Friday, February 4, 2011

Sandewich


Pada Pagi ini semua Ahli keluarga Mama dapat merasa sandewich ini. Hari ini adalah hari cuti umun, jadi semua mau yang santai dan rilex aje.. Tidak pada mama ler..dimana dapur harus berasap..:-D
Lapisan pertama keju dengan daun salad. Lapisan kedua telur rebus dlm masa 4minit. Lapisan ketiga ayam hotdog dan isi ayam bersama sos putih..
Jadi kesemuanya 4 lapisan...

Resipi:- Sos Putih

25gm Mentega
5 sudu makan tepung gandum
1 gelas susu segar
2 sudu makan krim
sedikit ladasulah dan
sedikit garam
1/2 cawan stok ayam
5 batang hotdog - (dipotong mengikut selera anda dan rebus dahulu lalu ditoskan air nya)
Isi ayam secukup rasa ( direbus dan dipotong ikut selera anda)

Cara-caranya:-

Panas periuk dgn api kecil.
masukkan mentega dan biar sampai cair. Kemudain masukkan tepung, goreng sampai menjadi rata.
Lalu masukkan stok ayam. Kacau sambil rata dan masukkan garam dan ladasulah. Kacau lagi.
Masukkan susu dan krim.. Kacau lagi sampai mendidih. kalau agak pekat tambahkan lagi susu segar..
Ikut sedap rasa.. kalau nak pekat , biarkan mendidih sedikit lagi. Tapi kalau nak cair tambahkan lagi susu segar..
Sesudah cukup rasa matikan api.
Ikut hiasan sesuka hati masing-masing... mama dan anak-anak memakan ini dengan chili sos dan makanan ini amat berat sehingga kami mengelakkan makan tengahari....:-)
Selamat Mencuba...:-)

No comments: