Thursday, May 19, 2011

Daging Rempah Kering Pedas..



Daging Rempah Kering Pedas



Daging.. daging lembu jenis lembut dan dalam 10 minit sudah masak.....


Lauk ini tercipta kerana Mama rasa pusing tak tau nak masak apa...! Tapi Bila tengok kat Petiais semua barang ada...ini lah dia..Bila lauk dah siap..nak namakan apa eh..?


Kerana ia rempah dan kering serta pedas.. dan bahan utama nya daging...Jadilah ia Daging Rempah pedas...Tiada menggunakan santan langsung...kira sihat lah nya menu...!


Nasi putih dah masak, lagi tengah hangat-hangat panasa..Jemput makan..:-)

Wednesday, May 18, 2011

Bubur Kacang Hijau

Bubur Kacang Hijau


Lama tak makan Bubur ini, adalah dalam 6 bulan. Nak beli di Restaurant atau kat kedai, santan dan gula nya punya lah banyak, kata Dokter atau Jururawat.." Boleh Potong kaki Sebelah...!"
Jadi Mama buat ikut selera tekak Mama..
1 bungkus kacang hijau boleh dimasak 3 kali.. Sekarang dah buat tinggal bakar roti dan cecah dengan bubur ini...Yummy...Sedap sekali...!

Tuesday, May 17, 2011

Menu cuti Vesak day

Chocolate Mud Cake



Selamat Hari Cuti Vesak day untuk orang-orang Budhha. Hari ini juga ramai yang tidak kesekolah atau kerja.
Seperti biasa, Mama kena rancang apa nak masak...! Mama tidak buat Kookies tapi Mama buatkan sebiji kek. Seperti diatas..Ringkas, tapi tidak kerterlaluan manis nya..




Inilah Buktinya setelah dihiasi rapi tapi sederhana, Licin mereka makan....!



Daging Stik dan Rusuk Lembu bersoskan ladahitam




Pada tengaharinya, Mama siapkan Daging stik dan rusuk Lembu digrill dengan sayur-sayuran serta kentang goreng dan baked bean...Sos nya pula rekaan ku sendiri tapi mesti dan tetap ada ladahitam yang segar ditumbuk agak kasar. Yang tiada dalam gambar ini sop jagung berkrim...Mama suka tengok Haziq dan Abah nya makan..seronok begitu..Al-maklum orang suka daging.....:-)




Nasi goreng Daging Lembu



Mama masak untuk makan malam kami..sedikit pedas dan ditambahkan 2 helai daun limau yang telah dihiris sedikit halus..Dengan itu lengkaplah hari ini nya punya MENU untuk hari cuti vesak day. Dan juga ini adalah last cuti dalam bulan MAY...



Sekarang Mama nak rehatkan kaki...Nasib baik esok tidak bekerja...!

Sunday, May 8, 2011

Coklat Chips Kookies



Cakap pasal coklat semua org suka..Termasuk Mama juga :-)

Tapi coklat chips ini dah berapa kali Mama buat tau..Akhirnya Mama suka yang ini nya..

cuma gula aje Mama dapat kurangkan sedikit...

Haziq dan Hafiz asyik lari dari hall ke dapur untuk mengambil kookies ini..Tapi Mama suka pesan dengan mereka jangan lupa minum air putih lebih-lebih...:-)

Selepas ini bolehlah Mama rehat sekejap kerana Mereka sudah ada cemil-cemilan untuk dikunyah...:-)

Untuk kawan yang memberi resipi..

Terimakasih Mama ucapkan dan Mama tetap akan berpegang pada janji..:-)

Saturday, May 7, 2011

Hari Undi Nya Menu

Pasta Ayam Berkuah bersama ayam goreng dan sayur brokoli


Hari ini hari mengundi di Singapura, Hari ini juga hari cuti untuk kita rakyat Singapura. Bersamaan Esok Hari Ibu. Esok Mama bertugas. Jadi Mama dan anak-anak meraikan nya dirumah...(anak bujang yg 1 tak mau keluar rumah)



Handmade Jem Stroberi


Kalau dah naka cuti, Mama memang sentiasa didapur, Hari ini Mama sediakan mereka Pasta ayam berkuah dgn ayam goreng dan sayur brokoli, untuk makan tengahari. Sementara itu Mama sempat membeli buah Stroberi 2 kotak untuk Mama membuat Jem stroberi.Sambil masak sambil masak Jem ini, Haziq begitu terpegun dengan apa yang Mama buat..Senyum lebar si anak bujang Mama yang pertama.:-)



Popiah berinti kentang berempah


Popiah berinti kentang berempah ini, dibuat untuk minuman petang Kami semua. Dengan bantuan Haziq..semua kerja menjadi mudah dan cepat, malah bukan popiah aje yang Mama sajikan, ada Nugget dan kentang wrinkle goreng, kami makan dengan sos chilli dan Minuman milo menjadi kegemaran anak-anak Mama..:-)


Dengan itu inilah menu hari cuti Mamaella..:-)



Thursday, May 5, 2011

Selamat Harijadi BondaKu..

Kek Birthday BondaKu


Hari ini entry bersekitar Hari Ulangtahun Bonda ku. Tak banyak yang ingin diperkatakan cuma Alhamdullilah Bonda ku sihat dan masih boleh senyum dengan keletah Cucu-cucunya..:-)




Pizza Rendang Dari Adik Ku


Satay Ayam, Daging dan babat dari adik lelaki ku sementara Beehoon pedas dari MamaElla..

Kuah Kacang untuk Satay


Kuih Ciptaan Bonda Ku..




Inilah MamaElla bersama BondaNya..



" Allah selamatkan dan Murahkan rezeki serta panjangkan usia BondaKu dan semuga kesihatannya bertambah baik.. Ameen."

Wednesday, May 4, 2011

Kerisik Ikan Tenggiri




Hari ini Mama mencuba resipi ini.. yang menggunakan ikan. Tapi lagi sedap kalau digunakan ayam...hehehe..:-)



Bahan-bahannya:-


4 Keping ikan Tenggiri (dibersihkan dan dilumur dengan garam dan serbuk ladahitam *
2 sudu makan krim nestle

1 biji Bawang besar* dikisar halus

3 biji bawangputih *

1/2inchi halia dan lengkuas*

1 batang serai *

1 ulas biji cekor dan 1 helai daun nya *

5 batang chillipadi Thai*

8 batang chillikering *(dibersihkan dan direbus)

3 biji buah keras* (direndam terlebih dahulu)

1 sudu makan jintanputih/manis/ketumbar*

2 sudu besar perahan airlemon



4 batang bendeh (potong ikut suka hati dan goreng sekejap)

2 sudumakan kerisik

Minyak utk menumis

Garam dan gula secukup nya.


Cara-caranya:-





1 Ikan diigoreng setengah masak. Angkat dan toskan.



2 Tumis bahan-bahan kisar sampai wangi dan keluar minyak.



3 Masukkan kerisik, dan airperahan lemon dan satu mangkok air kedalam bahan yang ditumis, kacau sampai sebati.



4 Masukkan garam dan gula serta ikan, kacau dan rasa apa yang kurang.



5 Baru masukkan krim serta diikuti dengan bendeh. Kacau lagi dan setelah cukup rasa, matikan api.



6 Lauk ini boleh dimakan dengan roti atau capati dan Nasi. Rasanya mestilah sedikit masam, manis dan pedas....



Selamat mencuba dan menjamu...

Roti Bakar Keju



Kadang-kala bila kita inginkan sesuatu, Kita akan merasa payah dan perit untuk memiliki nya. Mama mendengar dan menuruti nasihat seorang kawan.


Dia menyuruh Mama berjimat dengan $1.00 dollar dan bila sampai tahap yang kita mahu, kita boleh memiliki apa yang kita nak...


Mama mencuba, Alhamdullilah ini adalah cubaan kedua.. dan Mama berjaya. Dalam masa 3 minggu Mama simpan duit itu dan tambah kan sedikit lagi duit, dapatlah Mama membeli Oven Toaster.

Kebetulan Harvey Norman dan Courts tengah sale. Alhamdullilah...Syukur..!

jadi ini lah minuman petang Mama buat untuk Kedua hero Mama.


Roti whole meal grain berinti, Ayam Ham blackpepper, Sekeping cheese chedddar dan Cheesespread krim di taburi sedikit lada sulah dan dibakar dalam masa4 minit.


Yummy nampakkan cheese nya melt...Inilah hasil minuman petang kami...!"wink"

Spicy Coconut Seafood Stew





Waduh..! dengar aje nama menu ini rasanya mcm kebaratan laaa. Tapi bila Mama perhatikan ..alamak alaalalalala..lemak chilipadi sey..! Jadi tak mahu rasa hampa, Mama mencubanya..






Spicy Coconut Seafood Stew..



Recipe By Chef Willin Low


4 keping isi ikan Kerisi (tiada tulang dan agaran berat nya 100g )
2 tbspn minyak masak

2 tbspn mentega

1 bawang putih di parut1 suduteh serbuk kunyit
1 Bawang besar di hiris
1 keping Halia dihiris halus-halus
1 Batang serai dititik
1 tbspn sos ikan

5 batang chillipadi (chopped)
200 gram Kupang ( dibersihkan dgn di tos)
1 cawan santan pekat
2 helai daun ketumbar (chopped)
2 helai daun limau(fined sliced)
1 Biji buah lemon( squeezed for the juices)
Garam dan ladasulah secukupnya.


Method:-




1 Goreng ikan setengah masak dan angkat letakkan didalam tissue paper untuk toss minyak nya.



2 Tumis bawang besar, bawang putih, hirisan chillipadi ,Serai, fish sos dan halia kedalam kuali dan biarkan sampai naik wangi.



3 Masukkan air semangkuk kecil dan biarkan kuah itu mendidih.Bila ia mendidih, masukkan serbuk kunyit dan kacau lagi.



4 Bila kuah nya mendidih masukkan kupang, Api hendaklah besar sedikit dalam masa 2 atau 3 minit dan biarkan kupang nya terbuka, lalu masukkan garam dan ladaputih . Kacau lagi.



5 Masukkan santan kedalam nya dan diikuti oleh ikan dan buah tomato serta perahan lemon. Kacau dan biarkan ia mendidih selama 2 minit barulah dimatikan api..



P/s:- Sedap dan lemak serta rasa pedas chillipadi...!





Enak Bagi Mama makan gitu dengan roti perancis...:-)