Sunday, April 24, 2011

Lemak Chili Padi Ikan Tenggiri dgn Kentang.



Ikan tenggiri kali ini Mama memasakkan nya Lauk Lemakchilipadi..Lauk yang menjadi kesukaan Hazi


Dia suka Makan dengan nasiputih hangat-hangat. Ikan tenggiri yang tiada tulang dan digoreng sedikit garing ..Enak Tau..


Ini lah lauk ku untuk mereka makan tengahari ini..Resepinya ada disedikan dibawah ini...Dari itu Selamat menjamu tengahari bagi yang bertugas dan yang duduk rumah


Sekian...



ResipiNya:-


Isi ikan tenggiri dalam 20 keping - dilumur dgn kunyit dan sedikit garam

1 biji kentang - dibuang kulit, dibelah lapan lalu digoreng sehingga sedikit garing


8 biji chilipadi kampung *

2 biji bawang besar *

4 biji bawangputih *

1/3 kunyit basah *

1/3 halia *

sedikit belacan*

sedikit ketumbar, jintan manis dan putih *

1 batang serai dititik

4 helai daun limau

2 biji buah tomato dibelah 2

setengah paket kelapa serbuk ditambah dgn air.

minyak dan garam secukup nya.


Cara-caranya:-


1) panaskan minyak dan tumis serai dahulu baru diikuti dengan bahan dikisar *, kacau sampai sebati dengan api sederhana.


2) Setelah garing masukkan satu mangkuk airputih dan diikuti daun limau. Biarkan sampai kuahnya mendidih.


3) Apabila kuah nya mendidih, masukkan ikan dan kentang serta garam, kacau biar sampai semua nya sebati dan bila ia nya sudah sebati, masukkan santan pekat dan kacau lagi.


4) Masukkan buah Tomato dan kacau kacau lagi serta rasa apa yg kurang. matikan api dan hidangkan dengan nasi putih.


P/s: Mama memang suka menggunakan santan serbuk. Kita cuma perlu tambahkan air sedikit dan kacau sehingga rata dan tidak bergentel baru dituangkan kedalam lauk-pauk kita...:-)

Friday, April 22, 2011

Marble Kek



Marble Cake atau Kek Belang..sama aje maksud nya..Dibuat untuk minuman petang dgn menggunakan 5 biji telor, dengan menggunakan loyang bulat size kecil. Amat sesuai untuk Famili Mama...Bila terasa rindu untuk membakar kek, Mama suka mencari kek yang agak mudah dan habis dimakan dengan Teh atau Kopi ..


Mama mengaku tidak begitu kreatif tapi apabila sudah masuk perut semua menjadi satu..:-D Apapun kita buat dia...Betul kan...?

Resipi di ambil dari Buku Masak Warna...

Menu Cuti..

Selamat Bercuti..




Hari ini Mama memang tak bekerja. Jadi sempena Good Friday, Mama ada buat sedikit masakkan atas permintaan Junior Hafiz.


Hafiz nak sangat makan "MAC & CHEESE " Dia kata sedap tau Mama. Hairan nya anak seorang ini, Tapi Mama tidak mahu menghampakan selera dia, Mama buat cuma Mama ada menambahkan isi ketam, sayur brokoli sedikit. Itu pun diatas persetujuan dari Hafiz laa...


Sementara untuk ahli keluarga yang lain menu biasa-biasa aje..



Hasilnya Mama menggunakan Pyrex yang kecil , amat cukup untuk Hafiz dan kita yang lain merasa...Bagi Mama makan Mac & chees ini mesti nak ada Chilli sos, tak pedas tak sedap laaa..:-D






Setelah siap dibakar, Mama cedok keluar dan ini lah dia Mac & Chees MamaElla Buat..Mama saji bersama timun dan buah tomato dan sos tomato Untuk Junior Hafiz..:-)

Tuesday, April 19, 2011

Agar-agar Buah Campuran





Agar-agar buah dibuat untuk pencuci mulot. Mama buat agar-agar ini dengan Haziq disebelah. Mama membeli agar-agar serbuk dan berwarna putih, ingat di hati ingin mencampuri nara de coco tapi Mama memilih buah cocktail.

Haziq mencadangkan pewarna hijau, warna permulaan yang dia nak kuning. Tapi Mama tiada pewarna itu, lalu hijau menjadi pilihan dari merahjambu.

Seronok dan riang terpancar diwajah Haziq. Lagi seronok bagi ibunya kerana dapat memasak agar-agar ini bersama dia.:-)

Setelah berjaya lainkali dia nak mencuba warna biru..:-O InsyaAllah kata ku..:-D

Kuih Bakar Kentang




Kuih Bakar kentang, Mama buat untuk minuman petang kami sekeluarga. Amat traditional dan mudah. Tetapi Mama tiada cetak kuih bakar jadi Mama menggunakan loyang bulat aje.

Resipi diambil dari buku Chef Asmah Laili nya buku. Resipi asal menggunakan Keledek tetapi Mama tukar ke Kentang.

Bahan-bahannya:-

* 500gm Tepung Gandum.

* 500gm gula halus

* 300gm kentang (dikupaskulitnya dan direbus)

* 800ml santan

* 200ml air

* 5 biji telor

* 3/4 sudu teh essen vanilla

* 1/2 sdu teh garam

* sedikit pewarna kuning

* sedikit mentega atau minyak untuk disapu pada loyang.

Cara-caranya:-

* Panaskan ketuhar dalam 180^C.

* Loyang disapu dgn mentega lalu dipanaskan dalam ketuhar sebentar.

* Kisar kentang dengan 200ml air.

* Pukol Telor dengan 500gm gula sampai kembang. Masukkan essen vanila, santan, garam dan pewarna lalu kacau sehingga sebati.

* Masukkan tepung dan kentang, lalu kacau lagi dan tapis.

* Tuangkan kedalam loyang 3/4 dan bakar sehinga masak.

* Setelah sejuk baru boleh dipotong dan dihidang.

* Selamat Mencuba :-)