Saturday, March 26, 2011

Yee Mee Berkuah...



Yee Mee... sejenis mee yang amat terkenal dan kesukaan orang cina. Mee yang tak payah dicelur atau dimasak.



Tapi hari ini Mama membuat cara ala berkuah lada hitam. Sebungkus memang ada 4 keping. Cukup atau tak payah untuk menambah-nambah atau makan minta diulang.



Senang dimasak dan senang dimakan...



Bahan-bahan:-

1 bungkus Yee mee


200 gram udang (dibuang kulit)


200 gram sotong (dibuang kulit dan pundinya)


2 keping burger (dipotong kecil dan digoreng sikit garing)


1 batang lobakmerah (dibersihkan kulit dan potong sesuka hati)


1 paket sawi (dibersihkan)


2 biji bawang besar (dikisar)


4 biji bawangputih (dikisar)


1/2 inchi halia (dikisar)


2 sudu makan sos ladahitam (jenama woh hup)


1 sudu makan ladahitam (dikisar halus)


1 sudu teh kicap cair


1 sudu teh kicap pekat


1 sudu teh sos abalone


sedikit daun ketumbar


sedikit garam dan gula


sedikit minyak masak.

Cara-caranya:-

Panaskan minyak, Tumis bahan yang dikisar, tumis sampai naik minyak.

Setelah matang masukkan serbuk lada hitam, semua Sos dan kacau sampai semua rata dan sebati.

Masukkan Batang sawi dan lobakmerah, Kacau sampai rata dan setelah mendidih baru masukkan udang, sotong dan daging burger. Kacau lagi sehingga ia nya sebati.

Bila kuah mendidih masukkan garam dan gula, kacau dan rasa apa yg kurang. bila dah cukup rasa baru boleh dimasukkan Yee Mee. Biarkan sekejap dalam 2 saat baru dikacau dan sehingga rata

Apabila Mee dan sebati dan lembut, diangkat, Taburkan daun ketumbar di atas nya dan disajikan. Makan lah dengan lada jeruk atau chillipadi dicampurkan kicap cair.




P/S: Sewaktu nak ambil gambar ini, Mama tapis kuah nya, jadi kelihatan nampak macam kering.



Selain itu Mama ada sajikan Berbola daging dengan keju sebagai sampingan nya..


Sunday, March 13, 2011

Roti dan Pisang Pudding MamaElla


Hari Mama ada pergi ke IMM di JurongEast bersama Mamanya siblings.

Mama dapat Masuk kepasaraya GIANT dan memborong sedikit barang-barang serta buah.
Buah Pisang memang paling laris dirumah.
Kali ini Pisang, Mama membuat Pudding pula. Tapi Pudding berupa bakar dalam Oven.
Semua Bahan-bahan Mama main campak-campak... Dan hasil nya Sedap dan alhamdullilah Semua warga negara Rumah Mama makan..:-)
Pudding ini boleh digantikan dengan Durian, nangka dan lelain buah atau kalau suka buah berry..Sedap dan manis tau..Selain menggunakan sirup maple, kita boleh juga makan dengan coklat sos atau aiskriim Vanilla....
Pudding ini juga harus dimakan didalam keadaan hangat-hangat....Dan untuk mengelakkan bau hanyir telor, Mama suka menggunakan serbuk kayumanis lebih sedikit..:-)
Alhamdullilah sekali lagi anak-anak kata PASS..:-)

Jadi kawan-kawan.. kalau anda ada resipi Pudding yang biasa nya..cubalah menggunakan Pisang atau Durian...Keenakkannya lebih terserlah Tau..:-)

Tuesday, March 8, 2011

Nasi Beryani Ayam


Hari ini Mama Off day..Apabila menu sudah dikenal pasti, pepagi Mama sudah ke pasar.


Nasi Beryani Ayam...Mama angkat tangan kerana Mama memang tidak mahir dalam memasak Nasi beryani. kalau ada depan mata Mama makan tapi kalau tidak ada Mama tidak mencari nya..

Kali ini Nasi Beryani ayam , Mama sajikan dengan Dalca sayur dan acar buah. Anak sulong Mama amat suka dan menunjukkan Cap jempol jari nya....Makanan ini amat berempah dan sesuai dgn selera dia kot...Mama hanya tersenyum aje..

Jadi inilah Nasi Beryani Ayam Mama Ella...:-)