Thursday, June 24, 2010

Minuman Panas




Minuman Panas seperti Teh memang amat ku gemari..
Tapi itu hari terasa pula nak minum Teh serai. Apa lagi Ku kedapur untuk mencari bahan-bahan yang ada dan kubuat segelas bagi memperkenalkan kepada anak-anak ku...
Mereka cuba juga minum dan ada yang suka dan ada yang tidak..
Kita tidak boleh memaksa mereka kan tapi aku suka Minuman ini..
Ringkas dan mudah membuat nya..

Bahan-bahannya:

Daun teh 1 sudu makan
2 atau 3 bvatang Serai -dititik
Gula secukup nya
Air secukup nya

Cara-caranya:-

1) Masak air diatas api bersama Serai dan daun teh sehingga mendidih.

2) Bila sudah mendidih, masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.

3) Angkat tapis daunteh dan serainya.. Boleh dihidang dan diminum ketika hangat..:-)

No comments: