Monday, January 31, 2011

Kek Coklat Buah


Aduh...Lama tak membakar atau buat kek..Tapi bila enjin nak

dimulakan.. Payah nyaaa..

Skill pun dah lama berlapuk..

Hari ini Mama mencuba-cuba...Dan inilah hasilnya..

Kek Coklat Buah.....

Rasanya amat berat dan tak terlalu manis...

Anak-anak macam biasa tak mahu tunggu kek ini sejuk, nak tengok macam mana dalam nya....

Mama sengaja cubit dan lalu mengambil gambar ini...

Lepas ini Brownies pula nya giliran....! Bila eh...Mama tak pasti..:-D

Monday, January 24, 2011

Jemput-jemput Pisang..

Jemput-jemput Pisang..Tak jelak atau jemu...
Pisangnya ini kali Pisang berangan pula..




Mama buat utk minuman petang..Kulit nya agak rangup tapi didalam isinya amat lembut..
Mama mengurangkan menggunakan gula putih tapi sedikit aje gula melaka..
Sesuai untuk sarapan pagi mahupun minuman petang....;-)

Sunday, January 23, 2011

Sarapan Adalah Wajib..


Betul..sarapan pagi memberikita tenagan yang kita perlukan...
Jadi macam mana nak kurus pun..Janganlah diabaikan kesihatan kita..:-D
Pagi ini Mama memakan biskut MArie dgn susu...
Anda bagaimana pula..?

Monday, January 17, 2011

Gorengan Epal


Assalammualaikum...

Sejak anak-anak buka sekolah Mummy sedikit sibuk sekali. Tapi tak pernah lupakan RUMAH disini.

Hari ini Mama sedikan minuman petang Gorengan Epal atau Apple Fritter..Selepas digoreng curahkan madu atau sirap maple diatas nya..
Eank ..manis manis masam rasa epal nya Sementara diluar garing didalam nya lembut..
Hujan-hujan begini sedap Mengunyah makanan cemil-cemilan ini..
Oops..Mama nak kena pergi ...Jumpa lagi
Salam Sayang dan
Sekian..