinya semangat jangan takut..Dia mula menunjukkan senyum manis nya... :-)Chantikkan bagedil yang telah dia siapkan...! Syukur...






Bagedil yang telah Haziq siapkan...Kecil tapi comel aje...










Bagedil itu hendak dimakan dengan Nasi Impit dan Ayam Masak Lemak Pedas...


Inilah menu makan tengahari Mama sekeluarga..:-)

Cemilan Udang

Cemilan udang dibuat minggu lepas dan belum sempat Mama nak entrykan diblog.

Cemilan Udang di makan bersama sop Avocado dan Roti bawang putih untuk cemil-cemilan kita ahad lepas...

Udang ini Mama sudah rebus sekejap dan di camputkan dengan Sosnya dan di susun dengan Bermula Ayam ham dipanggang sedikit garing dan dialas diatas roti perancis yang kecil sedikit.

Diikuti dengan timun jepun, buah tomato dan udang lalu di curahkan sedikit sos chilli sedikit diatas nya. Enak nya tidak terkata tapi di makan dengan sop avocado ..Yummy !

Pada hari itu Nasi tak diperlukan..Hehehe...





Sop Alvocado dibuat ekrana kat Pasar Raya tengah ada promosi 3 biji berharga $3.50, apa lagi Mama Grab lerrr...


Membuat sop ini tak diperlukan Krim atau susu atau santan...Rasa lemaknya sudah cukup enak dan kenyang.


Apatah lagi Mama celup sop ini dengan roti bawang putih yang dah dibakar sedikit garing...


Alhamdullilah... lengkap lah menu makan minggu lepas..:-D

Friday, June 3, 2011

Kalau..





Kalau lah Ku sekuat anggerik kuning ini, mampu ku bertahan dan tabah.


Kian masa itu menghampiri janji ku dengan dia, makin ku gusar.


Risau dengan sakit yang entah tak tau kat sebelah mana yang telah membuat urat atau tulang ku sakit..:-(


Saban malam ku tidur tak lena dan mata ku dibuai sakit yang amat sangat.


Lembutnya kelopak bunga ini selembut warna nya..


kalaulah ku mampu menjadi begini..Alangkah Bahagianya..!


kalau..kalau lah ku jadi bunga pasti banyak kumbang yang akan singgah atau jari jemari manusia yang suka memetik atau iri dengan kechantikkan Anggerik ini..


Kalau lah ku dapat menahan masa sudah tentu ku mahu diperlambatkan...Kalau..ini pun KALAU...!


Kalau lah ku selalu mengucapkan ALHAMDULLILAH...ya Maha Pencipta ya Maha ESA kerana tiada satu manusia pun dapat menandingi ciptaan KAMU...! argh... perkataan tidak boleh dipermainkan... jadi Kalau ku tersilap.. Ku akan mengintainya dengan ALLAH HUAKHBAR....!


Kalau ..kalau Tak mahu kalau lagi laaaaah....:-D


Thursday, June 2, 2011

Benar kah..?




Melukis memang Mama tidak pandai. Apatah lagi buka hobby ku. Tetapi apabila jari mula memegang berus-berus comel ini dengan warna-warni yang sugguh chantik..Jiwa Ku terus lembut kearah itu.



Anak-anak jangan diperkata, Mereka memang suka bermain atau melukis, lelagi kalau ada Drawing block. Lajuuuu...sekali....!


Hari offday Ku habiskan masa dengan anak-anak...mereka dengan dunia mereka...Ku dengan lukisan ku.Nah ku sudah persiapkan.....


Tapi suatu soalan ialah...." Benarkah..melukis boleh melembutkan hati dan jiwa...?

Biskut atau Skon..?



Betul..Mama Fening kepala tapi apabila Mama melihat disuatu rancang TV iaitu Foodnetwork,
Mama melihat cara Tukang masak itu buat dan bila rancangan itu diulangi,
Alhamdullilah dapatlah Mama hafal resepi nya.
Biskut bagi mereka sebelah barat memanggil nya.
Dimakan dengan Mentega dan Jem Stroberi bersama Teh-O
amat nyaman..

