Wednesday, February 9, 2011

2 BB...

Hari ini Mama sediakan 2 BB....2 BB maksud nya Burger lembu dengan kentang penyet digaul dgn daun kucai dan lada hitam... Enak dan ringkas untuk makanan tengahari ini.. Kentang lenyek Mama sengaja biarkan anak-anak makan dengan kari Sos dari MCD.. kegemaran si HaFiz......:-)
Sementara si Haziq tidak suka keju.. jadi menyenangkan Ibunya untuk menyediakan segala makanan yang dsukai atau tidak...:-)


Kentang Penyet..:-

1 kilo kentang russet (dibuang kulitnya dan direbus, setelah itu dipenyetkan sampai halus)
3 sudu makan mentega
20 sen daun kucai ( dimayang halus)
1 sudu teh Ladahitam sedikit kasar
Sedikit garam dan
secukup susu segar.


Cara-caranya:-

Kentang yang dah penyet sampai halus, dicampurkan dengan mentega dan susu segar.Gaul sehingga secukup rasa atau boleh di kepal.
Selepas itu maksudkan lada hitam, garam, dan Daun kucai..Gaul lagi sehingga sebati.
Bila sudah sebati, sediakan aluminium foil, masukkan adunan kentang itu didalamnya dan gulung atau bungkus secara elok dan di simpan didalam peti ais. Agar keras sedikit.
Bila sudah kerasa..potong ikut selera anda, dan goreng dengan mentega secara selayang mentega di dlm kuali.Api sederhana aje.
Setelah cukup masak hidangkan bersama burger daging.... Makanlah dengan sos yang anda suka..:-)

No comments: