Saturday, March 26, 2011

Yee Mee Berkuah...



Yee Mee... sejenis mee yang amat terkenal dan kesukaan orang cina. Mee yang tak payah dicelur atau dimasak.



Tapi hari ini Mama membuat cara ala berkuah lada hitam. Sebungkus memang ada 4 keping. Cukup atau tak payah untuk menambah-nambah atau makan minta diulang.



Senang dimasak dan senang dimakan...



Bahan-bahan:-

1 bungkus Yee mee


200 gram udang (dibuang kulit)


200 gram sotong (dibuang kulit dan pundinya)


2 keping burger (dipotong kecil dan digoreng sikit garing)


1 batang lobakmerah (dibersihkan kulit dan potong sesuka hati)


1 paket sawi (dibersihkan)


2 biji bawang besar (dikisar)


4 biji bawangputih (dikisar)


1/2 inchi halia (dikisar)


2 sudu makan sos ladahitam (jenama woh hup)


1 sudu makan ladahitam (dikisar halus)


1 sudu teh kicap cair


1 sudu teh kicap pekat


1 sudu teh sos abalone


sedikit daun ketumbar


sedikit garam dan gula


sedikit minyak masak.

Cara-caranya:-

Panaskan minyak, Tumis bahan yang dikisar, tumis sampai naik minyak.

Setelah matang masukkan serbuk lada hitam, semua Sos dan kacau sampai semua rata dan sebati.

Masukkan Batang sawi dan lobakmerah, Kacau sampai rata dan setelah mendidih baru masukkan udang, sotong dan daging burger. Kacau lagi sehingga ia nya sebati.

Bila kuah mendidih masukkan garam dan gula, kacau dan rasa apa yg kurang. bila dah cukup rasa baru boleh dimasukkan Yee Mee. Biarkan sekejap dalam 2 saat baru dikacau dan sehingga rata

Apabila Mee dan sebati dan lembut, diangkat, Taburkan daun ketumbar di atas nya dan disajikan. Makan lah dengan lada jeruk atau chillipadi dicampurkan kicap cair.




P/S: Sewaktu nak ambil gambar ini, Mama tapis kuah nya, jadi kelihatan nampak macam kering.



Selain itu Mama ada sajikan Berbola daging dengan keju sebagai sampingan nya..


2 comments:

cikmima said...

erm lazat

MamaElla said...

Salam CikMima...

Terimakasih Kunjungan nya..:-)