Biskut atau Skon terserah apa yang mahu dipanggil janji Mama dah membuat nya...

Bahan-bahannya:-

3 cawan Tepung naik sendiri
11/2 cawan Buttermilk
1/2 cawan air putih
sedikit garam
sedikit tepung untuk ditabur diatas papan canai.

Cara-caranya:-

1)Masukkan tepung didalam Mangkuk besar, beri ruang ditengahnya. Lalu dituangkan
buttermilk dengan air kedalam adunan tepung. Kacau sehinga menjadi sebati dan bulatan.

2)Jangan diuli atau digaul terlalu kuat atau lama. setelah ianya melekat angkat dan diletakkan dipapancanai yang telah ditaburkan tepung. Gelek kekiri dan kekanan sampai anda mendapat 2 inchi tinggi Biskut ini.

3)Di cetak dengan acuan yang bulat dan tajam, letakkan diloyang yang telah disapukan mentega merata loyang itu.

4)Panaskan Oven ke suhu 175 celsius, Sebelum dimasukkan kedalam Oven sapukan BIskut ini dengan susu atau kuning Telor atau tidak perlu pun boleh. Bakar selama 10-20 minit.

5)Bila sudah masakk angkat dan letakkan di dulang yang telah disediakan...


P/s: Biskut ini Garing diluar tapi lembut didalam nya...:-)

Ikan Pari Goreng Halia



1/2 kilo Ikan Pari dibersihkan dan potong suka hati.

2 biji Bawang Besar - dihiris sahaja

2 biji Bawang putih - diketuk sampai lumat

1/2 inchi Halia Tua - buang kulit dihiris kasar atau halus

1 sudu teh biji lada hitam -diketuk sampai hancur

1 biji Buah tomato - dipotong kecil-kecil

1 biji lada merah - dihiris mengikut suka hati anda

1 sudu teh minyak bijan

1 sudu teh kicap cair

1 helai daun kunyit - dihiris halus

1 cawan air putih

sedikit daun ketumbar dan bawang goreng - untuk dihias


Cara-caranya:-


1) Masukkan minyak kedalam kuali. Dengan api sederhana, bila Minyak dah panas masukkan Bahan-bahan dihiris kedalam kuali dan kacau sehingga naik wangi dan sedikit garing.


2) Bila dah wangi serta garing masukkan Ladahitam kedalam nya , kacau lagi. Baru diikuti oleh ikanPari, daun kunyit.


3) Kacau sampai sebati, baru dimasukkan air 1 cawan dan garam serta buah tomato. Tutup kuali dgn tudungnya selama 2 minit.


4)Apabila kuah dan ikan sudah separuh masak, masukkan hirisan lada merah, minyak bijan dan kicap cair. Kacau lagi dan biarkan ikan masak dan rasa apa yang kurang.


5) Bila sudah cukup rasa, kaup dan masukkan lauk ini kedalam mangkuk dan hiasi dengan daun ketumbar dan bawang goreng.


P/S: Lauk ini sebenarnya kalau ditambahkan sayur asin cukup enak, Lauk yang menjadi kegemaran orang-orang tionghua sehingga sekarang. Amat sesuai untuk orang yang dah bersalin serta kalau dilebihkan Halia tua lagi sedap...! Halia baik untuk kesihatan kita juga..

Cemil-cemilan








Roti boleh dipelbagaikan...

Kalau Omputih dipanggil Canape..Atau kita panggil Cemilan ringkas..Kali ini Cemilan Ringkas Mama ialah Roti berinti telur dan sos kari.

Mama mengunakan roti wholemeal grain, Roti yang penuh kaya dengan zat serta Vitamin...

Kebetulan hari ini semua malas nak makan nasi..Jadi yang ringkas-ringkas aje Mama siapkan..:-)

Selain cemilan ini ada juga Meatloaf, Hotdog dengan sos blackpepper serta peha ayam di grill dengan sos barbeku...


Roti Perancis dengan Meatloaf

Pendek kata anak-anak puas hati....dan kenyang..:-)





Peha Ayam di Grill dengan sos Barbeku dan HotDog denagn Blackpepper sos