Wednesday, May 4, 2011

Kerisik Ikan Tenggiri




Hari ini Mama mencuba resipi ini.. yang menggunakan ikan. Tapi lagi sedap kalau digunakan ayam...hehehe..:-)



Bahan-bahannya:-


4 Keping ikan Tenggiri (dibersihkan dan dilumur dengan garam dan serbuk ladahitam *
2 sudu makan krim nestle

1 biji Bawang besar* dikisar halus

3 biji bawangputih *

1/2inchi halia dan lengkuas*

1 batang serai *

1 ulas biji cekor dan 1 helai daun nya *

5 batang chillipadi Thai*

8 batang chillikering *(dibersihkan dan direbus)

3 biji buah keras* (direndam terlebih dahulu)

1 sudu makan jintanputih/manis/ketumbar*

2 sudu besar perahan airlemon



4 batang bendeh (potong ikut suka hati dan goreng sekejap)

2 sudumakan kerisik

Minyak utk menumis

Garam dan gula secukup nya.


Cara-caranya:-





1 Ikan diigoreng setengah masak. Angkat dan toskan.



2 Tumis bahan-bahan kisar sampai wangi dan keluar minyak.



3 Masukkan kerisik, dan airperahan lemon dan satu mangkok air kedalam bahan yang ditumis, kacau sampai sebati.



4 Masukkan garam dan gula serta ikan, kacau dan rasa apa yang kurang.



5 Baru masukkan krim serta diikuti dengan bendeh. Kacau lagi dan setelah cukup rasa, matikan api.



6 Lauk ini boleh dimakan dengan roti atau capati dan Nasi. Rasanya mestilah sedikit masam, manis dan pedas....



Selamat mencuba dan menjamu...

No comments: