Tuesday, April 19, 2011

Kuih Bakar Kentang




Kuih Bakar kentang, Mama buat untuk minuman petang kami sekeluarga. Amat traditional dan mudah. Tetapi Mama tiada cetak kuih bakar jadi Mama menggunakan loyang bulat aje.

Resipi diambil dari buku Chef Asmah Laili nya buku. Resipi asal menggunakan Keledek tetapi Mama tukar ke Kentang.

Bahan-bahannya:-

* 500gm Tepung Gandum.

* 500gm gula halus

* 300gm kentang (dikupaskulitnya dan direbus)

* 800ml santan

* 200ml air

* 5 biji telor

* 3/4 sudu teh essen vanilla

* 1/2 sdu teh garam

* sedikit pewarna kuning

* sedikit mentega atau minyak untuk disapu pada loyang.

Cara-caranya:-

* Panaskan ketuhar dalam 180^C.

* Loyang disapu dgn mentega lalu dipanaskan dalam ketuhar sebentar.

* Kisar kentang dengan 200ml air.

* Pukol Telor dengan 500gm gula sampai kembang. Masukkan essen vanila, santan, garam dan pewarna lalu kacau sehingga sebati.

* Masukkan tepung dan kentang, lalu kacau lagi dan tapis.

* Tuangkan kedalam loyang 3/4 dan bakar sehinga masak.

* Setelah sejuk baru boleh dipotong dan dihidang.

* Selamat Mencuba :-)

No comments: